Friday, October 14, 2005

Gambus


Gambus memang sinonim dengan muzik ghazal dan zapin di Malaysia. Gambus dikenali sebagai 'oud di dalam bahasa Arab. Kata al oud ini berasal dari kata ranting pokok yang agaknya menjadi ilham penciptaan 'oud ini dahulu. Mitos mengatakan Lamak iaitu cucu kepada Nabi Adam yang bertanggungjawab mencipta 'oud ketika menangisi kematian anaknya yang diletakkan di atas pohon kayu. Daripada bentuk ranting kayu itu menjadikan idea kepada beliau untuk mencipta 'oud.
Oud adalah istrumen bertali tertua di dunia. Ia menjadi asas kepada versi instrumen bertali yang lain(sekadar menyebut beberapa instrumen) sama ada mandolin, lute( seperti oud tetapi mempunyai fret),balalaika( di Rusia),pipa( di China), gitar klasikal (di Sepanyol) dan seterusnya menjadi gitar moden yang kita kenali hari ini.
(to be continued...)

No comments: