Tuesday, July 21, 2015

Persembahan

DEWANGGA SAKTI dijadualkan membuat persembahan di DiverseCity iaitu sebuah festival seni antarabangsa Kuala Lumpur yang julung kali diadakan pada bulan September ini.
Ianya sebuah festival baharu yang akan dilangsungkan di beberapa tempat di sekitar KL sepanjang bulan.
Kami akan bermain di bawah pentas dikelolakan oleh PUSAKA iaitu pertubuhan seni bukan kerajaan.
Tarikhnya belum ditentukan lagi dan festival ini terbuka kepada semua (percuma).

Sawang sejarah

Di zaman media sosial lebih terkini mengambil alih, blog semakin lesu. Semasa membikin blog sedekad yang lampau, ini lah cara terkini untuk bercerita dan bersosial. Mengenali sahabat baru, berbahas isu-isu semasa dan macam-macam lagi.
Mungkin boleh dikira berapa banyak blog yang dikemaskini. Masih ada tetapi tidak banyak.
Kini Facebook, Twitter dan Instagram telah mengambil alih.
Kami juga tidak terkecuali. Blog ini kali terakhir dikemaskini setahun yang lepas.
Banyak peristiwa sudah berlaku, namun segala kemaskini hanya lah di FB.