Wednesday, May 28, 2008

Penajaan

Kukenali beliau ketika mahu membeli gambus yang disarankan oleh guruku,Fadzil Ahmad pada tahun 2003. Ketika itu beliau hanya berumur 21 tahun tetapi sudah mempunyai jiwa dan semangat untuk berniaga dan menerokai peluang yang ada.Banyak juga ilmu yang dikongsinya bersamaku tentang gambus dan perkusi.Tambahan pula beliau boleh berbahasa Arab dengan baik (ibunya orang Arab) dan selalu ke Timur Tengah.
Bulan lepas setelah berbincang,beliau setuju untuk memberikan penajaan perkusi iaitu darbuka keluaran Husamwaksa kepada Dewangga Sakti. Model yang akan menggayakan adalah En Syam yang juga telah menjadi penasihat undang-undang kumpulan.(Oh ya! En Syam sekarang berada di Mir,Sarawak kerana pulang ke rumah keluarga isterinya)
Itulah Husam yang namanya sama dengan pencatat karya agung Jalaludin Rumi -Mathnawi.
Begini gurau aku kepada beliau," Tak kan darbuka sahaja.Berilah gambus atau set tali gambus!"
he he

Tuesday, May 27, 2008

Tidur berjemaah bersama instrumen


Tempat : Dewan Syamsulfaiz,markas Parti Panda Nasional (PAPAN)

Jurufoto: Muammar Gaddafi



Soalan

1) Instrumen siapakah yang paling berat?
2)Siapakah yang membuat muka panda dan memandang kamera?
3)Apakah jenis baju dipakai oleh Presiden PAPAN?
4) Bilakah Kungfu Panda akan keluar?
5)Dimanakah instrumen yg dipegang oleh Mohsen dibeli?
Jika anda berjaya menjawab kesemua jawapan dengan betul,hadiahnya berupa sekeping CD Dewangga Sakti dan sepersalinan diraja Kesultanan Gombak.
Jawab di dalam ruangan komen atau diemailkan kepada dewanggasakti@yahoo.com
Yang berkhidmat
SUK Kerajaan Gombak

Thursday, May 22, 2008

Instrumen

Pertama kali aku mengenali instrumen adalah ketika masih berada di kampungku.Sudah pasti instrumen itu adalah gitar yang paling senang ditemui dan biasa dimainkan oleh ramai orang. Bila aku ke sebuah sekolah terkenal di Seremban,aku didedahkan dengan budaya bermuzik yang kuat kerana di sekolahku adanya band sekolah.Ketika di tingkatan satu pada tahun 1988,aku hairan melihat school band bermain muzik dengan lagu-lagu yang hebat dan malar segar. Mereka bermain amat baik dan terlibat dengan persembahan dan pertandingan sekitar pekan koboi Seremban.
Aku tambah gila mahu belajar gitar bila pada satu hujung minggu aku ke Ampangan untuk sebuah BBQ di rumah seorang teman yang amat mahir bermain gitar.Ketika itu,aku masih di tingkatan dua. Lagu yang pertama telah mengetuk pintu hatiku untuk bermain gitar adalah lagu Metallica bertajuk Fade to Black yang pertama kali kudengar pada waktu itu dan sejak saat itu aku terus masuk ke dalam satu dunia baru mendengar pelbagai muzik yang berat seperti thrash,death,black,grind dan bermacam-macam sub-genre metal yang lain.
Aku tidak berpeluang belajar bermain gitar sehinggalah minggu SPM.Pada malam sebelum peperiksaan subjek Biologi (yang membedah katak dan udang),aku telah belajar beberapa chord daripada pemain bass band sekolah yang katilnya ketika minggu SPM bersebelahan denganku.Dialah yang mengajar beberapa perkara asas.
Ketika semua orang lain sibuk dipaksa turun bersukan pada jam 5 petang,band sekolah dan band simpanan akan menjalani latihan di studio belakang Dewan Besar yang menempatkan sebuah piano yang dikatakan berhantu.Selain mereka,orang lain tidak dibenarkan menyentuh peralatan di situ.Haram!jadi,sayup-sayup semasa aku bermain pingpong akan kedengaran mereka memainkan lagu rock atau pop yang popular ketika itu.Ada juga kadang-kadang mereka memainkan lagu heavy metal dan thrash metal yang sebenarnya telah diharamkan oleh pihak sekolah untuk dimainkan.Mereka ini belasah sahaja.Aku pun hairan mereka dapat memainkan lagu dengan betul -gitar solo yang sama seperti kudengar di kaset atau radio.Oh!Tiada lagi CD ketika itu.
Ketika aku di tingkatan lima, satu kumpulan death metal telah ditubuhkan di sekolahku.Aku pun tak tahu namanya tetapi dua anggotanya rakan sekelas dan kedua-duanya orang Dungun yang selalu memakai baju Death dan Morbid Angel.Mereka ini telah menghasilkan beberapa lagu yang ada antaranya telah diciplak daripada lagu Sarcofag0 (Brazil).Salah seorangnya adalah yang paling ganas di sekolah dan selalu melakukan kes buli dan pukul memukul.Kawan-kawan sekelas telah sebulat suara melantiknya menjadi ketua kelas kerana dialah paling samseng! (sebenarnya mahu kenakan dia!)
Mereka ini yang selalu membekalkan kaset dan demo tape terbaru kepada sekolah. Kesemuanya menghisap rokok. Walaupun aku telah mencuba menghisap rokok ketika di sekolah rendah (rokok daun dan Benson),tetapi aku tidak hisap rokok sehingga sekarang kerana aku bukan orang kaya mahu beli rokok yang sangat mahal!(he he)
Dulu-dulu ada mitos mengatakan kalau tak hisap rokok tak boleh join geng geng ni.Tapi sebenarnya mitos tu tak betul.Hanya orang yang lemah sahaja akan terpedaya dengan mitos karut ini.
Aku ke studio jamming yang pertama tanpa mengetahui tentang gitar dan telah melarikan diri ketika dikejar pemilik studio di bandaraya pesisir air yang miskin kerana tali putus.Itu ketika cuti sekolah di tingkatan lima.
Gitar kapok pertama yang aku beli berharga RM50 yang kusimpan ketika bekerja sebagai buruh binaan selepas SPM.
Selepas aku tahu bermain gitar dan memasuki matrikulasi UIA pada tahun 93,aku cuba mencari kaki kaki yang boleh menubuhkan sebuah kumpulan impianku sejak sekolah iaitu kumpulan Death Metal.Aku bertemu Azlan dari Sabah yang amat mahir tahap dewa bermain gitar.Dia mempunyai studio sendiri di rumah di samping multi-track recorder yang digunakan untuk merakam demo.(Orang Sabah dan Sarawak banyak yang handal bermain gitar!)
Rupa-rupanya di UIA ketika itu banyak juga yang gila dan sakit mental. Satu semester kami tidaklah bertegur sapa kerana masih tidak mengenali.Seorang kawan memberitahu bahawa ada seorang budak Perak mempunyai koleksi ratusan kaset muzik berat di biliknya.Dan dia juga banyak zine dan bahan bacaan muzik gila ini.Pada semester kedua ,kami berkenalan dengan pemilik rambut maggi ini.Rambutnya sudah melepasi bahu kerana telah disorokkan ke dalam kopiah yang dipakainya untuk mengaburi pandangan pihak berkuasa.
Ramai menyangka beliau sememangnya alim! Apa gila main badminton pakai kopiah? Sebabnya rambut maggi dia panjang!
Aku juga sudah mula menyimpan rambut ketika itu dan kebanyakan kami menyimpan rambut melepasi bahu dan ada antaranya sehingga ke paras pinggang terutamanya pada ketika tahun 99/2000.Ada yang memakai rambut palsu ke kelas. ada seorang budak Sabah yang memakai kereta sport ke kelas dan amat kaya telah meminjamkan kepada sahabat kami,Syah rambut palsu tersebut.
Berbalik kepada gitar tadi.Aku membeli gitar elektrik pertama model Aria Pro berharga RM400.00(diskaun 20%) di Do Re Mi pada tahun 94 beserta sebuah amplifier. Rupa-rupanya akulah antara individu pertama membawa gitar elektrik ke kampus secara haram (walaupun aku tak terer pun!) dan pembelian ini telah membawaku menjadi terkenal secara mendadak kerana ramai orang tiba-tiba menjadi rapat denganku.Ada yang merajuk bila aku tidak dapat meminjamkan gitar itu kepada mereka. Ada yang tiba-tiba menjadi terlalu kamceng!
Gitar itu juga banyak kali diserbu tetapi tidak berjaya! Ini kerana seorang sahabatku telah meyorokkan gitar itu ke dalam tandas dan dikuncinya dari dalam.Pada satu hari,aku telah lupa mengunci pintu locker dan sekembalinya aku dari bilik air kulihat gitar itu telah tiada. Mahkluk kekasihku itu telah dibawa ke pejabat kolej dan akan disimpan di situ sehingga aku berjanji akan menyimpannya di luar.
Memandangkan ramai peminat gitar itu (yg turut digunakan utk merakamkan demo di Bangsar),maka gitar itu telah dengan rela hati dikembalikan oleh En Ami Nordin (pengetua kolej). Kadang-kadang aku rasa macam penjenayah menyimpan dan bermain gitar di kampus ini yang terlalu orthodoks.Setahu aku ,Dekan bermain gitar. Gitar ini juga menjadi saksi persahabatan yang akrab dengan seorang sahabat yang kini menjadi setiausaha sulit seorang menteri.Dia akan menyanyi lagu tamil di bilik kami.
Gitar ini akhirnya dijual. Pada tahun 97,aku dan teman-teman bekerja di sebuah kilang rokok di PJ. Oh ya! Ketika itu kami di kampus PJ.Ketika cuti semester,kami bekerja di situ.Hasil daripada duit gaji telah digunakan untuk membeli sebuah gitar yang lebih hebat berharga RM1,600.00 iaitu jenama Jackson PS2 -reverse headstock.Kami telah mencari sehingga ke Mahogany di Bukit Raja,Klang tetapi akhirnya pada petang jumaat yang indah,gitar ini selamat dibeli di satu lagi kedai Mahogany di Bangsar dengan disaksikan oleh empat orang ahli kumpulan dan isteri Meor (teman wanitanya ketika itu).Meorlah yang telah memilih gitar ini sebab pada asalnya aku ingin membeli flying V.(Tetapi duitnya aku bayar lah!).Pada ketika itu,En Syam yang memandu kerana dia rakyat Malaysia yang mempunyai lesen memandu kereta. Keretanya kami sewa iaitu sebuah Kancil.
Gitar itu banyak digunakan untuk latihan,persembahan dan rakaman. Akhirnya gitar itu dijual juga pada tahun 2001 kepada seorang teman kerana aku telah bangkrap tidak mempunyai pekerjaan ketika itu(Gitar itu setelah dijual telah dicuri oleh seorang penagih dadah).Pada ketika itu juga aku telah menghadapi krisis mental yang kuat. Kebanyakan masa aku telah dihabiskan dengan membeli buku dan meminjam buku di Perpustakaan Negara.Kerana tidak bekerja,buku-buku ini menjadi makanan kepada aku.Sebabnya,ada ketika tidak dapat makan tetapi dengan membaca buku dapatlah menghilangkan tekanan tersebut.Kebanyakan buku yang kutelaah ketika itu adalah buku-buku Falsafah,Sufi,Islam,Sejarah dan Puisi. Ketika itu daripada pemerhatian aku Al Farabi bermain gambus atau dalam bahasa Arabnya Oud. Begitu juga Al Kindi dan banyak cendekiawan Islam yang lain.
Pada ketika itu,duniaku sudah berpusing dan aku sudah tidak minat bermain gitar elektrik. Aku mendekati gitar akustik dan setahun kemudian ketika sudah bekerja tetap di sebuah syarikat (yang sama sehingga sekarang) aku membeli sebuah gitar akustik takamine berharga RM950.00 yang masih kekal sehingga sekarang.
Pada tahun 2002 aku melihat secara dekat seorang pemain gambus di sebuah hotel dan pada ketika itu,aku menanamkan tekad untuk mempelajari gambus yang akhirnya tertunai ketika aku dapat belajar dengan Allahyarham Fadzil Ahmad pada tahun 2003. Kebetulan ASK menawarkan kursus separuh masa.Di semester pertama,aku ke Empire Tower setiap sabtu.Aku membeli sebuah gambus(oud) buatan Turki daripada seorang pembekal iaitu Husam dengan harga RM1,650 yang kubayar sebanyak dua kali.Pada asalnya aku mahu beli yang lebih murah tetapi guruku menyuruh membeli gambus ini kerana ini lebih baik.(Oh ya!Gambar dikepilkan bukan model aku punya!)Di semester kedua,aku diarahkan oleh guruku supaya ke rumah.Bermulalah episod yang menarik kerana belajar di rumah lebih santai.
Nampaknya instrumen sekarang ini akan kekal lama di dalam hidupku tetapi aku impikan untuk pergi ke Mesir juga suatu hari nanti untuk belajar di sana. jadi jika Abg Syam mahu menaja aku,bolehlah aku pergi ke sana!
Ada lagi instrumen yang aku rasa mahu belajar iaitu rebab (ada sebuah rebab dari Indonesia di rumahku) .Harapnya nanti ada masa aku mahu belajar sesuatu yang baru.
Oh ya! Aku lupa!Dulu di sekolah rendah aku belajar recorder dan ketika tahun 2003 belajar gamelan Bali di Rimbun Dahan.

Tuesday, May 13, 2008

Gempabumi di China

Earthquake measuring 7.8 Richter scale hits SouthWest China
http://www.chinaview.cn/index.htm 2008-05-12 15:35:10
A major earthquake measuring 7.8 Richter Scale jolted Wenchuan County of Southwest China's Sichuan province at 2:28 p.m. on Monday. The quake was also felt in the capital city of Beijing and Xinhua reporters in Zhengzhou, Chengdu, Chongqing also reported major tremors at around 2 p.m. Monday.
BEIJING, May 12 (Xinhua) -- A major earthquake measuring 7.8 on the Richter scale jolted Wenchuan County in southwest China's Sichuan Province at 2:28 p.m. on Monday, the State Seismological Bureau (SSB) said, revising its previous figure of 7.6.
People gather on a street in Zhengzhou, capital of north China's Henan Province, after an earthquake occurred on May 12, 2008. A major earthquake measuring 7.8 Richter Scale jolted Wenchuan County of Southwest China's Sichuan province at 2:28 p.m. on Monday. Earthquake was felt in Zhengzhou, Chongqing, Chengdu and Beijing.
The epicenter of the quake was located 31.0 degrees north latitude and 103.4 degrees east longitude, the bureau said.
With a population of 111,800, Wenchuan lies in the southeast part of the Tibetan-Qiang Autonomous Prefecture of Aba, 146 kilometers northwest of Chengdu, the provincial capital of Sichuan.
Wenchuan is home to the Wolong Nature Reserve, China's leading research and breeding base for endangered giant pandas.
Minutes later, at 2:35 p.m., an earthquake measuring 3.9 on the Richter scale jolted Tongzhou District in east Beijing. That quake's epicenter was 39.8 north latitude and 116.8 east longitude, according to the SSB.
People gather on a street in Zhengzhou, capital of north China's Henan Province, after an earthquake occurred on May 12, 2008. A major earthquake measuring 7.8 Richter Scale jolted Wenchuan County of Southwest China's Sichuan province at 2:28 p.m. on Monday. Earthquake was felt in Zhengzhou, Chongqing, Chengdu and Beijing.
Xinhua reporters in many other parts of China also reported tremors. Reporters in Chengdu said they saw cracks on the walls of some residential buildings in the downtown area, but no building collapsed.
Telecom networks in the cities of Chengdu, Chongqing and Zhengzhou paralyzed after the quake. People complained they were unable to complete calls on either fixed lines or cell phones.
The water fountain at Xinhua's Chengdu Bureau toppled, TVs and bookshelves rocked, and books and documents spread on the floor.
An underground water pipe was broken underneath a viaduct close to Chengdu's southern railway station, and the downtown Changshou Road was drowned. No emergency repairs vehicle has arrived by press time.
The mobile telecommunications network remains in failure in Chengdu and Chongqing Municipality.
Xinhua reporter Hai Mingwei said his apartment was in a mess, with the water pipe in the washing machine broken and water flooded the floor. "Bottles of drinks were also broken and the liquid was everywhere," he said. He and his parents escaped from home and joined crowds of people on the street.
When the quake hit, Hai said the ground became uneven. "For a moment I thought I was dizzy and dared not walk."
Many parts of China, even the remote southern island province of Hainan, and Bangkok of Thailand, felt the quake.
In Zhengzhou, capital of central Henan Province, people rushed out of homes and offices.

Many said they felt dizzy and saw the ceiling light fixtures swinging back and forth.
In Lanzhou, capital of the northwestern Gansu Province, the quake set off alarms of many parked cars by the roadside.
Xinhua reporters in Yinchuan, capital of Ningxia Hui Autonomous Region, said they felt their office building rocking back and forth for about four minutes.
A retiree in Leshan City, Sichuan Province, said in a telephone interview that a wall in her garden had collapsed, while a repairman in Chongqing saw the ceiling of his factory crumble and raised the alarm among the staff, who quickly left the building.
In Shanghai, people were evacuated from office buildings in Hongqiao and Nanjing Road.
No casualties have been reported yet.
Maowen, a neighboring county of Wenchuan, was hit by an quake measuring 7.5 on the Richter scale in 1933, which claimed more than 9,000 lives. Songpan and Pingwu in the northwest of Sichuan Province were hit by an earthquake with a magnitude of 7.2 in 1976.
Nota: Syam, nampaknya Chengdu kena teruk.Moga-moga bantuan dapat diberikan segera.Moga panda-panda kau selamat terutama yang bernama Xin Min.
Kenangan di sana sukar dilupakan terutama ketika sarapan di Grandma's Kitchen

Friday, May 09, 2008

Selamat Hari Ibu

Selembar Kasih

Tiada dapat diperbanding
Kasih yang tumpah bagai tiada penghujung
Bagaikan limpahan jernih si air
Mendamaikan ruang hatiku yang sugul
Damainya jiwaku bila disisimu
Rasa gundah berlalu hilang resahku

Di mana mungkin ku nikmati
Belai dan sentuhan lembut selainmu
Betapa indahnya senyummu
Menyapa kalbu tiap detik dan waktu
Alangkah murni ciptamu oh Tuhanku
Kurniakan rahmatmu buat ibuku

Adakah ruang bagiku
Kesempatan membalas jasa baktimu?
Mampukah akal dan kudratku
Mengimbang titisan peluh dan resahmu
Ingin ku bela dirimu oh ibuku
Itulah sumpahku duhai ratuku

Biarpun segunung salahku
Kemaafanmu bak laut tak bertepi
Ku serah jiwa ragaku
Kiranya itu memadai buatmu
Agar terus jiwaku dikalbumu
Agar kasihmu padaku takkan luntur
Moga mereka tahu tinggi nilaimu
Tiada pengganti kasihmu oh ibu


Muzik oleh Zulkifli Ramli ( 2006)

Senikata oleh Mohsen Amdan (2006)

Dimuatkan di dalam EP 'Dewangga Sakti' bertajuk 'Mabok Kepayang' yang akan muncul


Selamat hari Ibu kepada semua ibu dan bakal ibu!

Monday, May 05, 2008

Lambaian Pulau Perhentian

Indahnya berada di Perhentian.
Setelah banyak pulau kujelajahi untuk mencipta rekod dunia ,akhirnya aku tiba ke pulau ini yang tidak jauh dari rumahku di tempat asalnya Batu Bersurat.
Bapa saudaraku pernah memberitahu bahawasanya puluhan tahun yang lalu,datukku yang kupanggil tok ki telah mendapat sejumlah wang hasil jualan tanah pulau di pulau berdekatan yang dibahagikan di antara keluarganya di Besut(yang aku lupa nama pulaunya).
Akhirnya lengkaplah aku menjadi rakyat negeri ini kerana tiba jua ke sebuah pulau yang menghiasi pesisiran pantainya.
Tidaklah aku malu lagi bila ditanya adakah aku pernah berkunjung ke sini.
Oh Perhentian
Pasirmu halus bak tepung
Airmu sejernih kristal





Monday, April 28, 2008

Album sarat falsafah Melayu

Album yang sarat jiwa dan falsafah Melayu. Terkandung di dalamnya lagu-lagu rakyat turun temurun disulami syair,puisi dan gurindam Melayu lama yang amat tinggi nilai estetikanya. Mendengarnya pada waktu malam seperti lagu dodoi yang melegakan keresahan. Di waktu pagi menerbitkan semangat kepada sesiapa yang mendengarnya.
Roslan Madun terkenal dengan nyanyian lagu-lagu rakyat. Sama seperti Aripin Said,seorang lagi tokoh lagu-lagu rakyat yang mengkaji sehingga ke hujung kampung.
Suaranya amat sesuai sekali mendendangkan lagu-lagu sebegini. Di dalam album ini,gitar dimainkan oleh Mohar yang turut memainkan seruling buluhnya.Selain itu ,Mohar menyumbangkan kepakarannya bermain rebana di dalam lagu Seloka Pak Kaduk.Susunan muziknya adalah sederhana dan tidak kompleks kerana suara dan senikatanya sahaja sudah dapat menghantar mesej yang jelas.Ibarat kalau muzik itu dibuang,suaranya sahaja sudah cukup kuat dan bertenaga. Dengan paduan seruling, jiwa muzik Melayu (atau lebih tepat folk Melayu) lebih menyerlah dan sesuai dijadikan sebagai bahan pengajaran untuk anak-anak Melayu yang ingin menggali khazanah lagu-lagu rakyat yang tinggi nilaiya.
Walaupun begitu,kulit albumnya boleh diperindahkan lagi untuk menarik perhatian muda-mudi jatuh cinta pandang pertama dengan kulit album dan seterusnya meneroka pemikirannya yang penuh falsafah Melayu.
Harga RM20.00. Hubungi Roslan Madun di lanmadun@yahoo.com.my

Friday, April 25, 2008

Menyeberang tambak

Jika tidak ada aral melintang, kami akan membuat persembahan di Singapura pada 7 dan 8 Jun ini di Ekspo Singapura. Bulan Julai juga akan menyaksikan kami ke sana membuat persembahan.Persembahan ini atas inisiatif daripada Abg Yan (Madrasah Al Irsyad) yang menjemput kami dan telah berhubung sejak Januari tahun ini iaitu sebelum kami terlibat dengan sebuah dokumentari terbitan MediaCorp.
Kami amat berbesar hati dijemput ke Kota Temasik dan bertemu dengan penggemar muzik Melayu.Di antara yang menonjol di sana adalah kumpulan Sri Mahligai yang gigih memperjuangkan seni tradisi muzik Melayu di tengah-tengah bandar kosmopolitan Singapura dan membuat banyak komposisi baru muzik Melayu.
InsyaAllah bertemu kita di sana.Kepada teman-teman terutama drbubbles atau Cohong yang ingin turut serta ,kami alu-alukan.Sila hubungi Abg Syam untuk keterangan lanjut.

Tuesday, April 22, 2008

Orang Gila memborong buku

Inilah gambar-gambar keseronokan Drbubbles memborong buku di pesta Buku berjumlah RM1,750.00 secara tunai yang akan digunakan untuk projek perpustakaan rumah anak-anak yatim.




Sila lawati blog beliau di sini dan nyatakan sokongan dan kalau berminat,dermalah sedikit wang untuk projek perpustakaan rumah anak yatim yang diusahakannya itu.

Pergi casting!

Abdul Raof ketika menunggu untuk diujibakat sebuah iklan bank. Hati berdebar-debar dan jantung hampir terhenti.
Tiga orang daripada kami datang untuk mencuba nasib setelah dipanggil oleh sebuah agensi. Sebenarnya mereka mahukan watak orang tua yang umur melebihi 50 tahun untuk watak pemuzik. Kami redah sahaja untuk mencuba dan seterusnya menukar dialog kami sendiri.(he he)
Bayangkan sebuah iklan dengan watak pemuzik tradisional! Setakat ini,belum pernah ada lagi di sini. Lagu tradisional mengiringi iklan mungkin ada. Tabik kepada produksi ini dan penulis skripnya.
Walhasilnya,semuanya tidak dapat kerana terlalu muda untuk watak tersebut. Tetapi apa yang penting kami mendapat sedikit pengalaman daripada ujibakat tersebut.
Keesokan harinya aku mendapat panggilan telefon mengatakan gambus aku akan disewa untuk dijadikan prop dan digunakan oleh watak utama di dalam iklan ini. Daripada perbualan setelah berjumpa pengarah seni produksi tersebut,gambus ini dipilih kerana warnanya yang sudah agak usang dan nampak old school.Ia sesuai digunakan oleh watak utama yang menunjukkan instrumen ini sudah terlalu lama dan berharga.
Ya,iklan itu sudah menjalani pengambaran dan aku turut dipanggil untuk turut serta di lokasi.Sebuah iklan yang menarik dan kelakar!

Friday, April 18, 2008

Mari merakam bersama En Syam





“ I can tell you of all recordings that I have made, not one has satisfied me. When you record, you lose something. Take one, take two, take three. The power of the music is lost. I need to communicate with an audience for the music to fully develop.
(Idris Sardi –lagenda violin Indonesia – The Star ,Fri 18 April 2008)
Sungguh tepat kata-kata bestari daripada pemain violin lagenda ini. Rakaman dan persembahan 'live' adalah dua perkara yang berbeza. Ada pemuzik yang mengelak untuk membuat rakaman kerana takut 'punch' untuk rakaman itu tidak dapat menandingi aura 'live'. Betul seperti kata Mas Idris, kita akan berkomunikasi dengan penonton bila mana membuat persembahan di depan khalayak. Daya tarikan persembahan pula akan menjadi lebih bertenaga jika pemuzik dapat berkomunikasi dengan berkesan dan perlu juga kita katakan yang 'chemistry' di antara pemuzik juga penting. Pemuzik yang bagus tidak semestinya membuat persembahan sebagai satu unit dengan cemerlang dan penuh jiwa jika tiada 'chemistry' sesama mereka.
Pemuzik yang membaca nota juga tidak semestinya dapat menampilkan muzik yang cemerlang jiwanya kerana terikatnya mereka membaca nota tersebut. Cuba perhatikan Kitaro (yang tidak membaca nota) yang menghasilkan muzik yang amat tinggi sifat spiritualnya. Walaupun tiada vokal mengiringi, muzik beliau menjadi satu bahasa sejagat yang dapat berbicara dengan pemahaman kita yang mendengarnya.
Rakaman pula subjektif sifatnya.Ada yang menggemari ianya dilakukan secara live untuk mengekalkan kespontanannya. Ada pula yang lebih suka track by track-instrumen dimasukkan satu persatu.
Kedua-dua metod ini ada kelebihan dan kekurangannya.
Sebenarnya buat persembahan juga yang lebih enak kerana dapat menghilangkan gian pemuzik. Jika tidak dapat,pemuzik akan menggigil.
Tetapi untuk kumpulan terus hidup,mereka perlu melakukan rakaman.Lebih banyak,lebih bagus.

Wednesday, April 16, 2008

Pulang ke Istana

Malam tadi kami memenuhi jemputan mengadakan persembahan di pertandingan akhir debat antara sekolah Malaysia kali ke-7 yang diadalah di Dewan CAC,UIAM Gombak. Menjejakkan kaki ke kampus lama mengundang nostalgia. Sekarang,hampir tiap-tiap semester kami diundang ke sana memenuhi persembahan.Walaupun sudah lama meninggalkan kampus ini,terasa keseronokan yang tidak terucap oleh kata-kata.
Tempat jatuh lagi dikenang,inikan pula Istana Gombak! Di sinilah tempat kami bermula lapan tahun lepas membuat persembahan di tepi longkang dan parkir kereta sambil diperhatikan oleh mata-mata suci yang menunggu masa menghamburkan kata-kata makian.
Persembahan kami diatur sementara menunggu keputusan debat tersebut. Kami memainkan lima buah lagu iaitu tiga lagu ciptaan kami sendiri -Mabok Kepayang, Belayar ke Pulau Jauh(Untuk mencipta rekod dunia) , Tertinggal Kapal Angkasa dan dua lagu klasik sukaramai -Ayam didik dan Joget Johor Sport Club. Senarai lagu terpaksa diubah sedikit kerana vokalis tidak dapat turut serta atas urusan keselamatan negara.
Terima kasih kepada pihak UIAM terutama AJK majlis yang gilang gemilang ini.Akhir kata,jemputlah kami lagi! (Tapi kami mahu main tepi sungai!he he)

Monday, April 14, 2008

Selamat hari lahir,Syam!

"Nama saya Along",begitulah tegur seorang remaja lelaki berkulit hitam manis ketika aku sedang bersantai di Kedai Rugged Shop ,Kompleks Campbell. Aku ketika itu sedang menunggu kemasukan tahun dua matrikulasi di UIA.Cuti semester Jun 1994.
Di dalam hatiku mengatakan apa bangang nama budak ni Along! Along bin apa? (Selepas itu baru aku tahu namanya Syamsulfaiz). Mesra kami berbual diperhatikan adiknya yang masih bersekolah. Daripada perbualan,barulah kutahu rupa-rupanya Syamsul ini diterima memasuki pusat matrikulasi UIA untuk program Undang-undang.
Kedai itu merupakan tempat pertemuan penggemar irama berat (thrash,death,black,grindcore dll) dan tiba-tiba terpacul budak ini daripada Tanjong Malim memakai baju Rotting Christ (kalau tidak silap). Fuh! Gila juga budak ini!
"Di UIA ada band?",soal budak ini lagi memecahkan kebuntuan.Aku tahu maksudnya kumpulan metal berat -bukan metal ala XPDC. Metal dengan acuan senikata spiritual,alam ghaib,kematian dan kemusnahan.
Aku tidak pasti apa yang kukatakan tetapi enam bulan selepas itu setelah melalui proses ujibakat dan ritual yang tidak bertentangan akidah(dan juga persetujuan seorang lagi komando iaitu Tamlikha-yg kini menjadi pegawai kerajaan di Johor), beliau diterima untuk menganggotai kumpulan muzik Death Metal pertama di UIA iaitu Cryptic Malediction.Inilah bentuk muzik berat dengan suara gergasi,bunyi gitar bingit dan paduan dram double pedal yang menggigit.Kumpulan ini telah mengeluarkan demo pada tahun 1995, EP pada tahun 1998 dan sebuah album penuh pada tahun 2003. Bersama-sama Chronic Mass (senior) dan Indamnation (yang lahir selepas itu),mereka menjadi pelopor irama berat dan membina jaringan muzikal yang kuat di kalangan peminat kampus dan juga serata Malaysia.
Sepanjang penubuhan sehingga tahun 2000(tahun terakhir aktif),mereka telah bermain di KL, Pulau Pinang, Johor Baharu,Seremban dan Melaka. Mereka juga pernah dijemput ke Bandung pada tahun 2000 tetapi terpaksa membatalkannya kerana masalah kewangan (tetapi di internet kononnya kerajaan Malaysia melarang kerana masalah reformasi!ha ha).Satu lagi fakta yang tidak diketahui ramai adalah sejurus merakamkan satu lagu tentang Pasir Salak di Studio Tricastle (milik King Shah MetalAsia) ,mereka telah dijemput untuk mengadakan persembahan di sebuah 'funfair' (sekali lagi- funfair!ha ha) di Senawang untuk menjadi kumpulan pembuka untuk MetalAsia.
Satu kejadian menarik di surau berdekatan tapak funfair di mana Syamsul yang amat jujur dan lurus telah ditanya oleh seorang pakcik . Beginilah perbualannya.
"Datang dari mana?"
"UIA"
"Buat apa kat sini?"
"Ada program di funfair"
"Apa lagi? Pergi lah azan!"
Funfair dibuat pada hari Rabu.Hanya dua puluh orang menonton! Lebih sedikit daripada filem 'Rock'.
Aku tahu Syamsul memang terdidik dgn penuh keagamaan.Tambahan pula boleh berbahasa Arab dengan baik,tetapi bila disuruh oleh pakcik tersebut,mukanya merah menahan malu kerana puncanya pakcik tersebut mendengar nama UIA.Sahbulah(gitaris) yang sekarang menjadi wartawan yang baik di Utusan Malaysia menahan diri daripada ketawa. (ha ha ha )
Itulah Syamsul!Berkenalan dengan beliau mesti ada lawak-lawak yang tidak terduga. Sebenarnya beliau tidak lah lawak secara peribadi tetapi situasi telah memerangkap beliau menjadi lawak.
Hari ini Syamsul menyambut hari lahir ke 32!Setelah 14 tahun,kami masih berkawan dan telah melalui transformasi secara peribadi dan muzikal. Kami rasakan bahawa kami telah melalui proses transformasi muzikal yang tidak dapat kami terangkan dengan betul kerana daripada muzik berat death metal telah beralih arah ke muzik tradisional seperti berputar 360 darjah.
Persahabatan kami adalah tulus dan ikhlas. Asalnya muzik terus berkembang kepada perkara-perkara yang lain yang menyebabkan kami amat akrab meski pun adakalanya bertekak dan tidak berkongsi pandangan yang sama. Mungkin tidak seperti teman-teman rapat kami yang sudah berada di alam politik (bersama Menteri dsbnya) dan hanya menelefon untuk bertanyakan nombor telefon teman-teman yang lain(yg mereka tidak simpan dan menelefon untuk minta bantuan teman-teman tersebut untuk urusan yang menguntungkan!). Bila panggilan dibuat mengatakan sibuk dan banyak urusan. Hasilnya jadi mereka manusia politik yang menggunakan kawan-kawan untuk kepentingan diri sendiri.
Selamat Hari Lahir,Syamsul! Kami semua sayangkan kamu! ha ha ha
Baca entri beliau di sini
Nota : gambar pada tahun 2000 ketika kami masih di alam muzikal berat.

Ulat buku yang gila (serta bijaksana)

Dua hari lepas,pagi-pagi lagi aku sudah mendapat sms yang mengatakan beliau tidak dapat pergi ke pesta buku kerana terpaksa pergi ke Melaka. Aku tidak membalasnya kerana sedang tidur ketika itu. Agaknya kerana tidak dapat balasan,orang gila ini menelefon ku pula di tengahari memberitahu keadaan dirinya itu.Kami berjanji akan datang keesokan harinya iaitu hari terakhir pesta buku di PWTC.
Aku dan isteri tiba agak lewat jam 6:30 petang dan sms beliau mengatakan mahu tunggu sehingga jam 8 supaya memperoleh diskaun yang lebih hebat. Agak gembira ,jejaka Gombak iaitu Norman turut serta.
Aku dan isteri terus ke bangunan di seberang sungai untuk mengelakkan kesesakan di dewan utama. Di Dewan utama penuh sesak dan panggilan kepada Raja Ahmad (RA Fine Arts) mengatakan beliau di gerai Wira Bukit.Kami ke gerai yang penuh dengan majalah Time, National Geographic dan sengkatan dengannya. Entah macam mana, isteriku telah tertarik melanggan tiga buah majalah selama setahun dengan diskaun hampir lima puluh peratus. Separuh harga!(macam tak percaya!) Apa yang kami langgan? Tiga buah majalah itu adalah Newsweek (wajib) dan dua lagi -National Geographic dan majalah dekorasi rumah (Eh! Apa tajuknya?Lupa pula!).Selepas itu,jurujual memberikan kami 7 buah majalah secara percuma.Langganan bermula Jun ini.
Setelah bertemu orang gila ini,dia sudah menjinjit beberapa beg plastik berisi buku yang dibelinya di gerai Al Ameen (Faisal tehrani dll). Kami ke gerai PTS dan dia memborong puluhan buku yang membuatkan petugas-petugas pelik melihatkan seseorang membeli dengan kadar banyak dan bukan bayaran melalui kad kredit.Semuanya dibeli secara tunai! Nazri yang baru mengeluarkan Opera Angkasa juga berada di situ melayan pelanggan yang datang berpusu-pusu.
PTS memberikan diskaun hebat kepada pembeli yang membeli di saat-saat akhir. Setelah mengetahui situasi orang gila ini membeli buku,maka beliau telah mendapat diskaun yang lebih hebat lagi di sini. Jumlah keseluruhan pembelian beliau di pesta buku ini melebihi RM1 ribu dan sejumlah besarnya di PTS.
Kami juga singgah di Wira Bukit untuk menandatangani petisyen Pak Samad menuntut pengembalian hakcipta buku-buku Pak Samad daripada DBP.Di sini orang gila ini membeli buku lagi di UA Enterprise yang menjual buku-buku Usman Awang. (drpd anak Usman Awang sendiri)
Oh! Sesungguhnya kami menjadi saksi mata kepada kegilaan orang ini membeli buku yang dibelinya atas inisiatif mengutip derma sendiri untuk perpustakaan rumah anak yatim. Satu usaha yang amat murni dan perlu diberikan galakan dan bantuan.
Tahniah kepada orang gila ini iatu DrBubbles atau nama sebenarnya Iskandar Syah.(mcm nama sultan da!). Orang gila ini layak diberikan penghargaan sempena pesta buku dan diabadikan sebagai ikon pembeli buku yang gila (dan bijaksana)!Orang-orang kaya (dan tidak kaya!) yang banyak membuang duit ke arah kerosakan minda dan hati perlu membantu orang gila ini dengan memberikan dana dan membuat yayasan di atas nama Yayasan Dr Bubbles dan kroni!.he he
Lawati laman web beliau di link di atas!
p/s: Gambar-gambar akan diupload nanti yg dpt menerangkan secara terperinci tabiat orang gila ini membeli buku dan keseronokan yang terpancar di wajahnya.

Thursday, April 10, 2008

Selera Makan Benjamin yang 'cool'

En Syam mempunyai versi tersendiri berkenaan persembahan di PWTC tempohari.
Sila lihat di sini

Wednesday, April 09, 2008

Majalah baru

Akhirnya sebuah majalah yang menumpukan kepada muzik tradisional dan seirama dengannya telah diterbitkan oleh sebuah penerbit yang faham dengan kehendak pasaran yang menginginkan sesuatu yang lain dan segar. Majalah Folk Etnik disasarkan kepada masyarakat Malaysia dan mungkin sekitar nusantara yang menggunakan bahasa Melayu. Sesuai dengan taglinenya 'Menggali khazanah serantau'.
Satu isu yang padat dan bermaklumat. Sesuai dengan kekayaan muzik dan budaya yang ada sekitar kepulauan nusantara.
Isu pertama banyak menyorot sejarah dan perkembangan gamelan di Jawa dan pengaruhnya di Malaysia.
Beberapa rencana lain juga agak menarik.terdapat informasi tentang kedai muzik online yang diwujudkan untuk menangani masalah pengedaran album di kalangan pemuzik genre sebegini.
Harga hanya RM5 (Semenanjung) dan RM8 (Sabah & Sarawak).
Dapatkan segera!

Selera Makan Benjamin

Monday, April 07, 2008

Kata-Suara Khas di Pesta Buku

Hujan lebat petang Ahad itu telah menyebabkan Mohsen tidak dapat hadir di persembahan khas anjuran SuaraSuara /RA Fine Arts di Kata Suara Khas sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur kerana telah tersekat di Cheras.
Program ini menampilkan SN A Samad said, Sharon Bakar, Sayed Munawwar,kumpulan Usratika,Intan Rafiza,Tan Sei Hon, Raja Ahmad dan Dewangga Sakti yang dijemput membuat persembahan.
Kami memainkan dua lagu menutup acara petang tersebut. Lagu bertajuk Tertinggal Kapal Angkasa dan Belayar ke Pulau Jauh (untuk mencipta rekod dunia) telah dimainkan dengan empat ahli yang dapat hadir iaitu Abd Raof- perkusi (darbuka), Zul- gambus, Syam- gitar bass dan Norman (violin). Azman (gitara) tidak dapat hadir atas urusan keluarga.
Amat seronok juga bermain petang tersebut walaupun terdapat sedikit kecacatan permainan. Lebih seronok dapat bertemu dengan teman blogger baru seperti Sharon Bakar yang mempunyai blog dedikasi kepada buku dan sastera.Lebih menarik lagi kerana persembahan ini,kami telah ditawarkan untuk bermain di majlis makan malam sempena Pesta Buku di Dewan Merdeka keesokan harinya.Pada majlis tersebut,Abd Raof pula yang tidak hadir dan segera diganti oleh pemain perkusi hebat daripada UIA iaitu Wah Yun Kua.
Satu majlis yang tak dapat kami lupakan.Terima kasih kepada Sayed Munawwar dan orang kuat Pesta Buku yang lain kerana memberikan kami peluang.
Juga kepada Raja Ahmad yang gigih menganjurkan program sebegini yang pada asalnya dimulakan di galeri beliau yang bertempat di Jalan Aman, Off Jalan Tun Razak iaitu RA Fine Arts yang sentiasa aktif menganjurkan pameran seni setiap bulan.(oh ya! tidak lupa kepada Kak Ruzaimah dan Ted Mahsun yang mengaturkan program ini)
p/s: Sekali lagi kami mencuri gambar daripada Flickr saudara Firdaus Ariff yang budiman.he he
Hari ini(Isnin) ada rencana tentang Dewangga Sakti tersiar di Utusan Melayu (jawi)

Sunday, April 06, 2008

Kata-Suara Khas di Pesta Buku PWTC



Jom ke PWTC Ahad ini untuk program Kata-Suara Khas @ KLIBF sambil memborong buku dan berkenal-kenalan.