Friday, October 14, 2005

Dewangga Sakti bersantai di Lake Garden




Beberapa gambar yang diambil di Lake Garden pada 30 April,2005 hari Sabtu.
Sekali tengok macam kumpulan rock pulak!
Line up ketika ini
Mohsen- vokal,gitar
Zulkifli- gambus
Wan Aznuwar-gitar
Syamsul Faiz -gitar bass
Noor Azmie - rebana, percussions
Perkembangan terkini pihak Dewangga Sakti sudah menambah dua anggota untuk instrumen violin dan keyboard. Seorang lagi gitaris iaitu Yaser akan membantu di masa hadapan.
Persembahan terkini mereka adalah ketika satu majlis perkahwinan di PJ Hilton pada 20 Ogos 2005. Pada bulan yang sama, pemain gambus Zulkifli terlibat membantu kumpulan muzik UIAM semasa pesta konvokesyen mereka.Pemain rebana-Azmi juga membantu ketika konsert penutup konvo di dewan CAC, UIAM dan sambutan merdeka UIA.
Dewangga Sakti sedang menyiapkan lagu-lagu ciptaan mereka sendiri yang dirancang untuk dikeluarkan. Beberapa lagu sudah dikenal pasti antaranya Jalan Kembali (lagu ini dicipta pada tahun 2001 ketika pertandingan akustika nusantara di UPM), Mabuk Kepayang, Tangan Merentas Samudera (lagu dedikasi tsunami yang pernah dimainkan di Muzium Negara pada 15 April 2005) dan beberapa lagu lain yang belum bertajuk.
TANGAN MERENTAS SAMUDERA

ADAKAH INI DUGAAN
ATAU PERINGATAN
BUAT MANUSIA YANG SEDANG LEKA

HADIRNYA TANPA INGATAN
GANAS MENERKAM PANTAI
MENERJAH MERANAPKAN IMPIAN

TSUNAMI YANG MELANDA
MUSNAH SEKELIP MATA
JASAD BERTABURAN TAK KENAL BANGSA

HATI HANCUR TERHIRIS
TAK TERURAI PEDIHNYA
ADAKAH SESUATU DISEBALIKNYA

c/o
JIKA ENGKAU BERADA
HULURKANLAH APA YANG KAU MAMPU
JIKA ENGKAU TIADA
GERAKKANLAH TULANG EMPAT KERAT MU
AGAR MEREKA RASA
MASIH ADA YANG IKHLAS MEMBANTU
WALAU HANYA SEKADAR
DOA ATAU PUN SEHELAI BAJU

OMBAK BESAR MENERKAM
BAGAIKAN ISYARAT
USIA DUNIA YANG SUDAH TUA

MUNGKIN TUHAN MENDUGA
JIWA YANG LEMAH ITU
KEMBALILAH SEGERA KE JALANNYA

ANDAI ADA KEKUATAN
YANG TERSEMAT DIHATI
BANTULAH MEREKA SEIKHLAS HATI

SEMPADAN BUKAN LAGI
PENGHALANG UNTUK KITA
BERIKAN BANTUAN SEADANYA

DEWANGGA SAKTI
JANUARI 2005

No comments: