Thursday, October 18, 2007

Hari kemenangan pasti tiba

Banyak program hari raya di televisyen adalah pre-recorded.Dirakam dahulu dan bukannya live! Maksudnya mereka perlu mewujudkan dahulu suasana hari raya itu ketika membuat rakaman program.Ada ketikanya mungkin ketika sedang berpuasa (atau dirakam ketika waktu malam) dan diwujudkan suasana bergembira makan-makan seolah-olah sedang menikmati keindahan Syawal.
Ahh! Banyak lagi program lain dirakam dahulu.Ini prosedur mereka.
Tapi bayangkan begini : lagu Suasana Hari Raya bermula dengan senikata 'Berlalulah sudah ramadhan,sebulan berpuasa..' dan dinyanyikan ketika sedang lapar berpuasa. Mesti penyanyi terasa hipokrit menyanyi kerana puasa belum habis,sudah mahu raya.ha ha ha
Sebenarnya kegembiraan sebenar adalah menunaikan ibadah puasa dan ibadah lain di bulan Ramadhan.Bila Syawal menjelma dapat pula menunaikan solat sunat Aidilfitri.Kemudian kita digalakkan kunjung mengunjung sanak keluarga dan jiran tetangga sambil bermaaf-maafan.
Dapatkah kita membawa semangat ini sepanjang masa?

No comments: