Tuesday, September 16, 2008

Showcase Dewangga Sakti

Setelah tamat program Fete de la musique di Alliance Francaise KL bulan Jun lalu, kami telah menerima jemputan untuk mengadakan konsert mini /showcase -persembahan Dewangga Sakti di tempat yang sama. Setelah melihat beberapa tarikh yang sesuai dan mengambil kira kedudukan angka dan bulan, maka dengan ini diumumkan bahawa Dewangga Sakti akan mengadakan persembahan secara ekslusif di Alliance Francaise KL yang bertempat di Lorong Gurney, Off Jalan Semarak,KL tanggal 13 Disember 2008,hari Sabtu jam 8:30malam.
Alliance Francaise adalah pusat bahasa dan budaya Perancis yang saban tahun menganjurkan Fete de la Musique dan pelbagai acara lain.
Kami akan membuat persembahan selama hampir dua jam di sana. Atau mungkin sejam setengah. Bergantung kepada perbincangan dengan institut tersebut dan juga tenaga ahli kumpulan.:)
Sudah pasti lagu-lagu daripada CD Mabok Kepayang akan dimainkan dan juga previu lagu-lagu untuk album akan datang. Tidak dilupakan lagu-lagu tradisional malar segar.
Persembahan ini bertiket (kadar yang munasabah) dan kami akan menjual CD dan tshirt ekslusif Dewangga Sakti.
Tajuk persembahan belum dibincangkan lagi. Di dalam perancangan juga untuk merakamkan persembahan ini ke dalam video dan (jika menarik) akan diterbitkan.
Oh ya!Jika lapang sabtu ini(20 Sept),boleh datang ke Amcorp Mall,PJ jam 1 dan 4 petang kerana kami ada persembahan di sana. Persembahan ini akan menjadi persembahan terakhir pemain bass kami, Syamsulfaiz kerana beliau akan berpindah ke Dubai selepas Aidil Fitri.
Nota gambar: Syamsul berbaju hitam, di belakangnya Wah Yun Kua sedang membaca sifir-sifir politik

3 comments:

tamlikha said...

For sure aku akan pegi tengok showcase DS ni nanti, sebabnye hehehheeh....... aku dah stay kat rawang pada masa tuh.... buat kengkawan yg mengenali, Tamlikha Yang Hebat akan kembali ke tanah tumpah darahnye berhampiran Kesultanan Gombak, the warrior is back..... Akhirnya aku dapat kembali apa yg telah hilang dari aku selama 6 tahun..... tapi ar-long pulak berhijrah ke Dubai demi kebaikan kerjaya, tak mengapa kawan-kawan yg lain masih ada

Syamsulfaiz said...

Alamak Meor, kalau aku tahu kau nak kembali pasti aku berpikir 8 kali hari tuh..hahaha.
Aku mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada Dewangga Sakti untuk show pada 13 Dec nanti. Mesti happening punya...dont worry. Jangan lupa muatkan banyak gambar untuk tatapan aku nanti di padang pasir. Kalau bole masuk video sekali dalam blog ni dan Youtube.

tamlikha said...

hehehe, x payah pikir 8 kali along, rezeki di Dubai lebih melimpah ruah, tapi satu je pesan aku...dah kaya nanti jgn lupa kengkawan, kirim la segala kebab mebab dari Arob hahahah, satu lagi berhati hati dengan Pak Arab yg hemsen ye....jgn mudah tergoda, iman ko terhadap pak arab jantan ni setau aku tipis skit heheh