Friday, May 22, 2009

Dewangga Sakti di dalam novel Armada Azur


Babak 1 – Istana al-Fateh

Selesai dengan nazam, bentara istana mengumumkan persembahan yang berikutnya. “Dipersilakan kumpulan muzik yang mengembara jauh dari Kota Jugra, Dewangga Sakti!”

Enam orang pemain muzik tampil dan mengambil tempat di bulatan kusyen yang disediakan. Dua gitar, darbuka, violin, gambus dan rebana menjadi peralatan pilihan mereka.

Si pemain violin membuka persembahan dengan gesekan merdunya. Dua pemain gitar kumpulan itu pula mencurahkan serbuk kristal di sekeliling mereka berenam. Serbuk kristal itu dicurah dalam satu garis melengkung sehingga membentuk satu bulatan.

Sebaik-baik sahaja bulatan serbuk kristal itu terbentuk, kerlipan mula memancar dengan ritma seiring gesekan biola. Para hadirin yang hadir bertepuk tangan melihat gabungan rentak bunyi dan cahaya.

Babak 2 – Istana al-Fateh, musuh datang menyerang

Dalam masa yang sama, kumpulan muzik Dewangga Sakti juga mengambil langkah menyelamatkan diri. Ketua kumpulan tersebut yang bernama Zul mengambil sarung tangan kristal dari dalam bagasinya dan menyarungkan pada tangan kanannya.

“Raof, Wahyun. Cepat, bawa seberapa ramai dalam lingkungan kita ini!”

Wahyun dan Raof segera menarik beberapa orang dayang istana ke dalam lingkungan mereka. Seorang bentara juga melompat masuk dalam lingkungan mereka tanpa diajak.

Wahyun menggesa, “Cepat, musuh sudah hampir!”

Zul mengangkat tangan kanannya tinggi-tinggi sebelum menghentakkannya ke atas lantai. Lingkaran kristal di sekeliling mereka menyala dan menghasilkan dinding cahaya yang menyilaukan pandangan. Apabila dinding cahaya itu berlalu, mereka semua sudah lenyap dari pandangan.

(Novel tulisan Firdaus Ariff -tajuk Armada Azur)

14 comments:

Pyanhabib said...

waw!

D'Rimba said...

Wah hebat ya sahabat bekas warga UIA sekalian memartabatkan budaya bangsa berteraskan Islam sejati. Saya ingin sangat sertai. Nanti sayapun ingin tubuhkan kumpulan sebeginilah mendidik anak bangsa....

kamal sabran said...

"Zul mengangkat tangan kanannya tinggi-tinggi sebelum menghentakkannya ke atas lantai."

-oooooo itu pasal lah ko hentak kaki di studio aku hari tu :)

D'Rimba said...

Kenapa tidak hadirkan diri ke Perhimpunan Penulis Muda di Melaka? Banyak amanat dalam penulisan yang boleh dimanfaatkan. hampir dua puluh kertas kerja dibentangkan.

DSfairy said...

x bley blah...apsal watak wahyun n abg raof kna selamatkan dayang2 istana jek...ish2...cube utk jadi hero ye?saya xphm knape mst dayang2 istana jek?ke mana gerangan ahli2 istana yang len?saudara firdaus ariff bley mnjwb nye?kalo abg2 dS y len nk jwb pon xpe....huhuhu

wahyun said...

dayang2 istana mimpi.
bukan yg dayang sebenar, huhuhuhu...

Firdaus Ariff said...

DSfairy; Lelaki-lelaki lain dalam istana adalah para pengawal dan askar. Dalam babak ini mereka sedang sibuk melawan musuh yang datang menyerang.

Jadi, hanya tinggal dayang-dayang sahaja yang perlu diselamatkan. Saja menyakat Raof & Wahyun yang masih bujang sebenarnya. =P

D'Rimba; Tidak hadir ke Perhimpunan Penulis sebab bertembung dengan program lain.

D'Rimba said...

Sayangnya kalau tidak pasti dapat banyak manfaat dan martabatkan muzik Melayu yang mendidik jiwa bangsa. Bolehkah sahabat sudi melihat adik-adik di sekolah menangah berhampiran rumah saya dalam latihan lagu dan puisi jika sudi?

cohong gym said...

Wah ganas la korang. Dah masuk Novel pulak. Itu cerita memang banyak sakti-sakti ke?

D'Rimba said...

Bila boleh kita sembang di YM atau GMAIL ni? saya nak bagi dengar sajak yang dilagukan ni sekali dengan muzik....

D'Rimba said...

Nak minta tunjuk ajar kalian sikit jika sudi............Sudilah mudahan.

wahyun said...

dayang2! mari ke ladies nite! - rokie belanja

Syamsulfaiz said...

ada tak watak aku tengah makan pisang sambil terawang-awang di udara?

Firdaus Ariff said...

En. Syamsulfaiz pula akan muncul dalam novel BioHack (est. pub. August 2009) sebagai seorang hacker part time di Arab Saudia. Dia dikenali dengan nickname TaukeUnta di alam maya.

Juga wujud agensi bernama PANDA dalam BioHack.

Muahaha.