Sunday, February 13, 2011

Apple Hill

Apple Hill

Gerak kerja awal

Bulan November tahun lalu, pihak kedutaan U.S. menawarkan persembahan kerjasama bersama kuartet klasikal daripada Amerika, Apple Hill yang banyak membuat jelajah di seluruh dunia. mengadakan persembahan, bengkel dan master class. Apple Hill string quartet terdiri daripada dua orang violin, seorang viola dan seorang cello. Saya tidak segera menyatakan persetujuan disebabkan banyak perkara yang perlu dibuat. Bukan sahaja persembahan Dewangga Sakti bersama Apple Hill yg perlu dibuat, tetapi tugas sebagai penganjur juga perlu dilaksanakan dengan memilih tempat persembahan yang bersesuaian dengan tarikh yang diminta pihak Kedutaan dan perkara-perkara lain.
Di samping itu,pilihan tempat yang sesuai dengan kadar sewa yang bersesuaian perlu dicari untuk mengadakan persembahan tersebut. Beberapa tempat dicadangkan. Setelah mengambil kira lokasi dan kesesuaian, kami sepakat memilih The Actors Studio @ Lot 10 yang bertempat di Pusat Membeli-belah Lot 10,Kuala Lumpur.
Setelah proses awal selesai, kami perlu mencari pasukan kami (kru) yang akan bertugas semasa soundcheck dan persembahan.
Sinaganaga dipilih sebagai pengurus pentas ketika kami berbincang dan dipersetujui.
bersambung...

No comments: