Showing posts with label RA Fine Arts. Show all posts
Showing posts with label RA Fine Arts. Show all posts

Monday, April 07, 2008

Kata-Suara Khas di Pesta Buku

Hujan lebat petang Ahad itu telah menyebabkan Mohsen tidak dapat hadir di persembahan khas anjuran SuaraSuara /RA Fine Arts di Kata Suara Khas sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur kerana telah tersekat di Cheras.
Program ini menampilkan SN A Samad said, Sharon Bakar, Sayed Munawwar,kumpulan Usratika,Intan Rafiza,Tan Sei Hon, Raja Ahmad dan Dewangga Sakti yang dijemput membuat persembahan.
Kami memainkan dua lagu menutup acara petang tersebut. Lagu bertajuk Tertinggal Kapal Angkasa dan Belayar ke Pulau Jauh (untuk mencipta rekod dunia) telah dimainkan dengan empat ahli yang dapat hadir iaitu Abd Raof- perkusi (darbuka), Zul- gambus, Syam- gitar bass dan Norman (violin). Azman (gitara) tidak dapat hadir atas urusan keluarga.
Amat seronok juga bermain petang tersebut walaupun terdapat sedikit kecacatan permainan. Lebih seronok dapat bertemu dengan teman blogger baru seperti Sharon Bakar yang mempunyai blog dedikasi kepada buku dan sastera.Lebih menarik lagi kerana persembahan ini,kami telah ditawarkan untuk bermain di majlis makan malam sempena Pesta Buku di Dewan Merdeka keesokan harinya.Pada majlis tersebut,Abd Raof pula yang tidak hadir dan segera diganti oleh pemain perkusi hebat daripada UIA iaitu Wah Yun Kua.
Satu majlis yang tak dapat kami lupakan.Terima kasih kepada Sayed Munawwar dan orang kuat Pesta Buku yang lain kerana memberikan kami peluang.
Juga kepada Raja Ahmad yang gigih menganjurkan program sebegini yang pada asalnya dimulakan di galeri beliau yang bertempat di Jalan Aman, Off Jalan Tun Razak iaitu RA Fine Arts yang sentiasa aktif menganjurkan pameran seni setiap bulan.(oh ya! tidak lupa kepada Kak Ruzaimah dan Ted Mahsun yang mengaturkan program ini)
p/s: Sekali lagi kami mencuri gambar daripada Flickr saudara Firdaus Ariff yang budiman.he he
Hari ini(Isnin) ada rencana tentang Dewangga Sakti tersiar di Utusan Melayu (jawi)

Sunday, April 06, 2008

Kata-Suara Khas di Pesta Buku PWTC



Jom ke PWTC Ahad ini untuk program Kata-Suara Khas @ KLIBF sambil memborong buku dan berkenal-kenalan.

Friday, March 28, 2008

Video persembahan

Ini ada satu link drpd laman web dunia vovin berkenaan persembahan Dewangga Sakti di RA Fine Arts beberapa minggu lepas.Terima kasih kepada Mr Nazri M Annuar kerana memasukkan video tersebut.

http://www.dunia-vovin.com/2008/dewangga-sakti.htm

Semoga terhibur...

Tuesday, March 18, 2008

Tertinggal Kapal Angkasa

Dua jam sebelum ke majlis anjuran RA Fine Arts -Kata Suara 3, kami dikejutkan dengan ketidakhadiran Abdul Raof yang terpaksa bekerja pada hari tersebut. Ahli bersekutu,Wah Yun Kua segera dipanggil untuk menaburkan khidmat bakti. Pada hari yang sama, peguam bergaya Yap Kwan Seng En Syam terpaksa bergegas kerana mempunyai banyak jemputan lain di Lembah Kelang dan Negeri Sembilan.Tukang karut utama,Moh Sen pula mempunyai kerja di Terengganu. (ini menambahkan kehairanan kami kerana banyak kerja Mohsen sejak setahun kebelakangan ini banyak tertumpu di negeri itu).
Tinggallah kami bertiga iaitu Nor Man -violin, Zul Kif Li-gambus dan Az Man -gitara untuk meneruskan undangan yang diterima.Perkusi -darbuka dipikul sepenuhnya oleh ahli bersekutu (yang mungkin akan diangkat taraf kepada ahli penuh bila dua mangkuk darah diberikan kepada pihak markas) iaitu Wah Yun Kua. Ahli bersekutu yang baru pulang dari Pulau Pinang tidak dapat menaburkan khidmat kerana bergegas menonton persembahan TOTO.
Persembahan mesti diteruskan.
Majlis ini bermula jam 5 petang dan dimulai oleh Dr Siti Zainon,seorang budayawan yang amat kami kagumi. Beliau banyak bercerita tentang kisahnya ketika zaman dahulu -semasa melanjutkan pelajaran Seni rupa di Jogja serta hubungannya dengan seniman senior dan anak muda zaman sekarang.
Kemudian,blogger terhebat Jiwarasa membaca beberapa fragmen daripada novel Shahnon Ahmad.
Kami muncul selepas itu mempersembahkan dua buah lagu ciptaan kami iaitu Belayar ke Pulau Jauh (untuk Mencipta Rekod Dunia) dan Tertinggal Kapal Angkasa. Jika mahu tahu lebih lanjut tentang kedua-dua lagu ini,sila baca entri-entri terdahulu yang memberikan sedikit latar kepada penciptaan lagu-lagu ini. Walaupun tanpa penggunaan microfon,terasa ruang betul-betul bergema memberikan nada akustik yang sesuai dengan instrumen yang kami mainkan.Terasa tidak puas membuat persembahan kerana setiap peserta diberikan tempoh sepuluh minit sahaja.
Selepas itu,wartawan NST Gerald Chuah tampil. Beliau baru sahaja menghasilkan buku berkenaan Sylvester Stallone. Kemudian, Dr Zakaria Ali (USM) muncul dan majlis diakhiri oleh pengarah tersohor,U Wei yang membaca sedutan daripada skrip di dalam pembikinan (work in progress) karya beliau.
Ramai juga blogger yang kami temui antaranya Firdaus Ariff, Pak Adib dll.
Kali ni majlis tamat pada jam 7:30 malam, lebih lama daripada dua majlis terdahulu.
Terima kasih kepada Raja Ahmad dan RA Fine Arts yang memberikan peluang kepada kami membuat persembahan.
***Kredit gambar- Firdaus Ariff (Jangan marah!kami ambil daripada flickr saudara!he he)

Saturday, March 15, 2008

Kata-Suara 3 di RA Fine Arts

Kami akan membuat persembahan di program bulanan anjuran RA Fine Arts .

15 Mac 2008

Jam 5 petang


Senarai peserta


Dr Zakaria Ali

Dr Siti Zainon

Jiwarasa

U-Wei Shaari

Chuah Guat Eng

Dewangga Sakti

Gerald Chuah

Dang Suria

Friday, February 22, 2008

Pyan Habib yg cool!

Aku tiba lewat ke program Kata Suara 2 di Galeri RA Fine Arts kerana terlibat merancang program pilihanraya bagi calon PAPAN(rujuk entri sebelum ini).
Bila aku tiba di situ kelihatan Bernice Chauly sedang membaca puisi daripada buku terbarunya.
Kemudian susuk tubuh penyair ini (rujuk gambar) yang beberapa kali kujumpa di galeri ini tampil membaca puisi beliau. Ya! Ini dia watak Osman Tikus di dalam filem Kembara Seniman Jalanan.
Pyan Habib membaca sajak pertama tanpa teks tentang keresahannya tentang nasib penulis dan Bahasa Melayu sekarang. (Isu KOMSAS lah! Apa lagi?)
Walaupun isu ini agak diperkatakan sekarang,sajaknya yang kedua lebih menggelegak dengan tajuk 'Ayahku seorang YB di negara demokrasi' yang katanya ditulis di tahun 80an dahulu. Sungguh sinis dan bertepatan dengan demam pilihanraya sekarang.Masih relevan untuk iklim politik Malaysia yang belum matang dan mungkin akan mengambil masa yang lama lagi untuk matang. Seperti kata Zainudin Maidin (temubual bersama Aljazeera) yang berkata kita negara demokrasi kerana kita ada pilihanraya setiap lima tahun. Hanya kerana kita ada pilihanraya!Itu sahaja!Ha ha ha!
Ha ha ha! ha ha ha!
Ha ha ha!

Saturday, February 16, 2008

Kata-Suara di RA Fine Arts


Datang lah beramai-ramai ke RA Fine Arts hari Sabtu ini 16 Februari 2008 jam 5 petang.