Showing posts with label fiksyen. Show all posts
Showing posts with label fiksyen. Show all posts

Wednesday, March 11, 2009

Siasah pra-matang

Pak Abdul telah menggunakan kuasanya untuk mempengaruhi Sultan supaya mencipta sebuah kawasan Parlimen baru yang dinamakan Gombak Ria,sebuah penempatan baru yang dicipta secara grafik dan tempatnya tidak dapat disahkan.
Hakikatnya,kawasan ini tidak wujud di dalam peta fizikal .Hanya yang berilmu dan mempunyai kasyaf sahaja terbuka hijabnya untuk melihat kawasan yang dimaksudkan.
Pak Abdul akhirnya berjaya menang kawasan yang dimaksudkan dan terus bergegas merasmikan parlimen baru Gombak Ria yang tidak terletak di atas tanah. Kawasannya di antara langit dan bumi.
Foto hiasan: Setiausaha sulit Pak Abdul sedang merasmikan balai hinggap

Tuesday, November 11, 2008

Ronggeng Pak Abdul


Diam-diam ubi,jinak-jinak panda! Pak Abdul atau Tokeyunta yang telah tertinggal kapal terbang dan lari ke Dubai telah mempunyai perniagaan 'cover line' di Bandaraya bersejarah.

Berikut ringkasannya - Pak Abdul akhirnya terbangun daripada tidur yang panjang (sila rujuk lagu tertinggal kapal angkasa). Beliau bertekad tidak mahu lambat lagi dan mengamalkan disiplin dan budaya kerja yang cemerlang. Akhirnya syarikat dan perniagaannya semakin berkembang maju seiring dengan kemajuan seluruh pelusuk bumi. Beliau tidak lagi menghabiskan duit untuk perkara yang tidak berfaedah.

Ronggeng Pak Abdul
Songkoknya jatuh
Seluarnya koyak
Capalnya putus
hey hey hey

Tuesday, October 28, 2008

Pagi yang Indah di kesultanan


Hari ini aku rasa sungguh bertuah.Semasa aku tiba ke LRT,tidak ramai yang menaiki LRT pagi ini. Pakcik guard yang menjaga LRT di Taman melati memberitahu ramai yang tak pergi kerja hari ini sebab sejak dia bertugas 6 pagi tadi,tak ramai yang naik LRT.
Fuh! Magis!
LRT juga terasa laju pada hari ini. Aku bertambah terkejut bila melihat gerabak sudah ditambah.Bagus untuk mengelakkan kesesakan.
Alangkah seronoknya bila perjalanan semakin laju dan aku tiba ke KLCC hanya dalam masa lima minit.Tidak seperti kebiasaannya lima belas minit.Macam naik bullet train!
Tiba-tiba Syamsulfaiz menelefon dari Dubai.
"Tuan Terutama,duit kumpulan sudah dimasukkan.Bulan ni hanya USD500.00 sahaja boleh dimasukkan sebab aku nak bayar sewa rumah.Mahal gila wo!"
USD500.00? Lebih kurang RM1,650.00. Kami hanya minta RM500.00.Jadi,kita boleh bayangkan gaji diterima Tokeyunta di Dubai.
Aku sampai di pejabat lebih awal.Paling awal pada tahun ini kerana LRT sudah semakin laju.Setelah membuka PC,aku memasang lagu Dead Can Dance ,album Into the Labyrinth yang berhantu itu.
Tiba-tiba Syamsulfaiz menelefon lagi.
"Tuan,semua album dead Can Dance aku sudah beli utk dihantar ke alamat kau. Begitu juga album Ummi Kalthoum."
Aku hairan seolah-olah Tokeyunta ini sudah dapat membaca fikiranku.Ini sudah baik.
"Bos, gambus banyak jual di sini.Aku survey dulu mana yang bagus",demikian Syamsulfaiz berbicara lagi seolah-olah tahu apa yang bermain di fikiranku.
Di dalam perbualan telefon yang memakan masa setengah jam itu,beliau memberitahu rancangannya untuk pergi menonton konsert Opeth di sana Mac tahun depan dan hasratnya untuk memperkenalkan permainan kompang (berkepak) di sana.

Wednesday, April 09, 2008

Majalah baru

Akhirnya sebuah majalah yang menumpukan kepada muzik tradisional dan seirama dengannya telah diterbitkan oleh sebuah penerbit yang faham dengan kehendak pasaran yang menginginkan sesuatu yang lain dan segar. Majalah Folk Etnik disasarkan kepada masyarakat Malaysia dan mungkin sekitar nusantara yang menggunakan bahasa Melayu. Sesuai dengan taglinenya 'Menggali khazanah serantau'.
Satu isu yang padat dan bermaklumat. Sesuai dengan kekayaan muzik dan budaya yang ada sekitar kepulauan nusantara.
Isu pertama banyak menyorot sejarah dan perkembangan gamelan di Jawa dan pengaruhnya di Malaysia.
Beberapa rencana lain juga agak menarik.terdapat informasi tentang kedai muzik online yang diwujudkan untuk menangani masalah pengedaran album di kalangan pemuzik genre sebegini.
Harga hanya RM5 (Semenanjung) dan RM8 (Sabah & Sarawak).
Dapatkan segera!

Wednesday, November 14, 2007

Selera Makan Benjamin

Hari Jumaat dua minggu lepas,aku telah dihubungi oleh Norman.Dalam nada kekaguman beliau memberitahu,"Eh!Itu raja lawak bangsa angkasa sudah buka kedai makan yang hip dan trendy"
"Apa benda hip dan trendy tu?"
"Dia sudah buka kedai makan Selera Makan Benjamin,"jawab Norman sambil menambah lagi," Fuyoh!Mi kolok dia memang menyelerakan!"
Kami berdua dengan tidak mempedulikan bangsa angkasa lain telah berkunjung ke kedai yang dimaksudkan dan kebetulan beliau sedang membuat air bandung (yang tidak ada pun di Bandung,Indonesia) yang boleh diisi semula oleh pelanggan sebanyak mana yang disukai.
Nun di sudut khas sebelah kiri kedai tersusun sebuah rak buku mengambil inspirasi Kafe Bookworms di Chengdu. Jumlah buku yang didermakan teman-teman sudah berjumlah 666 buah dan akan bertambah dari semasa ke semasa.
Patutlah beliau sentiasa tersenyum sejak kebelakangan ini.Disamping menyambut orang baru iaitu cahayamata pertama yang dijangka lahir minggu hadapan,beliau masih lagi sempat menambah pendapatan dan memberikan inspirasi kepada bangsa angkasa (dan bumi) yang lain.
"Apa menu yang menarik di sini?"
"Sini macam-macam ada! Mi kolok Sarawak (kerana isterinya berasal dari Sarawak), nasi dagang(kerana desakan kawannya), mi bandung, nasi lemak Klang Gate dan macam-macam lagi lah!"
Kami tertarik mencuba nasi lemak Klang Gate.Ternyata nasi ini memenuhi resepi yang kami idamkan.Lemak dan sambalnya membuatkan kami menambah sehingga lima pinggan setiap seorang!
Harganya? Di sini tidak ada harga,kata empunya kedai,"Pelanggan boleh membayar berapa sahaja harga!"
Kami berlalu pergi setelah mengenakan kopi latte dipadankan dengan aiskrim Haagen Dazs.Sungguh enak,hingga lupa kunci kereta tertinggal di atas meja.
bersambung....