Thursday, May 11, 2006

Dari Utusan Malaysia 11 Mei 2006

Raja Gambus meninggal dunia
Fadzil Ahmad.
KUALA LUMPUR 10 Mei - Raja Gambus Malaysia, Fadzil Ahmad, 65, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini hari ini dipercayai akibat keracunan makanan.
Allahyarham dimasukkan ke HKL setelah mengadu sakit perut selepas makan dua cucuk sate pada pukul 2 petang semalam.
Allahyarham yang menghidap penyakit parkinson dibawa ke hospital oleh dua anaknya, Mohd. Farid, 35, dan Mohd. Firdaus, 20.
Menurut Mohd. Firdaus, bapanya mengadu sakit perut sejam selepas makan sate dan sewaktu di hospital, Allahyarham turut mendapat bantuan pernafasan.
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Datuk Keramat di sini.
Allahyarham meninggalkan seorang balu, Zaliah Mohamad, 55, lima orang anak dan tiga orang cucu.
Anak-anak Allahyarham yang lain ialah Mohd. Hafiz, 32, Mohd. Radzi, 31, dan Mohd. Fadzlee, 23.
Pada 1958, Allahyarham menubuhkan kumpulan ghazal Seri Maharani Ghazal.
Allahyarham menghasilkan 14 buah album EP dan 11 LP.

No comments: