Tuesday, March 31, 2009

Simfoni Sungai Pusu dalam D Major7

Minggu lepas kami ke UIA lagi memenuhi jemputan membuat persembahan di BENL Alumni Charity Dinner di Dewan Banquet.BENL singkatan kepada pelajar Bachelor of English Language utk pelajar yang mengambil jurusan bahasa Inggeris di UIA. Kalau semasa zaman kami belajar dahulu, pelajar BENL adalah pelajar yang paling trendy dan sosial. Semasa aku di matrikulasi,seorang pelajar perempuan BENL mendapat reputasi tinggi kerana mempunyai boyfriend di setiap semester. Eh !Mungkin satu semester dua orang. Sehinggakan diwujudkan kelab bekas kekasih pelajar perempuan ini. :)
Itu zaman aku dahulu dan mungkin sekarang sudah berubah. Boleh jadi pelajar Econ yang paling sosial! he he
Jemputan ke UIA ini kami ibaratkan sirih pulang ke gagang kerana di sini kami bermula dahulu.
Persembahan malam itu diserikan dengan kehadiran pemain gambus Raja Zulkarnain yang juga pensyarah di ASWARA. Beliau tampil secara solo mengiringi pembacaan sajak. Pelajar Palestin juga membuat persembahan dengan tarian Palestin berlatarbelakangkan sebuah lagu bahasa Arab yang menarik. Maaf ,kami tidak berapa faham walaupun belajar dengan tekun (?) dahulu kerana pakar bahasa kami ,Tokeyunta sudah berhijrah ke Dubai.
Malam itu adalah malam Hari Bumi (Earth Hour) yang dijadualkan bermula jam 8:30malam selama satu jam. Kami tidak pasti adakah mereka menutup lampu ketika itu kerana kami bersuka ria di belakang pentas mendengar lawak jenaka Dr Evil. (Ada lilin di atas meja)
Terima kasih kepada bos Alumni ,Dr Faridah dan Azilee yang menjemput kami.
Nota: Kepada perwakilan Gombak Ria,jangan lupa minggu ini perhimpunan agong haram yang dijadualkan itu. Lupakan politik wang,mari bergembira mengembala kambing dan unta!

5 comments:

kamal sabran said...

haha budak AD lagi social haha

D'Rimba said...

Memang ternyata bahasa menyerapkan budaya sesuatu bangsa. Teruskan perjuangan saudara perjuangkan seni bangsa berteraskan Islam sejati. Jangan ada penyanyi wanita tak berhijab dalam kumpulan saudara lepas ni dahla. heheheheee. bangga dengan kalian. Macam nak sertaije. Kat saya punya blog ada juga video deklamasi sajak cuba tengok masa tu deklamasi depan aruah Zubir Ali.

Firdaus Ariff said...

Simfoni Sungai Pusu dalam D Major - Itu tajuk menarik bagi arrangement baru untuk IPAC 09. =)

Dewangga Sakti said...

Kamal,
Art n design?
Budak Sains Sosial lebih sosial!he he
Di UIA dipanggil Sains Kemanusiaan (Human Sciences).
D'Rimba,
Terima kasih di atas sokongan saudara.
Firdaus,
Mana tahu lagu itu akan terhasil nanti.Apresiasi kpd alma mater dan kawasan sekitarnya.Mesti ada bunyi air mengalir,cengkerik,katak dan bunyian alam yg lain/

Syamsulfaiz said...

Buat la satu lagu untuk Jam Bumi. Yang penting lagu tu mesti dicipta dalam keadaan bergelap atau disinari lilin saja. Mesti best !!