Kedua-dua persembahan tersebut juga tidak dihadiri ahli termuda kami kerana beliau terikat dengan program dan persembahan lain. Dengar cerita, dia berkaraoke di majlis perkahwinan di Ampang .
Friday, July 03, 2009
Pengarca Mengarca Diarca
Kedua-dua persembahan tersebut juga tidak dihadiri ahli termuda kami kerana beliau terikat dengan program dan persembahan lain. Dengar cerita, dia berkaraoke di majlis perkahwinan di Ampang .
Wednesday, June 24, 2009
Reverbnation
Akaun Reverbnation Dewangga Sakti diaktifkan. Sila ke laman ini atau cari di side bar blog ini.
Selamat mendengar!
Pak Abdul 1
Pak Abdul telah tertinggal kapal angkasa kerana menghadapi masalah tidur yg agak kronik. Setelah terjaga daripada tidur, anaknya sudah pun tua dan cucunya pula sudah mempunyai anak. Entah berapa tahun dia sudah tertidur sehinggakan cicitnya sudah sebaya dan mungkin lebih tua daripada dia.
Pak Abdul telah mendapatkan pertolongan seorang tabib di hujung sebuah pulau yang jauh untuk mengubati penyakit tidurnya yang kronik itu. Tabib ini dikenali sebagai Tokeyunta kerana banyak memelihara unta di pulau tersebut. Di samping itu, tabib ini juga memelihara panda dan arnab tetapi bilangannya tidak lah sebanyak unta.
Masalah tidur Pak Abdul ini bukan seremeh disangkakan kebanyakan orang. Jikalau dia tidur hari Ahad, kemungkinan besar dia akan bangun pada hari Selasa. Tidurnya seperti orang mati. Hatta bom meletup sekalipun dia tidak akan bangun.
Interlud - bunyi unta dan panda (hasil daripada gesekan violin)
Tuesday, June 23, 2009
Pentas Kita Karya Kita

Satu acara seni yang menarik bakal berlangsung Jumaat ini di Bagan Datoh,Perak. Maklumat lanjut di blog Lantera Jiwa
Monday, June 15, 2009
Shah Alam Shah
Seminggu sebelum itu, kami juga ke Dataran Jam, Shah Alam untuk program Pekan Frinjan yang sudah memasuki edisi kedua.
Monday, June 08, 2009
MASKARA



Untuk sementara,baca ulasan para blogger ini dahulu. Terima kasih kepada yang hadir.
Birungu
Alkisahnyalah
Belogbaruaku
1November
Sinaganaga
Budakhijaugilew
psittacula
Lagakepala
Abgpit
Deansham
Kredit Foto: 1 dan 2 - 1November
Foto :3 -Firdaus
Friday, May 29, 2009
Showcase Dewangga Sakti di MASKARA 6 Jun
Tarikh: 6 Jun 2009Sabtu
8:30malam
Tempat: Rumah Pena, Jalan DBP,KL
Datang beramai-ramai. Masuk percuma!
Sirih Pulang ke Gagang (Telefon)
Jemputan pihak matrikulasi UIA (sekarang dikenali sebagai Centre for Foundation Studies) di Petaling Jaya amat menggembirakan kami. Sejak akhir Februari,kami seperti masih pelajar UIA walaupun ada yang sudah hampir sepuluh tahun meninggalkan kampus. Ini kerana kami banyak kali dijemput untuk membuat persembahan di kampus utama di Gombak.Petaling Jaya pula banyak menyimpan kenangan kepada kami. Beberapa orang ahli sempat berada di sini ketika tamat matrikulasi . Ketika itu PJ masih kampus utama dan Lembah Pantai menjadi pusat matrikulasinya. Beberapa orang lagi yang muda belia seperti Irwan dan Wahyun menghabiskan masa di kampus PJ yang sudah bertukar menjadi pusat matrikulasi setelah semua fakulti berpindah ke kampus utama Gombak.
Semasa kami tiba di kampus PJ dahulu,bangunan flat PKNS di luar kampus masih lagi digunakan sebagai asrama pelajar lelaki kerana pada masa itu kampus tidak cukup asrama. Sebelum itu, asrama YPM di Bangsar juga digunakan sebagai asrama. Tokeyunta pada asalnya dimasukkan ke asrama di Bangsar tetapi entah macma mana dia telah berjaya masuk ke asrama di PJ.Semasa kampus berpindah ke Gombak, ramai yang sedih mengenangkan lokasi Gombak yang jauh dari KL terutamanya beberapa orang ahli yang ketika itu sentiasa mengunjungi Pasar Seni untuk kegiatan muzikal mereka. rupa-rupanya perpindahan ke Gombak menjadi lebih bermakna dengan alam sekitar yang menghijau. (Kesultanan Gombak pun didirikan selepas itu)
Kampus PJ benar-benar berada di dalam kota dengan asap pembangunan daripada kilang-kilang berhampiran dan lalulintas yang sibuk di Seksyen 17. Bila mengenang Supermarket Jaya yang runtuh baru-baru ini,ingatan segera mengimbau kenangan lama berjalan kaki ke Seksyen 14 utk ke Metrojaya ,Jaya dan beberapa kedai yang asyik untuk dikunjungi di situ.Yang tak dapat kami bayangkan adalah kawasan ini telah bertukar dengan adanya Jaya One ,pusat membeli belah berhadapan Blok PKNS tempat asrama sementara pelajar dahulu. Jika tidak silap, tempat itu adalah tempat di mana akhbar STAR beroperasi. Jalannya juga bertambah baik . Keadaan lalulintas tetap sama.
Dahulu bas mini 12 lah yang membawa kami ke KL sebelum diganti dengan Intrakota dan sekarang RapidKL ,di samping Bas Metro.
Di hujung jalan simpang ke Seksyen 2 dan seksyen 14 terdapat Kilang Rokok Rothman (sekarang dikenali sebagai British-American Tobacco) yang mana ramai pelajar menjadi pekerja sementara ketika cuti semester. Begitu juga dengan Metrojaya di Seksyen 14. Filem Gila-gila Remaja jika tidak silap ada menampilkan Seksyen 14 dan kedai motor di Seksyen 17 untuk filem itu.
Di luar berdekatan flat PKNS ,pelajar mengambil bas untuk membuang masa dan menghabiskan duit pinjaman di One Utama. Di situ juga terdapat pasar malam pada hari Selasa. Laluan pelajar perempuan daripada Kolej Khadijah akan melalui laluan gelanggang sepakraga. Menurut Azman ,ketika inilah segala libasan,servis yang bertaraf Olimpik terhasil.
Bila kami sampai ke PJ untuk persembahan ,kami dapati kolej kediaman juga telah bertukar nama. Abu Bakar College(ABC) telah bertukar menjadi Mahallah Khadijah. Fatimah Az zahra telah bertukar menjadi Umar Al Khattab 2(UKC2). Manakala,Umar Al Khattab College(UKC) masih sama. Semua bangunan ini juga telah dicat baru.
kami diberi penginapan di UKC2 dengan bilik yang agak besar. Setelah tiba di situ kami perasan tentang model di dalam kod berpakaian pelajar yang menyerupai salah seorang ahli kami. (ha ha)Pamplet itu ditampalkan di papan notis.
Persembahan kami ini sempena meraikan pelajar baru seramai 3,700 orang yang baru sahaja mendaftar sebagai pelajar matrikulasi UIA. Ini kali pertama kami rasa sistem bunyi menepati citarasa kami setelah diberi tanggungjawab oleh pihak universiti sendiri mencari sistem bunyi yang sesuai. Di dalam persembahan selama satu jam setengah, kami juga menjemput Dr Iqbal daripada Ahmad Ibrahim Kuliyyah of Laws(AIKOL) untuk menyanyi beberapa lagu.
Celoteh Azman juga menghiburkan setelah beberapa bulan menggalas tugas sebagai penyanyi utama.
Persembahan ini diadakan di padang bola berdepan kolej-kolej tersebut.
Kami dengan ini ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak CFS (matriks) PJ terutama En Hisyam, En Hidayat, Madam Humaiyah, Madam Saodah dan semua warga kerja pada hari tersebut.








Friday, May 22, 2009
Dewangga Sakti di dalam novel Armada Azur
Babak 1 – Istana al-Fateh
Selesai dengan nazam, bentara istana mengumumkan persembahan yang berikutnya. “Dipersilakan kumpulan muzik yang mengembara jauh dari Kota Jugra, Dewangga Sakti!”
Enam orang pemain muzik tampil dan mengambil tempat di bulatan kusyen yang disediakan. Dua gitar, darbuka, violin, gambus dan rebana menjadi peralatan pilihan mereka.
Si pemain violin membuka persembahan dengan gesekan merdunya. Dua pemain gitar kumpulan itu pula mencurahkan serbuk kristal di sekeliling mereka berenam. Serbuk kristal itu dicurah dalam satu garis melengkung sehingga membentuk satu bulatan.
Sebaik-baik sahaja bulatan serbuk kristal itu terbentuk, kerlipan mula memancar dengan ritma seiring gesekan biola. Para hadirin yang hadir bertepuk tangan melihat gabungan rentak bunyi dan cahaya.
Babak 2 – Istana al-Fateh, musuh datang menyerang
Dalam masa yang sama, kumpulan muzik Dewangga Sakti juga mengambil langkah menyelamatkan diri. Ketua kumpulan tersebut yang bernama Zul mengambil sarung tangan kristal dari dalam bagasinya dan menyarungkan pada tangan kanannya.
“Raof, Wahyun. Cepat, bawa seberapa ramai dalam lingkungan kita ini!”
Wahyun dan Raof segera menarik beberapa orang dayang istana ke dalam lingkungan mereka. Seorang bentara juga melompat masuk dalam lingkungan mereka tanpa diajak.
Wahyun menggesa, “Cepat, musuh sudah hampir!”
Zul mengangkat tangan kanannya tinggi-tinggi sebelum menghentakkannya ke atas lantai. Lingkaran kristal di sekeliling mereka menyala dan menghasilkan dinding cahaya yang menyilaukan pandangan. Apabila dinding cahaya itu berlalu, mereka semua sudah lenyap dari pandangan.
(Novel tulisan Firdaus Ariff -tajuk Armada Azur)
Space Gambus Experiment- Homegrown 23 Mei
Space Gambus Experiment akan membuat penampilan pertama di program Homegrown di Wisma Bentley,Mutiara Damansara (berdekatan The Curve,IKEA) esok (Sabtu) jam 3 petang.Mereka akan mengeluarkan album pertama beberapa bulan lagi.
Masuk laman web Homegrown di sini
Wednesday, May 20, 2009
Ambil SPM lagi

Di program Selamat Pagi Malaysia di RTM kami memainkan dua lagu iaitu Aladom dan lagu ciptaan kami berjudul Terbang ke dada langit.
Kelihatan muka Abdul Raof paling menyerlah setelah dimekap menjadikan beliau sebagai ikon kumpulan selepas ini.
Monday, May 11, 2009
Putus tali di pelancaran Kacip
Persembahan berjalan lancar seperti dijadualkan. Asalnya hanya lima org sahaja kerana seorang ahli dijadual ke Eropah atas urusan kerja. Terima kasih kepada selsema babi, perjalanannnya ke Eropah dibatalkan dan beliau dapat bermain bersama kami.Pipiyapong melancarkan sendiri buku beliau bertajuk 'Kacip' hasil koleksi tulisan beliau di dalam blognya.
Kami dijemput oleh Sindiket Soljah yang khabarnya punya kapal selam mahal untuk bersama-sama memeriahkan pelancaran tersebut. (Oit!Jgn lupa beli buku 'Kacip' kerana cetakan terhad dan tidak diulang cetak!)
Sepuluh minit sebelum persembahan, tali atas bass akustik sudah putus. Atas sifat penafian, Azman cuba menyambung kembali tetapi gagal. Kami yang sudah mendengar bunyi aneh tersebut sudah merasakan tali sudah putus. Begitu juga Sinaganaga. Mereka cuba mencari tali bass selepas itu dan kami ke pentas Annexe untuk membuat sedikit soundcheck.
"Mana yang lain?"tanya Jerome.
"Mereka sedang 'tune' instrumen!",begitu jawab En Lan .
Azman dan Norman tiba tanpa tali bass baru dan bass tali tiga yang putus tali atasnya dimainkan.
Begitulah ceritanya kenapa bass itu talinya putus. Itupun jika ada yang menontonnya perasan. Mana tahu mereka ingat Azman saja-saja memutuskan talinya untuk kelihatan 'trendy'. ha ha

Thursday, April 30, 2009
Pelancaran buku Kacip Pipiyapong di Annexe,CM ,9 Mei

Jumpa kami di The Annexe @ Central Market
9 Mei 2009
Sabtu
6 petang
Masuk Percuma (kalau nak bayar,bayar kepada Sinaganaga )
Rakam merakam rakaman terkam
Kami bermain dua lagu. Hanya empat ahli yang hadir kerana tiga lagi telah tertinggal pengangkutan masing-masing.
Sehari sebelumnya pula, kami ke studio lagi untuk proses rakaman seterusnya. Kali ini, Azman Jan memasukkan track gitar dan bass (ya! bass akustik yang baru dibeli) untuk lagu kedua. Azman juga menggalas tugas sebagai vokalis sekarang setelah vokalis asal menarik diri beberapa bulan lepas. Untuk persembahan live pula, beliau akan menyanyi sambil bermain bass.
Untuk mengambil feel ronggeng pada malam tersebut,beliau datang dengan memakai baju melayu dan songkok. Asalnya hanya mahu memakai kain pelikat tetapi tidak dipersetujui Tokeyunta yang menghantar pesanan melalui sms.