
Ada seorang teman lama menghantar sms menanyakan perihal kulit album. Dia bertanya adakah artis sensasi Malaya menjadi cover CD tersebut. Setelah aku berkata bahawa ianya bukan ,dia bertanya lagi siapakah model yang muncul di kulit album tersebut. Kalau bukan model tersebut,mungkin adiknya.
Eloklah aku rungkaikan misteri kulit album tersebut. Nama model yang disebut itu adalah Nur Suhaila Wagiman.Lulusan sebuah universiti luar negara dan sekarang menjadi model sambilan merangkap peguam di sebuah firma di Jalan Yap Kwan Seng. Berdarah kacukan.Ibu orang Melayu dan ayahnya orang Belanda.
Sebelum kamu jatuh hati (wahai sahabatku),ketahuilah bahawa gadis itu adalah manipulasi lukisan digital melalui sketch yang dibuat oleh saudara Apogee yang amat cemerlang. Lawati blog beliau di
siniJadi dengan penjelasan ini,jangan kaitkan lagi
Abg Syam dengan gosip ini. Mungkin benar dia jujur tetapi artis sensasi itu tidak pernah diminatinya. Bukankah dia sudah berkahwin serta punya anak yang comel dan mengusahakan kafe yang semakin menjadi tumpuan?
Oh! Ada lagi ulasan tentang CD di blog
Krenmaut di
sini dan blog Anuar di
siniNota akhir daripada Penerbitan Lewat Senja: Belilah CD Dewangga Sakti dan warwarkan ke seluruh alam!sila rujuk ke notis di sebelah kiri!