Wednesday, July 02, 2008

Gadis cantek berkebaya biru di tepi tasik tersipu-sipu

Ada seorang teman lama menghantar sms menanyakan perihal kulit album. Dia bertanya adakah artis sensasi Malaya menjadi cover CD tersebut. Setelah aku berkata bahawa ianya bukan ,dia bertanya lagi siapakah model yang muncul di kulit album tersebut. Kalau bukan model tersebut,mungkin adiknya.
Eloklah aku rungkaikan misteri kulit album tersebut. Nama model yang disebut itu adalah Nur Suhaila Wagiman.Lulusan sebuah universiti luar negara dan sekarang menjadi model sambilan merangkap peguam di sebuah firma di Jalan Yap Kwan Seng. Berdarah kacukan.Ibu orang Melayu dan ayahnya orang Belanda.
Sebelum kamu jatuh hati (wahai sahabatku),ketahuilah bahawa gadis itu adalah manipulasi lukisan digital melalui sketch yang dibuat oleh saudara Apogee yang amat cemerlang. Lawati blog beliau di sini
Jadi dengan penjelasan ini,jangan kaitkan lagi Abg Syam dengan gosip ini. Mungkin benar dia jujur tetapi artis sensasi itu tidak pernah diminatinya. Bukankah dia sudah berkahwin serta punya anak yang comel dan mengusahakan kafe yang semakin menjadi tumpuan?
Oh! Ada lagi ulasan tentang CD di blog Krenmaut di sini dan blog Anuar di sini
Nota akhir daripada Penerbitan Lewat Senja: Belilah CD Dewangga Sakti dan warwarkan ke seluruh alam!sila rujuk ke notis di sebelah kiri!

5 comments:

cohong gym said...

Cun ke model tu? kasi kenal kat aku la heheheheh

fusarium solani said...

saya dengar lagu dari cd ini setiap hari...sayang cuma lima lagu..kan baik kalau ada banyak lagi..

beli dari sahabat kalian, dr.bubbles.

nanti kalau ada drama terbitan syarikat saya yang sesuai dengan konsep lagu dalam album ini mahukah dewangga sakti beri kebenaran untuk digunakan sebagai muzik latar(bayaran pasti ada)..

Dewangga Sakti said...

Tuan Cohong,
Model tu Abg Syamsul dah booked.he he

Tuan Fusarium solani,
Terima kasih di atas komen saudara.Album ini hanya EP sahaja-pengenalan kpd bentuk muzik yg kami cuba tonjolkan.Kami akan terus merakamkan lagu-lagu yg lain yg akan diterbitkan di dlm album penuh nanti.

Anonymous said...

Dewangga Sakti,

Terimakasih kerana memberi kesempatan untuk bertemu.

Dipinjam lirik dari Mohsen;
...alangkah murni ciptamu oh tuhanku...

Selamat maju jaya.

To us ... Once a Sdarian always a Sdarian.

Dewangga Sakti said...

Abg Hamdan,
Terima kasih di atas sokongan.nanti kita jumpa lagi borak-borak