Gema muzik Islami
Oleh Nurulhisham Abdul Latiff
nurul@bharian.com.my
ADA KELAINAN: Dewangga Sakti menampilkan persembahan menarik menerusi permainan muzik tradisional dan moden. |
Masmi disulami alunan lagu berunsur nasihat, gabung persembahan muzik tradisional, moden
PADA acara Malam Aspirasi Seni Muzik Islami (Masmi) anjuran Institut Kefahaman Islam (Ikim) sempena sambutan ulang tahun ketujuh stesen radio Ikim FM, bukan saja irama nasyid yang kedengaran. Sebaliknya, Dewan Besar institut terbabit turut bergema dengan alunan lagu berunsur nasihat, permainan muzik bertali, serta saksofon.
Ia seperti menandakan, betapa skop muzik keagamaan di negara ini tidak lagi hanya berpusat kepada kompang atau gendang. Malah, selagi mana alat muzik dan irama yang dimainkan tidak melalaikan, sebaliknya mendorong pendengarnya mengagumi ciptaan serta keagungan Tuhan, maka selagi itulah muzik terbabit ‘dibenarkan’.
Ia seperti menandakan, betapa skop muzik keagamaan di negara ini tidak lagi hanya berpusat kepada kompang atau gendang. Malah, selagi mana alat muzik dan irama yang dimainkan tidak melalaikan, sebaliknya mendorong pendengarnya mengagumi ciptaan serta keagungan Tuhan, maka selagi itulah muzik terbabit ‘dibenarkan’.
Tokoh falsafah Islam, Al-Farabi (lahir 870M) juga pada dasarnya seorang pemuzik yang hebat. Lagu yang dihasilkan tokoh ini meninggalkan kesan mendalam pada pendengarnya. Selain mempunyai keupayaan bermain muzik dengan cukup baik, dia juga mencipta sejenis alat muzik dikenali sebagai gambus.
Mungkin berpandukan kepada keterbukaan tokoh terbabit, maka malam persembahan anjuran Ikim turut tidak mengetepikan elemen muzik lain seperti gitar dan saksofon. Kumpulan Dewangga Sakti, umpamanya, cukup menghiburkan apabila enam anak muda berkenaan tampil di pentas memperdengarkan karya bermutu mereka, Selembar Kasih dan Tertinggal Kapal Angkasa, dengan menggabungkan permainan muzik tradisional seperti gendang, gambus dengan biola serta gitar.
Hasilnya, sebuah persembahan yang dikira amat menarik, apatah lagi apabila vokalis utamanya, Mohsen Amdan, mengalunkan lagu yang berunsur nasihat. Dewangga Sakti sendiri bukanlah kumpulan yang baru, walaupun album pertama yang memuatkan lima lagu, baru saja dilancarkan Jun lalu.
Kumpulan yang berpangkalan di Pulau Pinang dan ditubuhkan sejak 2000 itu nyata tidak salah gelanggang apabila diundang sama menjayakan majlis berkenaan.
Begitu juga kehadiran peniup saksofon, Alif Nasir yang menghiburkan penonton dengan tiga lagu - Badarsila, Nurul Ain dan Jangan Tinggal Daku. Persembahan anak muda itu turut mendapat sambutan hebat hadirin yang memenuhi dewan. Di luar bangunan pula, ratusan lagi penonton yang mengikuti persembahan menerusi layar besar di laman. Namun begitu, Masmi sudah tentunya tidak mengetepikan irama nasyid apabila beberapa nama besar dalam genre muzik berkenaan turut mengambil tempat di pentas utama, menyampaikan lagu terbaik mereka untuk santapan telinga penonton yang ada.
Lalu, berkumandang irama indah Hanzalah dan Mentari Merah Di Ufuk Timur nyanyian Asri Ibrahim bersama rakan Rabbani yang lain, sebagai pembuka tirai acara yang turut disiarkan secara langsung oleh radio terbabit. Persembahan kemudian diteruskan kumpulan Saujana yang mengalunkan lagu Lakaran Minda serta Jalan Sehala.
Bahagian pertama persembahan turut menampilkan kumpulan Far East yang memukau suasana dengan laungan qasidah serta sebuah lagu Arab. Dewangga Sakti muncul kumpulan terakhir mengadakan persembahan pada bahagian berkenaan.
Apabila tirai sekali lagi disingkap, Nazrey Johani yang kini bergerak sendirian memilih lagu Secerah Pawana dan Antara Dua Cinta untuk hiburan penonton serta pendengar Ikim FM, manakala Nowseeheart pula hadir bersama lagu Inspirasi dan Selawat Murah Rezeki. Selepas Alif Nasir turun pentas, akhirnya Akil Hayy yang mendapat tepukan paling gemuruh penonton, tampil bersama dua buah tangan, lagu Berita Kepada Kawan dan Sesungguhnya.
INFO: Ikim FM
Daripada Berita Harian 28 Julai 2008
Beberapa kesilapan fakta rencana ulasan ini
-Al Farabi tidak mencipta gambus.Beliau mencipta qanoon dan rabab.
Dewangga Sakti
-berpengkalan di Kuala Lumpur, bukannya Pulau Pinang.Hanya ahli bersekutu,Irwan yang sekarang menetap di sana atas urusan kerja
-anggota seramai tujuh(7) orang,bukannya enam orang (sila lihat gambar)Apa-apa pun,jutaan terima kasih kepada Berita Harian yang meletakkan gambar kami yang besar di rencana tersebut. :)
8 comments:
Fuh kau orang memang hebat. Lepas ni bole masuk CNN pulak hehehe. Anyway, tahniah.
Iyalah!Ada cop UIA di dahi lah!
Saudara2 semuanya hebat. Saya berkesempatan mendengar melalui EP-CD Mabok Kepayang.
Tentukan DS ke Rainforest World Music Festifal July 10 - 12, tahun depan. Taib Mahmud kata, bukan terkongkong di Cultural Village, Santubong sahaja, juga berkarya di bandar Kuching.
Cohong,
CNN utk kes apa? Syamsulfaiz kena liwat kah?
Anuar,
kami memegang panji UIA walaupun dahulu diharamkan di sana.
Abg Hamdan,
Terima kasih di atas sokongan.InsyaAllah,kami akan terus berlatih dan memperbaiki kelemahan kami supaya dapat terus maju.
Dalam pada usaha Dewangga Sakti untuk bermain lebih baik, ada juga mereka-mereka yang tidak suka. Ini juga respon yang baik kerana akan memastikan Dewangga Sakti sentiasa berpijak dibumi nyata dan pertingkatkan dirinya lagi.
itu reporter bilang kita tak salah gelanggang...
alhamdulillah...
Sekurang2nya reporter itu arif yang DS bukan kumpulan nasyid.
Kerana itulah ditulisnya yang saudara2 semua tak salah gelanggang... Kumpulan musik tradisional yang saya kira berketepatan dimana sahaja. Syabas.
.... masih lagi tertanya2 kemana perginya Pinni Mohd Radzi, penyanyi kumpulan nasyid awalan. Waktu itu kumpulan sedemikian tidak dikomersial seperti sekarang. Senikata terakhir... ' Oh tuhanku, tunjukkanlah amalan soleh yang diredhai, amalan soleh yang diredhai...' Ada satu ketika beliau memasuki pertandingan nyanyian di TV.
tergezut gak aku tatkala membaca artikel yg menyatakan ds berpengkalan di penang, mana boleh beb, ds dah tentu sinonim ngan kesultanan gombak hehehe, anyway, abeng abeng ds semuanya kacak kacak dlm foto tu, cuman abg yg main bass tu macam tengah termenung memikirkan sesuatu......
Post a Comment