Wednesday, July 30, 2008

(Hampir)Tertinggal Bas ke Kota Singa

Hari Sabtu 26 Julai.
Jam sudah menunjukkan 7 pagi dan bas sudah dijadualkan untuk bertolak ke Singapura. Namun masih ada dua orang lagi anggota kumpulan yang belum sampai. Pemandu dan konduktor (orkestra) bas sudah bertanya-tanya. Kira-kira jam 7:15 pagi,dua orang yang hampir tertinggal bas tiba dengan iringan nyanyian lagu kebangsaan. Mungkin disebabkan mengejar bas dan tidak tidur pada malam tersebut (salah seorangnya baru sahaja selesai bertugas pada jam 2 pagi),maka mereka telah tersilap haluan setelah berhenti LRT di Masjid Jamek.Mereka awalnya menuju ke Bangunan Sultan Abdul Samad dan bukannya Hentian bas PuduRaya.
Perjalanan berjalan lancar selepas itu. Kami tiba pada jam 1:30tengahari di Beach Road dan dibawa ke Blok 606,Bedok Reservoir untuk membuat persediaan mengadakan persembahan. Setelah menukar pakaian dan makan tengahari,kami membuat persembahan dengan diselang seli oleh DJ yang berceloteh dan sebuah kumpulan nasyid.
Sekejap Dewangga Sakti,sekejap Demangga Sakti nama kami dipanggil. Mungkin terlalu letih berceloteh sejak tengahari,nama kami bertukar-tukar.Majlis akan berjalan sehingga 8:30malam.
Hiasan pelamin menarik sekali, sesuai dengan status pengantin -Norfasarie (pengacara,pelakon,penyanyi Singapura) dan Baihakki (pemain bolasepak skuad Singapura).Majlis ini diadakan di ruang padang blok perumahan ini dan dihias dengan cukup menarik.
Baru sahaja kami ingin memulakan lagu pertama,seorang wanita bertudung ingin menyanyikan lagu bersama kami. Rupa-rupanya ibu kepada pengantin lelaki. Maka, lagu P Ramlee bertajuk Gambus Jodoh dimainkan.Asalnya dia mahu nyanyi lagu Saloma.Kami sudah lama tidak memainkan lagu Saloma tersebut,kali terakhir ketika kami (pernah )mempunyai penyanyi wanita pada tahun 2002.
Makanan di majlis tersebut amat sedap sekali. Masakan rendang,ayam,ikan dan pelbagai jenis kuih sungguh menyelerakan.Ada yang bertambah gemuk kerana makan terlalu banyak.Sementara menantikan slot terakhir jam 8 malam iaitu set penghabisan, kami ke sebuah kedai mamak bernama Niakmat (mungkin dieja huruf 'Arab 'ayn kot!) di depan blok tersebut.
"Siapa mahu bayar ni?",ahli yang sudah bertambah gemuk bertanya.
"Aku tak bawa Sing Dollar!",ahli yang kurus bertambah kurus berkata.
"Ini macam siapa mahu bayar?",ahli termuda baru akil baligh bertanya.
Akhirnya ahli berambut panjang membayar semua minuman kerana hanya dia dan ahli kerja shift UK sahaja membawa Sing Dollar.
Selesai majlis ,kami terus ke stesyen bas di Lavender Street untuk pulang ke Kuala Lumpur. pada jam 10malam.Nah! Perjalanan yang jauh ke Singapura hanya di dalam satu hari.Pastinya hari minggu menjadi lebih indah kerana keletihan dan tidur sehingga tengahari.
---Terima kasih kepada Abg Yan yang menjemput kami.Kpd pengantin,semoga berkekalan sehingga ke akhirat!

7 comments:

Anonymous said...

terima kasih juga kepada sayrikat bas yang membawa kami ke seberang tambak...kesanggupan encik konduktor orkestra menunggu mmg satu tindakan yg mulia...bertepatan dgn nama manja bas tersebut (sila rujuk pada tiket bas)- "Terus Nanti Sdn Bhd"

deaf-angel said...

ni ketamrock ke sapa?
aku baca kat paper singapore , si defender national team nye kahwin ni ada 22 sponsors.
korang pun tersenarai sebagai salah satu sponsor.

Dewangga Sakti said...

Dear_angel,
Ketamrock ada datang.Dia turun dr Pulau Pinang.
Kami tak sempat jelajah Singapura sbb masa yg suntuk.Pergi balik hari sahaja :)
Tapi anggota kami ada beli majalah Manja sbb ada Ramli Sarip (spt yg kami baca reviu di dlm blog saudara)
Keluar paper? Kami tak sempat nak beli

deaf-angel said...

nanti aku nengok ada lagi tak, keluar paper suratkhabar omputeh, cakap pasal sponsors, korang ada disebut kat dalam all that.

tamlikha said...

weeiiii ds, sudah dua kali melintasi tambak tapi tidak bayar duit ufti, ini yg beta nak marah ni.......

cohong gym said...

Wah! turun spore lagi?

cohong gym said...

Nanti aku nak ikut. Tapi tunggu aku buat passport dulu hehehe