Jumpa kami di program MASKARA X dianjurkan Sindiket Sol-jah di Rumah Pena,esok (Sabtu 2 Ogos) pada jam 8:30malam.(lihat keterangan di sebelah kiri)
InsyaAllah,kami akan datang dengan semua anggota termasuk pemain akordian yang turun dari Pulau Pinang.
Kami akan menjual CD dan tshirt.
Jumpa di sana!
InsyaAllah,kami akan datang dengan semua anggota termasuk pemain akordian yang turun dari Pulau Pinang.
Kami akan menjual CD dan tshirt.
Jumpa di sana!
8 comments:
Kalian memang mantap! Aku tabik.
Kalian salah satu X Factor dalam Maskara X. Meletop!
Ps: Terima kasih kerana menolong kereta saya yang hampir kandas itu.
Memang mantap dan mimang merekalah X factornya malam tadi.
Terimakasih kerana mewartakan, kalau tidak takde kesempatan melihat persembahan tersebut. Sayangnya hanya 'pakcik' yang tua kesana. Maklumlah next b'day dah 53tahun.Kecuali pada 2 bayi/kanak2, anak saya jugalah hadirin yang termuda. Baru 14 tahun. Agaknya yang tua2 lain berhibur cara lain. Walau apapun kami dua beranak terhibur.
Tahniah dan terimakasih DS.
abg dewangga ni membuat aku tak duduk diam di maskara. nasib baik bersila. kalau tak dah lama aku berzapin.
next time aku request zapin budi pulak. kalau tak aku merajuk
terbaik.
p/s:jgn ajak2 ayam aku ketuk darbuka tu. aku main kang! ha ha ha
hampir2 aku nak ke depan berjoget masa lagu 'joget johor sports club' semalam..
saya upload 1 video ke youtube, harap tak keberatan.
http://sol-jah.blogspot.com/2008/08/laporan-maskara-x.html
akan upload 2 video lagi kalau beri keizinan..
merujuk lagu 'joget johor sports club', mungkin saudara2 dah tau pun, 'johor sports club' itu terletak betul2 di belakang dataran bandaraya johor bahru, sebuah kelab ekslusif sejak zaman belum merdeka..
tempat saya mengutip bola tenis zaman sekolah2 dulu.. ha ha..
(kerabat johor termasuk sultan, memang terkenal dgn minat mereka dgn lagu2 tradisional, keroncong khususnya. sebab itu station radio best104 ada segmen khas keroncong... )
encik rajuna,
hahaha...aku serius x ajak2 ayam main darbuka...tu sbb aku panggil 2,3 kali suruh join sekaki...hahaha...zapin budi ek?kita kasi marwas plak...sambil kopak sambil berzapin....
ewaH!
dugongsenyum,
terima kasih
Abg Hamdan,
byak2 terima kasih juga kerana dtg
Rajuna,
Lain kali jgn bersila.Bangun terus! :)
Spyz,
Upload sahaja lagu-lagu tu.he he
Kelab tu masih ada?
Johor amat bagus di dalam melatih anak-anak muda menghargai muzik tradisional.Best 104 juga amat berbisa.
Yayasan Warisan Johor tidak terkecuali mempunyai saham di sini
aku siap edit nanti aku upload.
aku search youtube, memang belum byk lagi pun video korang..
aku tak sure johor sports club tu masih wujud ke tidak.
tapi aku check on web, dah tukar nama 'johor cultural & sports club'
http://www.streetdirectory.net.my/malaysia/johor/travel/travel_id_8281/travel_site_150747/travel_no_JKR+623/
bangunan dia mcm royal selangor club kat dataran merdeka..
Spyz,
terima kasih di atas info tersebut.Mesti happening sampai ada lagu pasal kelab tu.:)
Post a Comment