Monday, August 04, 2008

Ronggeng di MASKARA


Sebelum ke program MASKARA anjuran Sindiket Sol-jah di Rumah Pena, En Syam menghantar sms dengan nada kecewa,"Maaf,tidak dapat menyertai MASKARA malam ini kerana kucing parsiku yang mahal sedang demam!". Kami kecewa kerana pemain gitar bass tidak dapat menyertai program ini. Tambahan pula, gitaris Azman Jan terpaksa pulang ke Pahang atas urusan keselamatan kampung.
Maka,kami berenam sahaja yang akan pergi ke sana -vokal,gambus,violin,akordian dan dua orang pemain perkusi.
Inilah pertama kali kami ke sana.Sudah edisi ke-10.Selalunya program mereka bertembung dengan acara yang kami hadiri (persembahan) dan hal-hal lain.Kali ini,kami sudah awal-awal lagi mengosongkan jadual demi MASKARA yang kami dapat rasakan satu acara yg 'hip' dan semua orang daripada semua jalur seni wajib hadiri.
Kami berenam amat gembira dapat membuat persembahan di MASKARA kerana seperti kami katakan sebelum ini,acara di galeri dan tempat sebegini sememangnya menjadi kegemaran kami kerana tidak terikat dengan segala protokol dan santai sekali.
Irwan,pemain akordian yang menetap di Pulau Pinang juga turun untuk acara ini.(Kami rasa dia yang memberitahu BH kami berpengkalan di Pulau Pinang! :))
Di set yang pertama kami memainkan lagu gubahan kami iaitu Mabok Kepayang dan Belayar ke Pulau Jauh(untuk Mencipta Rekod Dunia).Oh ya!Mabok Kepayang tidak ada di dalam CD kerana lagu ini ada dose 'pinang muda' yang kuat!Ianya muncul di dalam dokumentari Selangor terbitan Pesona Pictures. Sepatutnya dimasukkan di dalam CD tetapi atas beberapa sebab,tidak dimasukkan.
Di set kedua (penutup),kami memainkan lagu Tertinggal Kapal Angkasa,diikuti lagu zapin Bunga Hutan. Sesi diteruskan dengan lagu yang menghadapi masalah diplomatik dua negara serumpun iaitu Rasa Sayang.Selepas itu,lagu gubahan kami lagi bertajuk Selembar Kaseh.
Kami akhiri dengan lagu joget sukaramai -Joget Johor Sport Club!
Memang seronok bermain di program ini. CD kami terjual dengan begitu baik sekali pada malam tersebut.Ini menambahkan keghairahan untuk memulakan proses rakaman utk album penuh. Setelah berkira-kira,kami mempunyai banyak lagi lagu yang belum dirakam -di antaranya Ronggeng Che' Syamsul, Terbang ke dada langit, Pengkhianat!, Malaysia Tanahairku, dan beberapa lagu lagi yang masih tidak bertajuk.
Akhir kata,jutaan terima kasih kepada anggota-anggota Sindiket Sol-jah yang menganjurkan program ini.
Nota: En Syamsul bukannya menghadapi masalah dengan kucing parsinya tetapi isterinya sakit mata dan beliau terpaksa menjaga anaknya.
Oh ya!Ronggeng Che' Syamsul bukan mengenai En Syamsul. Lagu itu berkenaan dengan pemimpin Melayu terbilang yang berkarisma,tidak makan rasuah dan disukai sekalian rakyat jelata tidak kira tua,muda,janda,dara,miskin,kaya dll.Biasanya lagu banyak memuja wanita,tetapi kali ini lagu berkenaan mengenai lelaki Melayu terhebat. :)
Juga terima kasih kepada Abg Hamdan yang mengirimkan gambar-gambar di atas.Sesiapa yang mempunyai gambar boleh menghantar kepada emel kami - dewanggasakti@yahoo.com atau berikan url di bahagian komen.

21 comments:

Anonymous said...

Guys ..... can't wait for your next public performance. Keep me updated.

Semoga terus berjaya.

Anonymous said...

Terima kasih kerana menyertai MASKARA

Anonymous said...

Terima kasih kerana menyertai MASKARA

Anonymous said...

All the best guys

sinaganaga said...

Terima kasih semua: zul, norman (vanessa *ahaks*), mohsen, raof, dll.

dizai said...

pergh... aku rasa korang kekurangan 0.05 saat je utk menukarkan majlis tu ke pesta joget lambak.. 0.05 saat je!

Anonymous said...

yana : sayangnye tak dapt tgk n join.. mungkin satu hari nanti +)

OP Zaharin said...

aku sedikit keciwa mabok kepayang tiada dalam cd kalian. aku baru nak head banging dalam kereta malam tu. he he.

persembahan yang mantap! kami suka :)

Danielle_Corleone said...

gua duduk depan sekali! hahahahaha!

dugongsenyum said...

Tabik!

Rhona Rozlan said...

sangat enjoy!

Ajami Hashim said...

best gilerr yaaa amatsss!!!

Anonymous said...

yeah, memang masyuk.tapi nak tanya la, kenapa lagu rasa sayang tu menjadi isu di negara sana. boleh jelaskan tak.

hani salwah yaakup said...

Terhibur dengan mini CD anda yang dibeli di MASKARA. Tapi, sedih kerana tiada mabok kepayang.

Semoga terus sukses!

Dewangga Sakti said...

Abg Hamdan,
nanti kita buat lagi public performance.

Nazri yg kacak,
Terima kasih byk2

Czar,
Bila mahu dtg menonton kami?

Sinaganaga,
La la la la la la la

Zaidi,
anak kau ok malam tu?ha ha

birungu,
nanti ada show lagi,jemput dtg

Op,
emel kpd kami.Aku kasi mp3 lagu tu

danielle,
patutnya terus bangun joget!ha ha

dugongsenyum,
kami juga tabik pada tuan!

rhona,
terima kasih.

Ajami,
anda juga hebat!

hazwan,
Isu rasa sayang ni berbangkit bila mereka kata itu lagu rakyat drpd sebelah Maluku.Ada masa kami akan cuba ulas semula.Entri kami pd tahun lepas banyak kena 'attack'.Muzik ni sepatutnya tidak bersifat ekslusif.Kalau mcm tu kita tak boleh main R n B,nanti Amerika marah kita! he he

Hani,
emel kami utk mp3 tersebut.

Anonymous said...

Kalaulah lagu korang yg aku dgr ni dlm bentuk kaset, rasanya putus dah, asyik ulang2 aje ha ha..

Bro, bleh tulis sikit tak pasal proses pjalanan pembikinan album ni.. err.. ke dah ada tulis sblm ni? : )

Anonymous said...

Zul,

I guest, Spyz's posting above is a polite way to say that DS should come out with a real production soon. Mimang tak puas, short of 9 secs 20 mins..... nice composition indeed!!!!!

Dewangga Sakti said...

Spyz,
ada ditulis di ruang kiri ,cari label Dewangga Sakti dlm studio.Mungkin nanti kami tulis lagi proses pembikinan tu bersekali dgn proses cetakan CD dll. :)
Kami pun tak puas dgn lagu-lagu tu!he he

Abg Hamdan,
Kami akan rakamkan album penuh secepat yg mungkin.CD Mabok Kepayang ini kami jadikan sbg pengenalan awal bentuk muzik kami. :)

Anonymous said...

Dannali.. Spot on!! Ha ha

Zul, (ohh.. baru aku tau yg slalu updt blog n reply ni ko rupanya).
Btw, while i'm agree with dannali, tak dpt disangkal juga stratgy release mini album bleh juga dianggap publcty yg bkesan, mcm teaser wyg..
Org tua2 selalu kata, makan, bila tak cukup, itulah yg sedap..

And thanks for the mp3s..

Unknown said...

Itu baru di "Hard Rock" kecil-kecilan. Next...

DEP said...

Zul and gang. Sehingga ketemu kembali ya. Lalalalalala...