Tuesday, August 19, 2008

Izutsuya





Kyo wa Izutsuya de burifing ga arimas

Lebih kurang terjemahannya--Hari ini kami ada taklimat di Izutsuya
Hari ini jam 2 petang kami semua menghadiri taklimat di tingkat 11,Izutsuya dan dihadiri oleh Pengurus Besar Izutsuya, pegawai ASEAN Japan Centre dan semua delegasi negara ASEAN. Joenke,pegawai ASEAN Japan Centre mengingatkan kami tentang semangat sebagai satu ASEAN.
Selepas itu,kami menghadiri sesi semak bunyi(sound check) di tingkat bawah,pentas utama di luar Izutsuya. Kali ini pentasnya lebih menarik,mungkin sebab bukan musim sejuk. Kami akan bermain di dua tempat. Di dewan pameran di tingkat lapan dan di tingkat bawah (seperti di dalam gambar di atas).
Juruteknik amat memahami.Kami pasti kerana mereka orang Jepun dan begitu teliti dengan disiplin kerja mereka. Sudah tentu mikrofon jenis Shure58 menjadi pilihan untuk kami gunakan. Setelah memainkan dua lagu (yg dipendekkan),kami berhenti dan terus ke tingkat pameran untuk membantu En Nizam dan Abg Muhaimin di ruang pameran. Jam enam petang kami pulang ke bilik untuk berehat dan solat.
Jam lapan malam kami keluar mencari makanan bersama-sama pegawai Tourism daripada Osaka. Banyak kedai yang menamatkan perniagaan pada jam lapan malam. Akhirnya setelah hampir setengah jam berjalan,kami singgah di sebuah kedai untuk menjamu selera iaitu nasi goreng kampung! Ops! Bukan! Sudah pasti makanan Jepun lagi yang menjadi hidangan.Apa namanya? Yang pasti ada nasi,telur,udang dan sup.Harganya boleh tahan dan dibelanja oleh pegawai Tourism tersebut.
Oh ya!Tadi kami sudah bertemu pengusaha restoran rakyat Malaysia yang mempunyai restoran di Tokyo.Beliau juga membuka gerai pameran besok. Nampaknya kami dapatlah merasa makanan Malaysia tetapi bukan harga Malaysia.Harga Jepun lah!
Esok (Rabu) akan bermula ASEAN Tourism Fair secara rasmi. Moga 'la la la' bergema di Fukuoka dan dapat menerjah jiwa sesiapa yang mendengarnya.

Nota:Semasa aku menulis laporan polis ini , mereka sedang keluar mencari Doraemon di kawasan roda berputar. Ultraman tak jumpa,harap-harap Doraemon menjelma.

6 comments:

Syamsulfaiz said...

Sungguh awal kedai di sana tutup ye. Pastikan banyak gambar lagi pada hari kelian bercuti sehari kelak. Mana gambar gadis Jepun yang memberi tanda peace !

Anonymous said...

Hoho, ini laporan polis ya. Lepas ni apa pula? Akuan bersumpah? =P

Anonymous said...

Zoy, tolong perkenan permintaan encik syamsulfaiz tuh, "Mana gambar gadis Jepun yang memberi tanda peace !" kalau yg takde tanda peace pun boleh jugek

wahyun said...

klo ade gmbr gadis2 jepun bertudung pun lebih molek...nyahahahaha!

Dewangga Sakti said...

Syam,
tunggu akan ada ramai gadis yang mengerumuni Abdul Raof.
Firdaus,
Akuan bersumpah sedang disediakan. :)
Czar,
pasti ditunaikan!
Wah,
Gadis bertudung ada.Namanya Fatimah Takasaki

tamlikha said...

ada awek jepun bertudung, pergh menarik ni. Pastikan saudara zul dapat memaparkan gambarnya di blog ini. Sekian, terima kasih...