Pagi ini berlangsung perasmian ASEAN Tourism Fair oleh Datuk Bandar Kitakyushu. Setelah ucapan daripada lima VIP,kami ke pentas mengambil gambar beramai-ramai dengan muka sedaya upaya berusaha untuk memberikan senyuman paling manis.
Maka bermulalah program ini yang diadakan selama tujuh hari. Hari ini kami mempunyai tiga persembahan setiap satunya selama lima belas minit di tingkat lapan Izutsuya. Keadaan agak tertutup kerana ruang pameran yang padat dengan gerai dan segala macam hasil pameran dan jualan.
Hari ini kami bermain di tingkat lapan dan esok dan seterusnya diselang seli di antara dua pentas yang disediakan.
Pada dua set yang pertama,kami amat lembab kerana bunyinya agak kering.Selepas mengadakan perbincangan dengan juruteknik menggunakan khidmat penterjemah kami akhirnya dapat bunyi yang kami kehendaki. Semalam kami membuat sound check di pentas terbuka(berhampiran bangunan) di bahagian bawah yang lebih bebas.
Lebihkan bass,kurangkan treble dan tambah sedikit reverb!
Setelah tamat set kedua ,seorang gadis muda jelita menghampiri Abdul Raof dan bertanyakan nombor telefon. Opss! Bukan! Seorang pakcik tua menghampiri kami dan bertanyakan CD. Malangnya jurang komunikasi membataskan perbualan kami. Setelah diterangkan oleh penterjemah,Kaji Junko , kami segera diingatkan tentang polisi program ini yang tidak membenarkan sebarang penjualan secara komersil.Nampaknya kami perlu mencari jalan untuk menjual CD kerana ada permintaan.Mungkin perlu menyuruh pakcik ini pergi ke hotel kami atau pun beliau memberikan kami patung Ultraman sebagai tukaran untuk CD.
Di dalam masa yang sama, perasaan Abdul Raof juga berbelah bahagi kerana sudah dua kali pemain perkusi Brunai bertanyakan rebana beliau. Katanya mahu membeli untuk dibawa pulang ke Brunai.
Oh ya! Tengahari ini kami makan nasi dengan kari ayam,daging dan ikan. Halal daripada gerai Malaysia Kitchen Jom Makan. Harganya memang boleh bankrap iaitu 1000yen= RM30.00 seorang.
Selesai persembahan kami berjalan-jalan dan 'usha' beberapa kedai menjual kasut dan pakaian. Nampaknya banyak jualan murah sedang diadakan. Tips kami sesama sendiri adalah 'Jangan berhenti!'
Selepas maghrib,kami sempat meluangkan masa menaiki gondola di Ferris Wheel di Cha Cha Town.Harga satu gondola yang boleh memuatkan empat orang hanya 500yen= RM15.Amat murah!Kalau di Malaysia,hanya lepas untuk seorang sahaja.
Di sini kami mengamalkan pemakanan sihat iaitu minum jus setiap hari.Jus lemon dan epal seratus peratus!
Jika mahu cerita pasal jalanraya dan bangunan rasanya tidak payah lah.Sebabnya? Mereka merancang bandar mereka dengan teliti dan terperinci.
Sebab itu setiap Sabtu raksasa akan datang menyerang bandar mereka dan Ulraman akan datang menyelamatkan bandar.Kemudian,bandar dibangunkan semula.Dan begitulah seterusnya. :)
Inilah akuan bersumpah yang telah kami semua setujui ,ditandatangani oleh kami bertiga. Tiada yang di'lewat' di dalam akuan ini.
Nota untuk Syamsul --- gambar yang kamu inginkan itu bakal dimasukkan bermula esok. Terlalu banyak gambar yang Abdul Raof telah berjaya abadikan. Gadis pelbagai bangsa telah berjaya beliau abadikan ke dalam lensa kamera yang baru dibelinya dengan harga melebihi elaun yang diterimanya.
5 comments:
huhuhu jauh korang merayap!
hullalla, seronoknya bejalan ke jepun, baik baik sikit takut nanti terbabit dalam pergaduhan ultraman dgn godzilla hehe
Waaarrrgghhhh godzilla sudah mari
Sdr Zul,
tahniah. Hamdan ada berikan saya CD baru-baru ini. Dah dengar beberapa kali.
Memang boleh pergi jauh. Lepas ni saya nak tengok sendiri persembahan kalau diberitahu tarikh dan tempatnya.
Lagu-lagu tradisional kita kalau diberi nyawa semula amat baik sekali. Itupun kalau ada yang sanggup.
Gemala Kasturi,
rezeki.he he
Tam,
Ni dah mahu gaduh ni
Cohong,
godzila tu kocik lah.ha ha
Abg Mohd Shah,
Terima kasih.InsyaAllah,nanti kalau ada show kami beritahu.
Post a Comment