Friday, August 22, 2008

Angkasawan turun ke bumi








"Saya ingin memperkenalkan delegasi Malaysia. Di kiri sekali Norman Soo, di kanan saya legendary Muhaimin yang merekabentuk ukiran di Dewan Parlimen dan bermacam-macam bangunan lain"
Nizam kemudian melihat ke kanan dan seterusnya ke kiri dan memperkenalkan " The most handsome guy in our team, Abdul Meor!"
Kami tidak sempat membetulkannya dan tiba-tiba terpacul nama tersebut.
"Akhir sekali Zulkifli"
Siapa Abdul Meor?
Misteri Abdul Meor muncul di sisi seorang ahli kami.Namanya di Fukuoka bertukar menjadi Abdul Meor!
Ini sedutan ucapan Nizam di majlis meraikan kedatangan delegasi di sebuah restoran di tingkat lapan,Isutzuya. Satu majlis makan malam yang menggamatkan.
Tuan rumah amat prihatin dengan orang Islam.Walaupun hanya delegasi Malaysia,Brunai,seorang dari Indonesia dan seorang dari Singapura sahaja yang beragama Islam,tiada makanan berasaskan daging dan ayam disediakan. Hanya makanan laut dan pelbagai jenis makanan lain yang menyelerakan. Bukan itu sahaja,makanan juga dimasak hanya menggunakan minyak sayuran.
Di dalam satu perkembangan lain,dua orang wakil dari Korea Selatan datang untuk meninjau program ini kerana sebuah Pusat ASEAN-Korea akan diwujudkan November ini dan pesta pelancongan seperti ini akan turut diadakan pada tahun hadapan di sana. (Untuk pengetahuan semua, perbelanjaan dan elaun delegasi di program ini dibiayai oleh kerajaan Jepun melalui Pusat ASEAN-Jepun).
Di sini ,kami juga berkenalan dengan peniaga Turki yang menjual pelbagai permaidani, barang tembikar,loket dan bermacam-macam barangan lain. Nizam mendapat diskaun yang hebat apabila membeli barangan daripada gerai beliau. Apa yang lebih menarik,beliau boleh bermain flute dan perkusi seperti darbuka.
Malam tadi kami menghabiskan masa selama dua jam menjelajah sekitar bandar Kokura. Setelah penat berjalan,kami bertemu sebuah kedai muzik yang juga bertindak sebagai studio latihan dan rakaman. Setelah berbual dengan lelaki yang menjaga studio tersebut,Abdul Raof diberikan sekeping CD kumpulannya yang memainkan muzik hardcore. Kelihatan kedai muzik ini menjadi 'port' pemuzik dan banyak flyers terdapat di ruang khas kedai ini. Kami bercadang untuk pergi lagi ke kedai tersebut dan memberikan CD kami pula.

Nota: Abdul Raof bersama beberapa gadis pilihan hati sepanjang berada di bandar Kokura, Fukuoka

6 comments:

Anonymous said...

Err, kenapa En. Raof nampak seperti orang Jepun yang memakai baju melayu? Dia ke yang jadi Abdul Meor?

Anonymous said...

Dah keturunan Pak Abdul..
Nak buat camna..Abdul Meor pun ok gak..
Orang Perak la katakan

Syamsulfaiz said...

Kalau ye nak menyamar pakai nama glamer takkan Abdul Meor kot...ish-ish Pak Abdul ni.
Syabas kerna gambar-gambar gadis di atas.

tamlikha said...

weiiii!!woiii!!!! apa ni guna nama meor tak mintak izin kat aku dulu??heheheh

Anonymous said...

Balik jepun ni kawin gamaknya adik aku sorang ni...

Dewangga Sakti said...

Firdaus,
Raof sudah menjadi org Jepun.Ramai gadis yg berminat dgn beliau.
Moh,
nama glamer tu. Memang sangkut org Jepun ni.
Syam,
syabas kembali.Ada lagi.Tunggu...
Tam,
Abdul nama depan.Meor nama depan.ha ha