Monday, August 11, 2008

Persembahan di TV3 Isnin 11 Ogos

Kemaskini persembahan di Malaysia Hari Ini (MHI) TV3 pada 11 Ogos 2008.
1) Krew MHI dan ahli kumpulan tidak sabar makan buah-buahan selepas persembahan.Ada yg membahamnya ketika memegang kamera. :) . Seorang anggota kumpulan memasukkan sebiji durian ke dalam kereta miliknya.
2) Ahli memperagakan kostum pertama kumpulan (kecuali dua orang yang tidak sempat mengambil kostum)
3) Gambus baru digunakan dengan tali baru dan bunyinya yang belum keluar lagi.
4) Dua boom mic digunakan untuk persembahan.
5) Tiga lagu sahaja sempat dimainkan. Tertinggal Kapal Angkasa, Belayar ke Pulau Jauh (Untuk Mencipta Rekod Dunia) dan sedikit Selembar Kaseh -kerana kesuntukan masa.
6) Ahli termuda yang masih belajar tidak dapat menyertai kerana ada kelas pagi dan amat kecewa.



Terima kasih kepada penerbit, En Nor Azli dan TV3 yang menjemput kami membuat persembahan.
Nota: Gambar ehsan Abg Hamdan

8 comments:

Anonymous said...

Nampaknya saya miss lah Daphne Iking untuk satu jam.

Anonymous said...

hahaha...
encik dannalli,
daphne kuar ntv7 utk breakfast show tu setiap hari...tp ini demangga (dewangga) kuar blum tntu sebulan sekali...
buat pacal2 kesultanan, hamba tak dpt turut serta nnt...selamat belayar!

Anonymous said...

Nasib baik pagi ni di saluran satu lagi tu ialah mantan Ratu Cantik Malaysia, tak adalah kempunan sangat.

Pada segmen awal tu gambus kurang kedengaran .... keseluruhannya AlhamduliLLAH. Dia orang semua tu kurang konsentrasi .... dok teringat nak balun durian dan manggis selepas persembahan. Bro WYK, miss lah kamu buah2an tempatan.

Anonymous said...

buah2an tempatan? fulammmmak...

Syamsulfaiz said...

Penampilan Dewangga Sakti di TV3 kali ini memperagakan Pakaian Seragam No. 1 yang baru sahaja siap dijahit. Cuma Azman dan Mohsen tidak sempat ambil baju di kedai lagi. Seronok dapat pakai baju baru ! Kanji kain masih keras lagi..

DEP said...

alamak.. terlepas la... on the way pegi kerja.. :(

-acai-

wahyun said...

gambar no 1 (dlm entri ini) memperlihatkan dimensi baru DS...pakaian seragam no 1!!!

anda semua kelihatan gagah! nyahahahaha!!! ternyata ahli termuda amat keciwa ngan kelas paginya...

Anonymous said...

Eh, macam kenal je mamat yg main gitar tu. Camne plak dia bleh kluar tv pepagi senin tu? Musti dia tuang keja. Dia mmg camtu, suka2 je masuk keja pkl brape. Ish ish. Tak baik cik Azman..