Jemputan daripada Yayasan Pembangunan Islam Malaysia (YaPEIM) amat menyeronokkan. Pada awalnya terasa gementar kerana mereka memberitahu kami akan bermain di masjid.
Oh ya!Bukan di dalam masjid!
Oh ya!Bukan di dalam masjid!
Tempat sebenarnya di bahagian bawah Masjid Wilayah Persekutuan iaitu di Dewan Serbaguna.Jemputan kami terima dengan nada bercampur baur. Tetapi setelah diterangkan tentang majlis dan kelulusan Imam masjid untuk kami membuat persembahan,kami menerimanya. Instrumen juga memainkan peranan di situ selain muzik yang sesuai.
Program itu- Majlis Permuafakatan Sahabat YaPEIM dirasmikan oleh Dato' Zahid Hamidi dan dihadiri dua ribu orang tetamu dari seluruh Malaysia.

Pada malam kami menjalani raptai dan sesi soundcheck,kami masih lagi kaku kerana menyedari kami memasuki satu tempat yang suci dan bersih. Semua ahli diingatkan supaya membersihkan diri dan menjaga kelakuan masing-masing.
Keesokan harinya bila majlis bermula(sementara menunggu ketibaan menteri), kami banyak memainkan lagu-lagu instrumental yang sesuai dan hanya dua bervokal -Selembar Kaseh dan Zapin Budi. Melihat jemputan yang datang,kami terasa seperti kaku untuk menyanyi lebih banyak lagu. Pada malam sebelumnya,ada seorang pegawai yang meminta kami memainkan lagu daripada filem Sanggam. Hasratnya kami tidak dapat penuhi kerana memikirkan tempat ini adalah masjid.Walaupun di dalam dewan serbaguna tetapi kawasannya masih di dalam masjid.
Sepanjang persembahan Dewangga Sakti sejak lapan tahun lalu,inilah pengalaman pertama untuk majlis sebegini di tempat yang tidak disangka. :)
Mungkin ada sebab dan petanda.
Bagi kami,ini satu langkah yang baik. Kami impikan bermain di mana sahaja majlis yang sesuai. Muzik tradisional bukan sahaja ketika kenduri kendara,hotel atau lagu bulan puasa. Ia wajar dan sesuai dimainkan di mana-mana sahaja.
Terima kasih kepada pihak YaPEIM yang menjemput kami mengadakan persembahan.

1 comment:
that's my first time watching Dewangga Sakti live!! sebelum ni tgk kat youtube, dgr dr wahyun, baca brochure and visit your blog.. tapi hari tu, program yang asalnya terpaksa pergi jadi exciting sebab tgk anda semua main.. tahniah..!
Post a Comment