Kami bergegas ke KLIA setelah tamat persembahan di majlis perkahwinan di TTDI. Satu hari yang padat. (Laporan TTDi akan dibuat oleh adik bongsu kami,Wah Yun Kua).
Abdul Raof tiba paling awal sebelum jam 7 malam. Kami berdua tiba setengah jam selepas itu. Bila kami sampai,Abdul Raof dengan kacak dan bergaya memakai slack,berkemeja dan blazer. Beliau terperanjat melihat kami tiba dengan pakaian rock kami. Nasib baik beliau tidak memakai tali leher!
En Nizam dari Tourism tiba selepas itu. Abg Muhaimin yang akan bersama kami telah tiba awal. Penerbangan 9:45 malam dan setelah lima puluh minit tiba di Changi untuk transit selama dua jam. Jam 1 pagi kami bertolak ke Fukuoka ,Jepun.
Kami tiba enam jam selepas itu jam 8 pagi waktu tempatan (jam 7pagi Malaysia). Setelah melalui imigresen dan kastam selama hampir satu jam,kami dibawa ke hotel kami di Kokura. Nama hotelnya Washington Hotel Plaza. Inilah detik yang ditunggu-tunggu (mencari katil dan bilik air). Setelah diberi taklimat dan jadual persembahan,kami meletakkan barang di bilik masing-masing. Kami mendapat penterjemah (orang Jepun) yang sama ketika kami di Sapporo dua tahun lalu iaitu Kaji Junko yang amat baik dan fasih berbahasa Melayu (pertuturan dan tulisan). Beliau sempat mencetak jadual solat di Kitakyushu (ibu negeri Fukuoka).Oh ya!Jam 4:12 pagi sudah masuk Subuh dan terbit matahari 5:40 pagi.
Cuaca hampir 30 darjah selsius. Panas macam di Malaysia. Bagi yang kurus seperti kami sudah mengalami kekeringan kulit muka. Abdul Raof terkecuali.
Selepas itu,kami berjalan mencari makanan. Inilah masanya merasa makanan Jepun. Tempura dengan teh jepun menjadi pilihan. Harganya 800yen = RM25 untuk satu set yang mengenyangkan. Bangkraplah kami kalau tiap-tiap kali makan macam ni. Tapi tidak mengapa Brahim, tuna dan serunding dibawa bersama.Selain daripada itu,7 Eleven dan Lawson -kedai makanan tak pernah tutup ada untuk kami membeli nasi ,roti atau sushi.
Selepas itu,kami tidur kerana keletihan dan keluar semula pada waktu malam mencari makanan dan melihat kawasan sekitarnya.
Esok(Selasa-19 Ogos) adalah waktu membuat persediaan di booth pameran dan pentas persembahan di Kompleks Membeli belah Izutsuya. Upacara perasmian adalah pada 20 Ogos dan dijangka ramai duta setiap negara akan terlibat.Pada waktu yang sama di KL,ahli-ahli Dewangga Sakti yang lain akan terlibat dengan persembahan di Galeri Petronas untuk majlis makan malam Petrosains. (Selamat untuk semua!).
Hari ini kami belum bertemu dengan Ultraman.Mungkin besok kami akan jumpa!
Nota: Nasib baik Abdul membawa laptop dan melayari internet adalah percuma di hotel ini
8 comments:
Moga sukses bro..
Kirim salam sama doraemon : )
Jangan lupa ambil gambar di kedai muzik dan kedai buku !
Hait...wakarewak (mcm ckp jawa daa)
Sudah selamat tiba nampaknya. Sampaikan salam pada Doraemon & Totoro. Hehe
Assalamualaikum, Semoga terus sukses geng. - drpd, sahbulah
Warna hitam dalam mangkuk tu apa ek?
fuh...fantastic fukuoka...
isian berita di TTDI telah pun di'email'kan semalam, hahaha...
selamat sukses di fukuoka. kirim salam kat ultraman ace ngan ultraman seven...huahahaha!
Mohsen, benda hitam tu ko jangan tanya nanti diorang tak dapat makan...gulpp
Spyz,
terima kasih.Tadi baru jumpa Doraemon :)
Syam,
nantikan
Firdaus,
Nanti jumpa sampaikan salam :)
Sahbulah,
terima kasih.
Moh sen,
Itu seaweeds
Wah Yun,
Ulraman belum sampai lagi
Post a Comment