Tuesday, August 12, 2008

Proses rakaman CD-bahagian satu

Spyz di dalam bahagian komen menanyakan tentang pembikinan Cd Mabok Kepayang. Ada telah ditulis sebelum ini di label Dewangga Sakti dalam studio. Kali ini aku akan cuba tulis daripada sudut dan perasaan yang berbeza.
Kita cuba melihat kepada tajuk dan huraikan beberapa persoalan yang mungkin akan ditanya. Ada yang berpendapat lagu-lagu kami bukan seperti lagu tradisional biasa.Kami akui kerana kami sedang bereksperimen dengan memasukkan stail dan rentak muzik tradisional yang biasa kami mainkan seperti inang,joget, dan sedikit pengaruh keroncong (Kembali Menchari).Banyak lagi lagu yang akan didasarkan kepada rentak muzik lain seperti asli,zapin dan stail yang kami fikir sesuai. Muzik kita juga banyak mengambil pelbagai pengaruh dan telah mengalami proses asimilisasi ke dalam apa yang kita panggil muzik Melayu. Seperti kata Sinaganaga, muzik kita 'cross-over' sifatnya.Kita menyerap pengaruh-pengaruh ini dan menjadikannya bersifat Melayu (yang tidak terdapat di tempat lain).Misalnya joget ada pengaruh Portugis.Jika diteliti lagu-lagu inang seperti mempunyai persamaan dengan muzik China.Begitu juga zapin yang awalnya dibawa dan dikembangkan pedagang Arab.Dalam contoh ini,flamenco (di Sepanyol) berkembang menjadi seni yang bersifat Sepanyol dan tidak sama dengan pengaruh asalnya bila diperkenalkan oleh Orang Arab ketika zaman Andalusia.
Berbalik kepada cerita asal.
Kita lihat tajuk-tajuknya dulu. Tajuk-tajuk ini kami tidak rancang asalnya.Dia datang dengan sendiri.
1)Prelude - ini adalah duet di antara gambus dan violin .Bahagian keyboard di belakang instrumen ini digunakan untuk menjadikannya lebih atmosferik.Asalnya Prelude ini merupakan takseem (improvisasi) untuk lagu Selembar kaseh.Memandangkan terlalu panjang,ia dipisahkan tetapi menggunakan skala yang sama. Kiranya Prelude ini adalah permulaan kepada Selembar Kaseh dan mesti bersatu di dalam persembahan.Asalnya Prelude ini hanya gambus sahaja dan setelah Norman menyertai kumpulan, violin disatukan dengan gambus. Kami agak gembira kerana sejak penubuhan menjadi keinginan kami ingin berkolaborasi dengan violin dan akhirnya seorang penyelamat tiba pada tahun 2006.Dia sudah muncul pada tahun 2005 tetapi agak malu-malu.
2)Selembar Kaseh- lagu ini asalnya dimain menggunakan tabla (dimainkan oleh bekas anggota kumpulan -Azmi) dan senikatanya berkisarkan tentang ibu. Sekali dengar mungkin tak dapat tangkap,jadi kena dengar sehingga akhir lagu. Dibuat awal tahun 2006.Tiada penambahan dan dimainkan seperti pertama kali dibuat kecuali penggunaan perkusi.
3)Belayar ke Pulau Jauh (Untuk Mencipta Rekod dunia)- Asalnya hanya line bass dan violin ditambah gendang sunda. Itu ketika kami berlatih di sebuah studio di Sri Gombak awal April 2007 sebelum kami ke Chengdu,China.Kemudian aku membuat 'la la la' di improvisasi bass dan violin tersebut. Lagu itu tidak siap sehingga bulan Ogos(tahun yang sama). Ketika di Chengdu, la la la di verse kedua muncul.Pertama kali dimainkan di Alliance Francaise ,lagu ini masih belum siap sepenuhnya.Cuma la la la itu yang ditekankan. Pertama kali dirakam pun masih ada yang tertinggal.Improvisasi gitar solo di tengah dilakukan beberapa bulan selepas rakaman pertama dilakukan dan 'la la la' dinyanyikan beramai-ramai secara tidak seimbang untuk menerangkan kemeriahan dan kegembiraan akhirnya.
Tajuk pula asalnya hanya Belayar. Kemudian aku melakarkan cerita ke dalam bentuk tulisan (boleh rujuk entri pada tahun lepas) .Kemudian tajuk menjadi Belayar ke Pulau Jauh. Selepas itu muktamad menjadi Belayar ke Pulau Jauh (untuk mencipta rekod dunia). Ada watak anak-anak kapal,nahkoda,serangan jerung,pari-pari dan elemen magis di dalam story line lagu ini.Lagu ini menjadi lagu wajib kami di setiap persembahan.Amat jarang kami tidak memainkan lagu ini.
4) Kembali Menchari
Ini lagu lama pada tahun 2001. Di antara lagu-lagu awal Dewangga Sakti. Asal tajuk Jalan Kembali.Disesuaikan semula setelah senikata baru dibuat pada tahun 2006. Lagu ini mengalami transformasi yang banyak kerana asalnya dimainkan bersama-sama alatan gamelan. Di latihan dan rakaman yang awal(demo),ada gitar solo di permulaan lagu.
5) Tertinggal Kapal Angkasa
Lagu ini dibuat penghujung 2007 dengan penekanan asalnya kepada akordian. Irwan yang baru membeli akordian (dan cuba-cuba bermain) telah melakukan improvisasi di satu sesi latihan hujung minggu. Asal tajuknya Joget Spanco Angkasa. Kenapa jadi spanco? Ini adalah kata-kata yang keluar daripada mulut badut kumpulan. Kononnya spanish + flamenco = spanco! Dirakam secara 'guide track' dulu oleh gambus,violin dan darbuka. Setelah itu, satu storyline juga dibuat untuk menyenangkan lagu ini kerana ianya instrumental.Watak Pak Abdul dicipta. Dan latarnya masa hadapan.
Watak-watak yang kami cipta ini imajinasi kami. Kami mahu bila kita mendengar boleh datang perasaan gembira,sedih dan adakalanya bergelak ketawa mengetahui tajuk dan ceritanya. Ada di antara watak-watak ini kami akan bawa ke lagu-lagu yang seterusnya (album penuh nanti). :)
Nanti kami akan bercerita tentang proses merakam Cd ini di Studio Purple Sound pula.
Mungkin pendengar-pendengar ada idea lain tentang lagu-lagu ini?

4 comments:

Anonymous said...

Bagi saya, saudara2 semua tak perlu lagi bereksperimen.Ciptaan yang terjalin adalah musik tradisional acuan DS.

Teringat saya dipertengahan tahun 80an dulu apabila ditemuramah diTV, M.Nasir telah mengatakan yang proses eksperimennya sudah selesai. Apa yang dibikinnya adalah bentuk musik beliau yang berunsurkan musik2 disekeliling. Ingat lagu Fantasi Bulan Madu? .... ada ala Hindustan " Demi Cintaku Pada Mu ... hak,hak..." Waktu itu saya mimang gemarkan lagunya keluaran tahun '87, Kau Yang Satu yang menjadi lagu thema filem D Rahim Razali, Tsu Feh Sofia, lakunan Jaqui, isteri arwah kawan akrab saya, Roslan (Koch). Mendengar lagu itu boleh meluruskan jalan kpd sesiapa yang agak terpesong dari jalan yang benar.

Saya memang mengkagumi kamu semua.

wahyun said...
This comment has been removed by the author.
Artozy said...

Aku sangat terkesan dengan Mabok Kepayang. Mohon guna tajuk lagu kamu untuk puisi aku.

spyz said...

buat susah-susah aje
;-)

btw, terima kasih for the info

patutlah ending prelude dan intro selembar kaseh tu mcm masuk aje.. kembar rupanya..

tak reti nak komen apa2,
cuma, saya suka semua lagu tu..