Monday, August 25, 2008

Angka Sawan di Kokura





Shinji-san,pemain gitar sebuah kumpulan muzik hardcore terkenal di Kokura,Fukuoka datang melihat kami membuat persembahan dan sempat minum teh tarik dan nasi kari ayam di gerai Jom Makan. Malam sebelumnya,kami singgah di kedai muzik tempat beliau bekerja dan berkenalan dengan beberapa rakan sealirannya.Gitar mereka semuanya hebat-hebat.Maklumlah instrumen muzik buatan Jepun. Dua studio latihan tidak disewa dan beberapa orang sedang mendengar lagu di mixer console studio rakaman. Kami menyerahkan lapan keping promo CD kumpulan Grindcore Malaysia, Negation kepada beliau untuk diagih-agihkan kepada rakan-rakan 'scene' di sini. Seharusnya,kami juga perlu membawa CD Cryptic Malediction untuk diberikan kepada mereka! :)
Selesai persembahan,kami menjelajah ke sekitar bandar dan terjumpa Kokura Fuse yang banyak menganjurkan persembahan live pelbagai kumpulan dan artis. Dengan berpakaian baju Melayu,kami berjalan-jalan dan menjadi tontonan ramai orang. Kami cuba meninjau ke dalam Kokura Fuse yang terletak di tingkat bawah (underground) dan terserempak dengan Shinji di situ. Rasanya ramai yang terkejut melihat kelibat kami dengan pakaian baju Melayu yang lengkap bersampin dan songkok. :)
Terasa bangga memakai baju Melayu di bandar asing ini.Seolah-olah pahlawan datang membantu Ultraman menentang kejahatan raksasa!
Shinji ingin membayar harga tiket untuk kami tetapi kami menolak dengan baik kerana kami mempunyai misi lain iaitu mencari muzik! CD dan piring hitam.
Kami ke Border Line Records yang banyak menjual CD,DVD dan vinyl terpakai dan baru.Jika yang terpakai(second hand) masih dalam keadaan yang amat baik. Mungkin mereka hanya guna sekejap sahaja dan terus menjualnya di sini.
Kami juga amat terkejut bertemu dengan CD Noraniza Idris dan Siti Nurhaliza. CD kumpulan Shinji juga ada dijual di sini.
Maka hantu CD pun terus bersukaria dan berjenaka kerana bertemu salah satu tempat tujuannya.

7 comments:

Anonymous said...

Tabik! Kamu semua memang promosi Malaysia dan Budaya Melayu di Jepun! Jika kalian mengandaikan menjadi Ultraman, ada baiknya dihapuskan raksasa 'sumpah-sumpah'gergasi yang mengganas di Malaya ini.

Dewangga Sakti said...

Firdaus,
Berjalan-jalan dgn memakai baju Melayu sungguh segak sekali.Ramai yg ingin mengambil gambar dan bertanyakan songket dan kostum tersebut. :)

Syamsulfaiz said...

Jangan lupa pakai seragam No. 1. Oh ya kitorang Dewangga Sakti cawangan kesultanan Gombak sudah memperoleh pakaian seragam No. 2...heheh

cohong gym said...

Zoy, kau kasi tunjuk kat diaorang Cryptic punya skill.

Anonymous said...

Dah lama tak tgk zoy buat simbol tangan cam gitu..hahahaha

tamlikha said...

aku nengok muka mamat jepun tu teringat aksi muka band defiled masa gig cryptic kat mcities tahun 2000 dulu, terkenang kenang heheheh

wahyun said...

sila ke blog isham rais
www.tukartiub.blogspot.com
ade kembar 'angka sawan' dlm blog isham...huhuhuhu...