Sunday, September 03, 2006

From Taipei with Love

Alhamdulillah,kami berempat telah selamat sampai ke lapangan terbang CKS Taipei pada jam 9:50 malam pada hari Selasa 29 Ogos.Penerbangan yang memakan masa lebih enam jam bermula pada jam 3 petang dari KLIA dan singgah di Kota Kinabalu(transit selama 40 minit)sebelum mendarat di Taipei.Kami disambut oleh En Junaidy iaitu pegawai pelancongan Malaysia Taipei yang berusia penghujung 30an.
Rombongan kami juga disertai oleh seorang pelukis batik yang bersama-sama kami akan terlibat dengan promosi makanan dan kebudayaan Malaysia di Taiwan sebagai mewarwarkan Tahun Melawat Malaysia pada tahun 2007.
Promosi ini akan memakan masa selama sepuluh hari bermula 30 ogos dan berakhir pada 8 September. Kami ditempatkan di Hotel Shangri-La Far Eastern Plaza di bandar Taipei,lebih kurang 40 minit perjalanan dari lapangan terbang. Penginapan kami amat memuaskan,maklumlah kadar satu malam sahaja bersamaan RM600.00(NT 6000.00).
Promosi ini dianjurkan oleh Pejabat Pelancongan Malaysia Taipei dan tiket kapalterbang ditaja oleh Penerbangan Malaysia.
Ini adalah julung-julung kali Dewangga Sakti ke luar negara.Walaupun berempat sahaja kerana terikat dengan kuota yang sedikit,insyaallah di masa akan datang kami akan membawa semua anggota jika terlibat lagi di luar negara.
Sepanjang perjalanan dari lapangan terbang ke hotel,kami asyik memandang keadaan sekeliling. Lebuhraya agak selesa dan kenderaan yang melaluinya juga besar-besar.Malah teksi mereka juga menggunakan kereta bermodel terkemuka seperti Wish,Cefiro,Altis,Camry dan macam-macam lagi.Tidak terdapat kereta saiz kecil seperti Kancil di sini. Pemain violin Norman bertaruh dengan Mohsen jika dia dapat melihat satu kereta bersaiz kecil seperti Kancil.Apa benda mereka bertaruh,biarlah rahsia...(ha!ha!)
Keadaan bilik hotel yang selesa membuatkan kami rasa ingin tidur sahaja tetapi tugas mesti dilaksanakan.Lagipun menggalas nama negara,macam main sukan pula!
Persembahan di tingkat enam,Yi Cafe dan bermula seawal 11:45pagi untuk makan tengahari.Set selama setengah jam diikuti 15 minit rehat sehingga jam 2:30petang. Kemudian jam 6:30petang sudah memulakan tugas untuk makan malam pula.
Cuaca ketika kami sampai ke sini 39 darjah selsius. Terbit matahari pula pada jam 5:30 pagi dan jam 6:15 petang telah terbenam matahari.
Jam 3 petang pada hari pertama 30 Ogos, ada sidang akhbar dan sebelah malamnya pula adalah pelancaran promosi ini. Banyak tetamu daripada kedutaan dan akhbar yang hadir.Persembahan kami hanya dibekalkan dengan dua buah microphone dan ini mendatangkan masalah kepada kami kerana kami memerlukan sekurang-kurangnya empat microphone untuk memastikan bunyi yang terhasil memuaskan. Tetapi persembahan mesti diteruskan.Ini satu cabaran untuk memaksimakan keadaan.
Malam itu setelah persembahan kami berjalan-jalan sekitar Taipei ke pasar malam tidak jauh dari hotel kami menginap. Menjelang tengah malam kami kembali ke hotel setelah menyambut merdeka di tepi jalan,sambil memerhatikan polis membuat sekatan jalan raya.
bersambung (Nantikan cerita pasar malam dll)

No comments: