Monday, September 04, 2006

Jalan-jalan sekitar Taipei



Taipei kelihatan agak terancang bandarayanya. Bangunan dan jalanraya mempunyai struktur yang baik,tidak bersimpang siur dan jika dilihat daripada tingkat 41 hotel kami tidak menampakkan satu bandar yang cacamerba. Papan tanda dan tulisan di atas jalan menyukarkan kita untuk sesat kerana amat jelas.
Apa yang menarik di sini adalah susunan bangunan yang menyenangkan warga Taipei atau pun pelancong asing. Contohnya,kita dapat melihat deretan bank ,pusat seni ,kedai foto dll semuanya di tempatkan berdekatan mengikut klasifikasi tempat itu.Apa yang menarik perhatian,kedai 7 Eleven kelihatan di merata-rata tempat.Ada yang hanya bersebelahan jalan. Kami juga sempat singgah ke pasaraya 'Wellcome' yang dibuka 24 jam.
Pada malam keempat selepas sambutan merdeka di hotel,kami bertiga (Azmi tidak keluar kerana urusan siber) berjalan kaki sekitar Taipei bermula tengah malam sehingga jam 2 pagi.Memang betul kata En Junaidy kadar jenayah adalah rendah di bandaraya ini kerana kami melihat ramai wanita yang berjalan berseorangan atau bersama rakan pada malam itu(mungkin baru balik kerja atau pun menghabiskan masa di kelab dan pub yang banyak terdapat di sekitarnya). Kami berjalan tanpa ada tujuan yang jelas,cuma ingin melihat persekitaran Taipei.Terdapat nama-nama pub yang menggelikan hati kami:-contohnya Saints & Sinners (Pendita dan Pendosa) dan Bar Code!
Tidak pula kami menyaksikan adegan merempit di sekitar bandaraya ini. Tahu-tahu saja sudah sampai ke menara tertinggi di dunia iaitu Menara 101. Sekali pandang,tidak nampak menara ini se'gah' menara lain contohnya Menara Berkembar Petronas.

No comments: