Tuesday, April 25, 2006

Raja Gambus Malaysia


Hj Fadzil Ahmad ~Raja gambus Malaysia

~~~~Bilakah kita ingin menghargai beliau sebenar-benar dengan mengkaji lagu-lagu yang dihasilkan dan sumbangan yang besar kepada muzik tradisional Melayu sejak penghujung 50an?
Pihak bertanggungjawab perlu membukukan kisah hidup dan penglibatan beliau di dalam muzik ini! Mungkin sebuah profil seni untuk generasi akan datang...supaya kita tidak meraba-raba lagi dalam kegelapan.
Siapa mahu mulakan?Mungkin Kementerian atau ASK sendiri?
Berapa agaknya keseluruhan lagu yang dihasilkan oleh Uncle Fadzil kerana amat sukar mahu mendapat katalog penuh beliau kecuali kita rajin mencari di kedai muzik Giant,Jaya Jusco yang bercampur aduk dan banyaknya rerelease album duet(bersama antaranya- S Fauziah) dan kumpulan lamanya Ghazal Sri Maharani dari Muar,juga CD/kaset keluaran AHAS Production yang kelihatan out of print sekarang. Atau pilihan lain...rajin-rajinlah dengar Klasik FM (dahulunya dikenali sebagai RIMA)!
(Gambar santai di rumahnya di Keramat Luar-2004)

Monday, April 24, 2006

Memelihara khazanah?(Bahagian 2)


----extension to previous article
Di Indonesia, mereka giat mengeluarkan album muzik tradisional(contoh:gamelan). Kalau tidak di STSI(Sekolah Tinggi Seni Indonesia),mungkin di universitinya.Ini juga terjadi kepada negara yang bukan muzik tradisinya gamelan seperti UK,Amerika,Perancis dan lain-lain.Misalnya Amerika Gamelan Institute (AGI) yang antara objektifnya mengembang dan menerbitkan rakaman gamelan dari Indonesia dan serata dunia. Penerbitannya tidak terkecuali Dr Rahayu Supanggah dari Indonesia yang banyak bereksperimen dengan gamelan dan pernah mengadakan konsert di Istana Budaya pada tahun 2003 bertajuk 'Konsert Geeta Gangsa'~konsert gamelan yang tiada kesinambungan.
Di dalam Dewan Budaya bulan Mac 2006 memfokuskan tentang gamelan dan hala tujunya di Malaysia.Tetapi di dalam fokus beberapa artikelnya tidak terdapat satu rujukan pun tentang gamelan Rhythm in Bronze. Mungkin artikel-artikel itu meminggirkan kumpulan ini kerana mereka banyak bereksperimen dan kalangan 'purist' mengatakan kononnya mereka ini merosakkan unsur-unsur tradisional gamelan itu sendiri. Sekurang-kurangnya mereka bereksperimen dan membuat gubahan baru dan keupayaan mereka terbukti dengan banyak persembahan,malah pernah membuat konsert dua malam berturut-turut di Dewan Filharmonik Petronas pada tahun 2004.
Di mana konsert dan rakaman yang lain?
Jika diteliti sejarah, gamelan gong kebyar dari Bali juga bermula daripada eksperimen.Maka, tidak ada yang original sebenarnya,seperti juga gamelan Melayu yang asalnya mempunyai pengaruh gamelan Jawa sebelum matang dan menghasilkan apa yang kita ketahui sebagai gamelan Melayu sepenuhnya.
Jika di Bali mereka melalui jalan yang sukar untuk menjadikan gamelan satu bentuk muzik yang bersifat kerakyatan. Setelah tentera Belanda menyerang Bali pada tahun 1914, hampir kesemua keturunan diraja membunuh diri beramai-ramai sebagai tanda protes. Setelah itu,hikmahnya gamelan yang asalnya muzik istana telah tersebar luas ke kampung-kampung dan hampir setiap kampung mempunyai ensemble gamelan mereka sendiri. Maka,hasil protes tersebut terhasil satu bentuk gamelan baru yang diakui paling laju di dunia iaitu gamelan gong kebyar .Kebyar bermaksud sudden outburst iaitu letusan secara tiba-tiba yang sekali kita dengar seperti gunung berapi memuntahkan laharnya. Bentuk baru ini amat laju tetapi di samping kelajuannya kita dapat mendengar tekstur notasinya begitu tersusun dan mengkagumkan.Amat mempesonakan di sebalik muzik yang amat laju.Bukan kelam kabut.Gamelan gong kebyar menggunakan skala pelog selisir .Mereka membuang note ke 4 dan ke 7 daripada kebiasaan skala pelog yang bernotasi tujuh untuk membolehkan mereka bermain dengan lebih laju dengan teknik kotekan (interlocking) atau perkataan mudah bertingkah-tingkah.
Setiap tahun diadakan pertandingan gubahan baru gamelan di Bali.Mana gubahan baru kita yang dapat didengar oleh penggemar muzik gamelan di khalayak yang lebih luas?
(Sebenarnya tulisan ini bukan sahaja berkenaan gamelan tetapi sebenarnya mengenai dokumentasi dan gubahan baru kepada lain-lain muzik tradisional~akan lebih terperinci di dalam tulisan yang akan datang)
Sedikit berkenaan gamelan gong kebyar
Gamelan gong kebyar
From Wikipedia, the free encyclopedia
Jump to: navigation, search
Gamelan gong kebyar is a modern style or genre of Balinese gamelan music. Kebyar means "the process of flowering", and refers to the explosive changes in tempo and dynamics characteristic of the style. It is the most popular form of gamelan in Bali, and its best known musical export.
The main instrumental forces of the gong kebyar orchestra are metallophones. There are typically four pemades and four kantillan - collectively known as the gangsa - which play the most complex parts. There are either one or two ugal, which play an ornamented version of the main melody - the pokok - of the piece. Lower pitched metallophones - jublag, jegogan, and sometimes penyacah - play increasingly abstracted versions of that melody. All of these instruments metallophones are played in pairs, with each pair tuned slightly apart. This produces a beating effect (ombak) and creates an overall shimmering, pulsating quality.
Other instruments in the orchestra include the reong - a set of twelve bossed bronze "pots"; the ketuk - another "pot" similar in appearance but larger than an individual reong; the gongs, which mark the essential structural points in the music; kendang - the drums, which control the tempo of ensemble and reinforce the meter; ceng-ceng - small, mounted hand cymbals which play fast, intricate parts, usually along with the reong; suling - flutes, which play somewhat improvised ornaments on the pokok; and, occasionally, the rebab - a spike fiddle, which plays along with the suling.
Gong kebyar music is based on a five-tone scale called pelog selisir (tones 1, 2, 3, 5, and 6 of the 7-tone pelog scale), and is characterized by brilliant sounds, syncopations, sudden and gradual changes in sound colour, dynamics, tempo and articulation, and complex, complementary interlocking melodic and rhythmic patterns called kotekan.
The kebyar style developed out of older ensembles and first emerged in the early 20th century
dari www.cba.hawaii.edu
(Gong Kebyar uses the pelog selisir scale. Although pelog is a seven key scale, selisir deletes 4 and 7 and uses only a pentatonic scale (1, 2, 3, 5, and 6). The music is occasionally written using Balinese characters and often vocally taught using sounds (1 = ding = C, 2 = dong = D, 3 = deng = E, 5 = dung = G, and 6 = dang = A).
Unlike Javanese pelog, the 4 and 7 keys are not on the instruments; thus, unlike Javanese pelog, one cannot play different tunings (pathets) on the same instrument. The purpose of the deletion seems to be to allow the instrument to be played faster since the keys are closer together.)

Wednesday, April 19, 2006

Memelihara khazanah?

In February 1941, the Fahnestock brothers traveled to the Dutch East Indies (now Indonesia), chartered a sailboat, and during the next ten months, recorded the music of Bali, Java, Madura, and also the Kangean Islands. Years later, it was revealed that this trip was also an intelligence assignment undertaken at the request of President Franklin Delano Roosevelt. At an earlier White House meeting, the President had asked them to evaluate Dutch military preparations on Java, assess the usefulness of small watercraft for Pacific Islands combat, and ensure that U.S. defense funds allocated to Southeast Asia were being properly spent. (diambil daripada laman web The American Folklife Centre)
Dua adik beradik Fahnestock- Bruce dan Sheridan belayar ke Hindia Timur Belanda (Indonesia), beberapa kepulauan di Pasifik Selatan dan merakamkan banyak bahan ke dalam audio, buku dan foto yang kemudiannya ternyata amat berguna dan bernilai tinggi.
Pada dekad yang sama juga, seorang ethnomusikologis, Colin Mc Phee yang banyak membuat kajian tentang muzik gamelan Bali (Gong Kebyar) dan tinggal di Bali beberapa tahun.Antara buku yang berguna untuk kita mengkaji tentang kehidupannya di sana adalah sebuah buku yang diterbitkan pada tahun 1944- A House in Bali. Pernah suatu hari beliau membeli rekod di sebuah toko muzik milik warga asing di Bali dan diberitahu beliaulah satu-satunya pembeli rekod muzik pada tahun itu kerana penduduk tempatan tidak membelinya-tidak ada wang dan kenapa ingin membelinya sedangkan mereka mendengar muzik berasaskan gamelan siang dan malam dengan setiap kampung mempunyai orkestra gamelan mereka sendiri.
Itu peristiwa tahun 40an ketika masyarakat tidak prihatin lagi -mungkin sampai sekarang pun masih dengan belenggu sama- tentang usaha dokumentasi bahan yang berguna untuk kelangsungan hidup seni budaya bangsa.
Masalah dokumentasi ini amat serius kerana jika tiada dokumentasi bahan seni,macam mana kita mahu bertanggungjawab kepada generasi akan datang yang cuba menggali seni budaya Melayu.Bayangkan P Ramlee hanya bermain di funfair dan tidak membuat rakaman? Atau R Azmi tidak terlahir di piring hitam?
Masalah dokumentasi ini banyak terlihat kepada penggiat-penggiat seni di Malaysia. Kebanyakannya hanya 'recycle' bahan-bahan lama. Cuba sebutkan satu hasil rakaman terbaru berkenaan gamelan?Selain daripada CD 'Gamelan untuk tarian' dan 'Rhythm in Bronze',tidak terdapat satu usaha merakamkan album baru gamelan. Jika terdapat dokumentasi pun ,mungkin seperti cerita rakan saya'documenting for the sake of documenting!',tidak terlahir kepada dunia khalayak yang lebih luas. Hanya untuk simpanan sendiri.
...bersambung

Thursday, April 13, 2006

Sulalatus Salatin

Maka kedengaranlah pula khabarnya ke benua China, mengatakan," Raja Suran datang hendak menyerang kita,membawa rakyat tiada terpermanai banyaknya;sekarang sudah sampai ke Temasik." Maka Raja China pun terlalu hebat mendengar khabar itu;makan titah raja China pada segala menteri dan segala pegawainya,"Apa bicara kamu sekalian pada menolakkan bala ini;jikalau sampai raja benua Keling itu ke mari, nescaya binasalah benua China ini."Maka sembah seorang menteri yang tua, "Jikalau sampai raja daripada yang banyak,ya tuanku syah alam,yang diperhambalah membicarakan dia." Maka titah raja China,"Bicarakanlah olehmu" Maka Perdana Menteri pun menyuruhlah melengkapi sebuah pilau yang terbesar,diisi dengan jarum yang seni,lagi yang karat; maka diambilnya pula pohon kesmak dan pohon segala buah-buahan yang ada buahnya,ditanamnya di atas pilau itu,dan dipilihnya orang yang tua-tua sudah tanggal giginya,disuruhnya naik pilau itu,dipesaninya oleh Perdana Menteri itu dan disuruhnya belayar ke Temasik.
...to be continued

Wednesday, April 12, 2006

Projek rakaman


Sudah lama sepatutnya Dewangga Sakti merakamkan lagu-lagu sendiri.Sudah beberapa kali percubaan untuk merakamkan originals menghadapi masalah.Sejak ditubuhkan pada bulan Oktober tahun 2000,Dewangga Sakti sudah melalui banyak pengalaman pertukaran anggota kumpulan dan kini, hanya tinggal tiga(3) anggota daripada kemunculan pertama mereka pada tahun 2000:-Mohsen,Zul dan Raof.Rasanya sudah mencecah dua puluh orang anggota yang keluar masuk kumpulan ini .Sebab utama komitmen dan sebab lain adalah kerana: -asalnya Dewangga Sakti secara falsafahnya ingin keluar dengan projek menggabungkan gamelan dan instrumen muzik lain(angklung pun tidak terkecuali dan dimasukkan ketika satu pertandingan pada tahun 2001).Jadi,bila disebut gamelan pastinya menggabungkan ramai anggota.Mana mungkin seorang sahaja bermain instrumen ini kerana gamelan dimainkan secara kumpulan di dalam ensemble(Itulah bagusnya sebab mengutamakan teamwork dan tiada ruang untuk seorang individu sahaja!No gamelan hero!).Nama gamelan itu sendiri pun sudah cukup gah dan bagi Dewangga Sakti sendiri amat mistikal. Ya,amat mistikal.Dan...Dewangga Sakti sendiri menggemari sesuatu yang mistikal.
Setelah tidak dapat bereksperimen dengan gamelan kerana mereka telah grad dari alma mater mereka UIAM, maka projek itu tidak dapat diteruskan kerana tidak dapat access kepada instrumen itu sendiri. Projek juga menjadi tertangguh. Kemudian pada tahun 2002, Dewangga Sakti menyebarkan virus mereka dengan membantu rakaman kumpulan Death Metal Kuala Lumpur, Cryptic Malediction yang sedang merakamkan album pertama bertajuk'Embedded in Blood...feudal delirium'. Cryptic Malediction yang bertunjangkan cerita-cerita Melayu dahulukala ingin memasukkan instrumen tradisional kepada muzik mereka yang kasar, berat dan tidak bertamadun itu.Maka, dua anggota iaitu Raof dan Mike dipanggil membantu dengan memasukkan instrumen gamelan(saron pekin,saron baron) dan perkusi tradisional ke dalam dua lagu instrumental dan satu lagu yang menggabungkan gitar yang berat, vokal gergasi dan dram double pedal yang kasar dan menyiksakan(walaupun mixing kurang baik untuk lagu ini tetapi khidmat mereka amat membanggakan).
Album ini kemudiannya dikeluarkan oleh Nebiula Production pada tahun 2003 dan menjadi sejarah sebagai satu kumpulan yang tidak menggunakan samples(synth) untuk bunyi gamelan di dalam album mereka.Kebanyakan kumpulan lain menggunakan samples(dari keyboard atau CD) untuk bunyi gamelan di dalam album. Namun,percubaan mereka ketika itu amat baru dan jika Cryptic Malediction mempunyai banyak ruang dan kesempatan untuk lebih bereksperimen, rasanya hasil pasti lebih baik.Ini kerana percubaan masih lagi awal ( trial and error process).
Selepas projek itu, Dewangga Sakti seakan menghilangkan diri dan resurfaced penghujung 2003 untuk beberapa projek kerjasama dengan UIAM tetapi selepas itu menghilangkan diri kembali. Tidak rancak bercerita untuk menghasilkan satu rakaman lagu tetapi lebih enjoy bermain di functions.Tetapi ini tidak melemahkan semangat mereka untuk membuat rakaman lagu-lagu sendiri yang dijadualkan pada bulan hadapan.
Macamana? Kena tunggu hasilnya....
(Gambar : Persembahan di Malam Gema Warisan di Muzium Negara -15 April 2005)

Tuesday, April 04, 2006

Dewangga Sakti di Layar Tanchap





Dewangga Sakti membuat penampilan sulung di Layar Tanchap,sebuah jam session yang dikendalikan oleh Pot Amir (x-Innuendo).Utk keterangan lanjut mengenai layar tanchap,sila ke http://layartanchap.blogspot.com
Ia berlangsung di roof top (bumbung) bangunan niaga UDA di Bangsar (berhadapan Dataran Maybank) pada 31 Mac 2006 ,jumaat lepas.Tempatnya agak santai dan agak sesuai untuk acara sebegini. Seperti biasa, penampilan Pot dan bandnya Radiostar,Ruffedge,Amy Mastura dsbnya.
Dewangga Sakti hanya sempat mempersembahkan satu lagu (instrumental) yang bertajuk Inang Malam Kelam(working title). Mohsen sempat mencelah ketika show baru bermula setelah bertungkus lumus mengelolakan training di Eastin Hotel. Anggota yang lain adalah Azmie, Raof, Yaser,Zul dan Zakiah.
Walaupun satu lagu sahaja sempat dipersembahkan(daripada dua lagu yang ingin dibawakan) tetapi dikira memadai untuk menyebarkan virus dan bertemu khalayak baru..Masa mungkin tidak mengizinkan dan kelihatan ada juga performers yang tidak dapat mengadakan persembahan.Mungkin perlu susunan persembahan yang lebih terkawal.
Inang Malam Kelam merupakan satu lagu slow paced yang berentak inang dan disulami elemen lain dengan penggunaan gambus,rebana,tabla,keyboard,gitar akustik dan bakal dilengkapi dengan violin sedikit masa lagi. Ilham untuk menghasilkan lagu ini tercipta ketika duduk-duduk rehat di ruang tamu sambil melihat rancangan televisyen yang membosankan. Minda ingin rileks dan permainan mesti nampak 'cool' dan tidak membebankan.(Terima kasih kepada jurufoto untuk foto-foto yang sempoi)