Tuesday, October 28, 2008

Kedai Kopi Hai Peng






6 Oktober lepas menjadi satu hari yang bersejarah di dalam diari kehidupanku.Selama puluhan tahun melalui pekan koboi Kemaman(g) tidak pernah membuatkan aku ingin mengunjungi satu kedai yang telah wujud sejak tahun 1940 lagi.Aku selalu membaca di dalam suratkhabar,majalah,blog dan juga cerita kawan-kawan akan keenakan roti bakar dan kopi buatan sendiri kedai ini. Kadang-kadang sebagai rakyat negeri kaya rakyat miskin ini,aku malu kerana masih belum merasai keenakan pelbagai hidangan di kedai ini.
Ya! Kedai Kopi Hai Peng boleh dimasukkan di dalam peta pelancongan negeri Terengganu sebagai satu destinasi yang wajib dilawati. Aku tak dapat menerangkan lagi keseronokan di dalam diri tatkala meneguk dua cawan kopi dan dua set roti bakar yang sedap di situ.Ini ditambah lagi dua biji telur separuh masak.
Kawan-kawan memberitahu,nasi lemak dan hidangan lain juga sedap tetapi terlalu laris dan aku pula sampai ke sana sejam sebelum kedai ditutup jam enam petang.
Walaupun dimiliki oleh orang cina,ramai pekerjanya berbangsa Melayu.
Ketika aku sampai ,di meja luar kelihatan tujuh atau lapan orang sedang berbual mesra sambil menikmati makanan.Aku tidak dapat membezakan yang mana matanya bulat atau pun sepet kerana perbualan mereka yang begitu mesra.
Hiasan dalamannya amat menarik.Banyak perkakas lama yang diletakkan sebagai perhiasan.
Apa yang aku boleh beritahu,aku sekarang sudah boleh melupakan semua roti bakar dan kopi yang aku nikmati sebelum ini!
Bos! Kasi order satu!ha ha
Nota: No telefon kedai Kopi Hai Peng-09-8597810

8 comments:

Unknown said...

Huh!Dua bulan lepas semasa ke Cherating, pergilah sekejap kedai ini, tapi tutup pula. Lima tahun lagilah baru jejak semula. huhu

Dewangga Sakti said...

En Anuar,
Boleh cuba lagi datang. :)

wahyun said...

saya mencadangkan agar kita hantar kertas kerja untuk jadi "band residen" di haipeng...sebulan sekali ke...amacam? bleh dapat kopi dan roti percuma...haha!

Anonymous said...

Assalamualaikum,
Zoy, betul.. memang banyak lokasi/destinasi/kedai etc yg ada nilai-nilai tarikan pelancong tetapi tidak tersenarai dalam lokasi tempat wajib dilawati oleh pelancong di negara ini. Di maan silapnya mungkin ada pelbagai faktor menyumbang ke arah itu...

diana ghazali said...

Boleh juga rasa di Kemaman Kopitiam bertempat di Kuantan. Dia anak syarikat Kopi Hai Peng tu ..:)

Syamsulfaiz said...

Alamak bila la aku boleh try Kedai Kopi Hai Peng. Minum kopi, makan roti bakar, telur separuh masak, sambil basa suratkabar....fuhh. Home delivery ada?

Korakora said...

bro, kg isteriku dekat dungun. kalau balik, wajib lalu kemaman tu. cuba ko cerita lokasi kedai kopi tu, kasi aku tahu.

Dewangga Sakti said...

Wah,
Ha ha boleh cuba

Syah,
Banyak yg patut dimasukkan.

Diana,
Oh!Bukan itu menantu dia?Nanti saya mahu cuba juga.

Syam,
Beli satu packet kopi Hai Peng buat dkt sana.

Nazmi,
Lokasi betul-betul di tengah bandar.Kalau ke Dungun,dari Kuantan bermakna kedai ini di sebelah kanan.Kalau tidak silap,bangunan Pas di sebelahnya.Memang akan nampak bangunan ni tersergam sebelah kanan.Parking ada dkt depan bangunan seberang jalan tu bersebelahan bank.
Depan-depan dia ada banyak bangunan kerajaan.Phone dia ada aku letakkan di entri.nati balik mesti jumpa punya. :)