Ghazal Melayu- satu kajian
Perkataan Ghazal berasal drpd Bahasa Arab yang bermaksud puisi kasih. Puisi ini salah satu jenis puisi paling popular di kalangan umat Arab sejak zaman jahiliyah.
Berdasarkan kajian,ghazal yang dipercayai berasal dari Parsi adalah merupakan sejenis nyanyian di kalangan orang muda di alam percintaan. Biasanya ikatan senikata ghazal terdiri daripada tiga atau empat baris.
Bagaimana ghazal tiba ke Johor?
Perkembangan ghazal yang pesat di Arab berlaku bila kerajaan Umayyah mengambil ramai penyanyi Parsi dan Greece untuk hiburan di istana. Dari Tanah Arab, ia berkembang ke Parsi,Turki,India dan Malaysia (Johor). Di Parsi, ghazal merupakan salah satu pembacaan puisi tanpa diiringi sebarang alat muzik. Sementara di India, ianya lebih berbentuk nyanyian yang popular di istana.
Sejarah kesenian ghazal di Johor berasal dari istana raja-raja Riau-Lingga.Pada akhir abad ke-19,hubungan rapat di antara kerajaan Riau-Lingga telah memperkenalkan para bangsawan kepada seni ini. Mereka ini membawanya ke istana Sultan Johor yang pada ketika itu di Teluk Belanga,Singapura. Bila pusat pentadbiran bertukar ke Tanjung Puteri, seni ini semakin berkembang.
Orang yang bertanggungjawab adalah Allahyarham Datuk Bentara Luar,Mohd Salleh bin Perang. Semasa membuka daerah-daerah baru di Johor,beliau memperkenalkan dan memperluaskan seni ghazal. Selain itu,ramai lagi pembesar istana terlibat menyuburkan tradisi ini seperti Ungku Ahmad b Mohd Khalid(Ungku Chik), Ungku Mohammed bin Mohd Khalid,Ungku Sulaiman bin daud,Ungku Abdul Aziz b Abd Majid dan En. Dapat.
Orang yang lebih mempopularkan seni ghazal ini adalah Allahyarham Hj Musa b Yusof atau lebih dikenali sbg Pak Lomak,juga cucu kpd Datuk bentara Luar. Jasa Pak Lomak ini tidak terkira dan generasi tua di Johor menganggap Pak Lomak adalah ghazal dan ghazal adalah pak Lomak. Beliau banyak mencipta lagu dan menubuhkan kumpulan-kumpulan ghazal di seluruh negeri Johor. Kebanyakan lagu-lagu ghazal melayu termasyhur adalah ciptaan Pak Lomak (contoh Seri Mersing,Seri Banang,Embun Menitik,Puteri Ledang,Gunung Banang, dan banyak lagi).
Instrumen yang sinonim dgn muzik ghazal adalah gambus, harmonium dan tabla (sekadar menyebut tiga nama) . Instrumen ini adalah teras kpd muzik ghazal Melayu yang dikembangkan di Johor.
Lagu pertama dicipta adalah Tinggi Tinggi Si Matahari yang dicipta oleh seorang ahli wayang bangsawan Datuk Bentara Luar pada tahun 1886 (nama tiada). Banyak juga lagu-lagu ghazal yang tidak dpt dikesan penciptanya(sbg contoh-Pak Ngah Balik, Seri Siantan,Makan Sireh,Damak)
Antara lagu-lagu ghazal yang masyhur adalah Jalak Lenteng (dicipta 1893), Seri Mersing (1924),Seri Banang(1935),Puteri Ledang (1943), Anak Raja turun Beradu(1928), Tanjung Balai (1935),Damak (1912), Seri Siantan (1935), Pak Ngah Balik (1915),Nasib Musalmah (1925), Makan Sireh (1925) dan beberapa lagu lagi.
Sejak 1886 sehingga awal 1950an,sebanyak 123 lagu ghazal telah dicipta. Ada yang diketahui penciptanya dan tidak kurang pula lagu yang tidak dpt dikesan penciptanya.
Pencipta generasi selepas 1950an yang banyak mempopularkan ghazal seperti Fadzil Ahmad,Ahmad Jusof yang dapat kita dengar di dalam rakaman-rakaman ghazal spt Kumpulan Ghazal Seri Maharani dll(Kedua-dua ini juga terkenal sebagai pemain gambus yang hebat). Kebanyakan rakaman-rakaman ini dijual secara lumpsum kepada syarikat rakaman (mereka tidak dpt royalti—ini berdasarkan perbualan dgn Allahyarham ketika dia masih hidup). CD dan kaset kumpulan ini sehingga sekarang masih dijual dengan banyaknya tetapi jumlah sebenar tidak dpt dipastikan. Yayasan Warisan Johor (YWJ) juga ada menerbitkan CD muzik ghazal dan rakaman Konsert Ghazal pada tahun 2000 paling bermakna kerana di dalam rakaman tersebut yang dijual CD dan VCDnya menampilkan penyanyi undangan, Fadzil Ahmad (mungkin yang terakhir di konsert besar sebelum beliau uzur) , Noraniza Idris , penyanyi Warisan Johor (pada masa itu Zarina Akademi Fantasia masih bekerja di YWJ dan terlibat dgn konsert ini)) dan ramai veteran ghazal Johor yang bergabung tenaga menghasilkan satu konsert besar dgn iringan orkestra. (walaupun hasil rakamannnya jika diteliti semacam ada kekurangan kerana terlampau banyak instrumen ingin ditonjolkan). Juga sebenarnya lagu Fadzil Ahmad bertajuk Joget Memikat Janda bukanlah daripada kategori lagu-lagu ghazal. Lagu itu berentak sarah atau joget Arab.
Tetapi pemilihan lagunya amat bagus dan memberikan pengenalan yang mendalam kepada peminat muzik ghazal (dan tradisional amnya).
-------------------------------------------------------
Dewangga Sakti bukan kumpulan ghazal
Kami selalu ditanya adakah kami memainkan muzik ghazal. Kadang-kadang daripada penerbit TV dan orang awam yang ingin mengambil kami membuat persembahan.
Kami bukan muzik ghazal di dalam bentuk muzik dan lagu-lagu yang standard di dalam muzik ghazal.Misalnya,bentuk muzik kami sendiri tidak menjurus kpd irama dan bunyi ghazal itu sendiri. Sebagai contoh,lagu-lagu ghazal spt Pak Ngah Balik,Jalak Lenteng,Seri Mersing,Puteri Ledang,Anak Raja Turun Beradu,Tanjung Balai,Damak,dan banyak lagu lagi.
Kami secara peribadi suka mengklasifikasikan muzik kami sbg tradisional/folk Melayu dan tidak menghadkan bentuk lagu-lagu kami.
Lagu-lagu berentak ghazal tidak kami mainkan.Yg selalu kami mainkan adalah muzik berentak joget,inang,zapin,asli dsbnya.
Mungkin penggunaan instrumen gambus telah menyebabkan ramai orang cenderung memanggilnya kumpulan ghazal (juga berlaku kpd apa-apa kumpulan tradisional kerana mungkin terma ghazal itu sendiri bererti muzik tradisional kepada orang ramai).Seperti juga ramai orang memanggil ubat gigi sbg colgate walaupun keluaran Darlie,Safi dsbnya.
Jadi,rentak dan bunyi ghazal itu sendiri perlu difahami sebelum kita mengklasifikasikan sesebuah kumpulan itu.Ini kerana rentak dan irama Melayu hasil banyak pengaruh luar telah membentuk muzik kita yg kaya dan unik.
Tetapi persepsi orang ramai tidak dapat kita elakkan. Sama seperti muzik metal yang mempunyai pelbagai cabang spt thrash, death,black,grindcore,doom dsbnya. Begitu juga muzik tradisional yang punyai pelbagai cabang spt inang,joget,zapin,keroncong, masri, asli, ghazal dan lain-lain lagi. Ghazal hanyalah salah satu drpd cabang tersebut.
Untuk memahami seni muzik ini,kita perlu mendengar dan menonton. Barulah kita akan faham perbezaan di antara ghazal dgn zapin,inang,joget dll. Tidaklah nanti bila bertanya apa maksud lagu ghazal yang difahami menyebut lagu seperti Zapin Budi,Yaladan,Ya Salam yang berirama zapin! :)
7 comments:
inilah jadinya apabila kita terlalu cenderung untuk meng-general-kan apa yg kita kurang tahu ~
huhu~
info ini bagus.
boleh diletakkan dalam pamphlet kumpulan kelak...
mungkin pada masa akan datang lagu2 ghazal ini bleh kita teroka.
bukan penerokaan hutan secara haram. nnt orang batu akan pupus kelak.
Kalau Dewangga Sakti main ghazal pun...kita boleh layan... :)
Maklumat yg bagus! Muzik melayu memang luas cabangnya. Seninya sungguh kaya.
Harap Dewangga sudi memikirkan lagu-lagu rakyat dan musik negeri Selangor kan berada di kesultanan Gombak khaaan.
salam brader-brader dewangga sakti semua,
kalau boleh, bila opening buat show, mainkanlah dulu lagu ni WE WILL NOT GO DOWN (Song for Gaza), bagi yang dengar tambah sedar/simpati.
Lirik semua saya ada blog >>> http://tajudinms.blogspot.com/2009/01/song-for-gaza-jumpa-pak-hussain.html
tq
Nizam,
begitulah... :)
Wah,
boleh diterokai tetapi tabla mesti ada
Jiwarasa,
kita boleh pilih mana lagu yg sesuai.Mungkin akan datang.
Syam,
Betul tu
Dr Siti,
Gombak boleh! Kena cari dulu lagu-lagu tu.
Tajudin,
Nanti kami dengarkan. Kami pun bercadang mahu bikin lagu utk Palestin
Post a Comment