Minggu lepas dua hari berturut-turut kami memeriahkan majlis perkahwinan En Multhalib yang merupakan seorang pengarca Malaysia yang hebat. Boleh baca tentang beliau
di siniSelasa lepas ketika diberitahu tentang majlis ini, kami kurang selesa kerana penyanyi tidak dapat hadir kedua-dua majlis. Azman ketika itu masih lagi di Tanah Suci mengerjakan umrah.
Kami jarang bermain secara instrumental sahaja ketika majlis perkahwinan. Mujurlah pengantin baru, Multhalib tidak ada apa-apa masalah dengan muzik sahaja.
Hari pertama berlangsung di Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur. Hari kedua pula di sebuah galeri hartanah di Bangsar. Hari kedua program amat santai dan muzik dimainkan secara unplugged sahaja,sesuai dengan suasana tempat tersebut.
Kedua-dua persembahan tersebut juga tidak dihadiri ahli termuda kami kerana beliau terikat dengan program dan persembahan lain. Dengar cerita, dia berkaraoke di majlis perkahwinan di Ampang .