Friday, July 03, 2009

Pengarca Mengarca Diarca

Minggu lepas dua hari berturut-turut kami memeriahkan majlis perkahwinan En Multhalib yang merupakan seorang pengarca Malaysia yang hebat. Boleh baca tentang beliau di sini
Selasa lepas ketika diberitahu tentang majlis ini, kami kurang selesa kerana penyanyi tidak dapat hadir kedua-dua majlis. Azman ketika itu masih lagi di Tanah Suci mengerjakan umrah.
Kami jarang bermain secara instrumental sahaja ketika majlis perkahwinan. Mujurlah pengantin baru, Multhalib tidak ada apa-apa masalah dengan muzik sahaja.
Hari pertama berlangsung di Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur. Hari kedua pula di sebuah galeri hartanah di Bangsar. Hari kedua program amat santai dan muzik dimainkan secara unplugged sahaja,sesuai dengan suasana tempat tersebut.
Kedua-dua persembahan tersebut juga tidak dihadiri ahli termuda kami kerana beliau terikat dengan program dan persembahan lain. Dengar cerita, dia berkaraoke di majlis perkahwinan di Ampang .

6 comments:

Syamsulfaiz Nasution said...

So siapa je yg main hari tu?

wahyun said...

gile ah karaoke! haha...ini brita ter'hot'!
mat rock merupakan johan karaoke belia 4B kampung sg merab...

gila pari said...

weh karaoke??best gilew!!!!!

mutakalim said...

syeikh, gambar ijtimak
http://ziarah76.blogspot.com/

Alina said...

Hamir kata dia hampir tak kenal sebab DS pakai baju melayu lengkap. Segak.

Dewangga Sakti said...

Syam,
drpd tulisan kau dpt baca siapa yg hadir. baca betul-betul.ha ha
Wah,
siapa tu?
Gila pari,
ya!
Syah,
ok dan tgk
Alina,
itu pakaian rasmi utk majlis rasmi.