Baru-baru ini,kami terlibat mengadakan persembahan yang disiarkan secara langsung ke London dan New York. Ia dianjurkan oleh Starbucks & Project (RED) Love Project . Projek ini adalah satu usaha besar kebajikan untuk mengutip derma bagi tabung AIDS Afrika. Dijangkakan sebanyak USD3 juta berja ya dikumpulkan.
Lagu yang dimainkan ialah
'All You Need is Love' daripada kumpulan Beatles
Seramai 196 negara mengambil bahagian dan semua negara bermain lagu yang sama pada waktu yang sama di negara masing-masing. Masa yang ditetapkan adalah jam 8:30malam 7 Disember 2009. Pada saat-saat akhir,masa dianjakkan sejam selepas itu. (Info terkini--157 negara termasuk Malaysia berjaya 'live' pada waktu yang ditetapkan)
Kebetulan waktu itu petang sehingga maghrib hujan dan mengganggu set-up yang dibuat di luar Saloma Bistro. Kelam kabut juga pihak penganjur ingin mengalihkan barang-barang yang telah diletakkan di luar. Khemah tiada disediakan. Jam 8 malam ,hujan beransur reda.
Pelan asal juga ditukar. Kami diminta mengiringi koir seramai 25 orang (pada awalnya diberitahu 10 orang dan di situ juga pertama kali kami berlatih bersama)
Seawal jam 4 petang kami sudah tiba ingin membuat semakan bunyi. Dua jam selepas itu barulah kami dapat memulakan semakan bunyi kepada instrumen kami. Banyak keperluan kami tidak dapat dipenuhi,antaranya speaker monitor tidak ada. Mikrofon dan mic stand juga tidak mencukupi. Keprluan kami sebenarnya amat minimal kerana instrumen kami semuanya akustik dan tiada keperluan untuk amplifier atau barang-barang teknikal lain. Cuma instrumen akustik memerlukan ketelitian yang lebih di dalam mencari bunyi yang sesuai dan mantap.
Bunyi amat mengecewakan.
Tepat jam 9:30malam ,persembahan dimulakan. Tamat persembahan,kami memainkan sekali lagi lagu yang sama. Kali ini berlarutan selama
23 minit tanpa henti untuk satu lagu yang sama(di mana ditengah-tengahnya kami telah menukar beat kpd inang cina dan joget johor sport club)!
Nota akhir: Kami berpendapat sesuai sekali jika semua memakai pakaian tradisi untuk majlis seperti ini. Jika kita berpegang kepada konsep multi-etnik, semua yang mengambil bahagian boleh memakai baju tradisi masing-masing. Itulah perkara unik dapat ditonjolkan kepada dunia. Kalau berkenaan nyanyian,semua negara menyanyikan lagu yang sama. Apa lagi yang boleh kita tonjolkan selain daripada budaya kita? (Kami memakai baju Melayu ketika persembahan)