Thursday, December 10, 2009

All You Need is Love

Baru-baru ini,kami terlibat mengadakan persembahan yang disiarkan secara langsung ke London dan New York. Ia dianjurkan oleh Starbucks & Project (RED) Love Project . Projek ini adalah satu usaha besar kebajikan untuk mengutip derma bagi tabung AIDS Afrika. Dijangkakan sebanyak USD3 juta berja ya dikumpulkan.
Lagu yang dimainkan ialah 'All You Need is Love' daripada kumpulan Beatles
Seramai 196 negara mengambil bahagian dan semua negara bermain lagu yang sama pada waktu yang sama di negara masing-masing. Masa yang ditetapkan adalah jam 8:30malam 7 Disember 2009. Pada saat-saat akhir,masa dianjakkan sejam selepas itu. (Info terkini--157 negara termasuk Malaysia berjaya 'live' pada waktu yang ditetapkan)
Kebetulan waktu itu petang sehingga maghrib hujan dan mengganggu set-up yang dibuat di luar Saloma Bistro. Kelam kabut juga pihak penganjur ingin mengalihkan barang-barang yang telah diletakkan di luar. Khemah tiada disediakan. Jam 8 malam ,hujan beransur reda.
Pelan asal juga ditukar. Kami diminta mengiringi koir seramai 25 orang (pada awalnya diberitahu 10 orang dan di situ juga pertama kali kami berlatih bersama)
Seawal jam 4 petang kami sudah tiba ingin membuat semakan bunyi. Dua jam selepas itu barulah kami dapat memulakan semakan bunyi kepada instrumen kami. Banyak keperluan kami tidak dapat dipenuhi,antaranya speaker monitor tidak ada. Mikrofon dan mic stand juga tidak mencukupi. Keprluan kami sebenarnya amat minimal kerana instrumen kami semuanya akustik dan tiada keperluan untuk amplifier atau barang-barang teknikal lain. Cuma instrumen akustik memerlukan ketelitian yang lebih di dalam mencari bunyi yang sesuai dan mantap.
Bunyi amat mengecewakan.
Tepat jam 9:30malam ,persembahan dimulakan. Tamat persembahan,kami memainkan sekali lagi lagu yang sama. Kali ini berlarutan selama 23 minit tanpa henti untuk satu lagu yang sama(di mana ditengah-tengahnya kami telah menukar beat kpd inang cina dan joget johor sport club)!
Nota akhir: Kami berpendapat sesuai sekali jika semua memakai pakaian tradisi untuk majlis seperti ini. Jika kita berpegang kepada konsep multi-etnik, semua yang mengambil bahagian boleh memakai baju tradisi masing-masing. Itulah perkara unik dapat ditonjolkan kepada dunia. Kalau berkenaan nyanyian,semua negara menyanyikan lagu yang sama. Apa lagi yang boleh kita tonjolkan selain daripada budaya kita? (Kami memakai baju Melayu ketika persembahan)

26 comments:

GombakRock said...

nak usha video peristiwa ini sila klik sini--> http://www.youtube.com/watch?v=NXi9D-h8D-Q

p.s:tak sangka korang pakai gambar2 yg aku "tembak"..haha

izanhailmey said...

dewangga sakti rocks.. apa pun jutaan terima kasih aku ucapkan untuk dewangga yang masih cool walau terdapat ujian yang aku sendiri tidak sengajakan. Allah je yang tau perasaan aku masa tu. apa pun 'live' dari Malaysia terlaksana dan Malaysia adalah antara negara yang dapat streaming terpanjang kira kira 23 minit. terima kasih sekali lagi untuk kawan kawan Dewangga Sakti. Allah membalas jasa kalian.

Syamsulfaiz said...

WOW...very impressive weii.. ! Now millions around the world have heard/ will hear DS's music.

TAHNIAH !!

puteri_cekak said...

tahniah jugak..

folkartgirl said...

Show 29 dec kat UIA jadi tak? i plan to bring my friends to watch you guys..

psstt! i kinda miss encik AR too..

En AR said...

miss U2 folkartgirl!

Anonymous said...

RINDU AWAK JUGA!

folkartgirl said...

i don't miss U2!
I miss encik AR!

psstt! encik AR, would you give me your email add please? (maksud saya the REAL encik AR, sekian terima kasih)

Abdul Raof Palsu (sindiket) said...

hai folkartgurl,u can just text me instead of sending mails..go grab my phone no. from Norman Hakim the evil violinist

REAL En AR said...

Hyee folkartgurl!!

Utk mendapatkan jwpn yg sohih, sila isikan tempat kosong yg tertera dibawah:

1) Email add "abdraof@gmail.com" adalah kepunyaan ________.

a)AR Badul
b)AR Tompel
c)AG Coco
d)A Galak

folkartgirl said...

saya confused ni. nak email kat gmail ke, nak minta no kat norman? kedua-duanya macam palsu je? will the real slim shady, oops! maksud saya will the real Encik AR please stand up??

Dewangga Sakti said...

Jika mahu tahu emel sebenar,sila emel kpd dewanggasakti@yahoo.com

Abdul Raof said...

Dear folkartgirl,

E mail add yg tertera diatas adalah benar dan sesungguhnya Norman adalah seorang pemuda yang jujur dan mudah bekerjasama.

Yeah,mari kita berkenal kenalan sambil bertukar tukar pandangan tentang dunia folk,art,girl dan apa apa yg difikirkan best dan cool...hehehe

Please do keep in touch!
The real encik AR :)

Sharifah Rohana said...

salam sayang, saya peminat abang pemain gendang yang bernama raof. jika tak keberatan, saya ingin berkenalan dengannya.bagaimanakah caranya untuk saya menjadi kenalan facebook nya?

folkartgirl said...

psstt! emailnya sudah dikirim :)

Syamsulfaiz said...

Fuhh kalu aku menjadi Raof, berpeluh juga ketiak dibuatnya. Ini sandiwara ke betull?
Apa-apa pun Raof mmg lebih cool dari Mat Kool. Itu aku setuju.

folkartgirl said...

abg syamsulfaiz, i may put up a stage name tetapi saya tidak bersandiwara. saya memang minat dengan konsep DS (dan, err, konsep kinetik rebana encik AR :p)!
baru je tengok RED project DS di youtube, wow.. cuma agak sakit telinga dengar a certain girl's voice. but what the heck, its for a good cause n its really cool that you guys played the song DS style. saya suka!!
tapi.. bak kata abg syamsulfaiz we'd be happier if we wore something more malaysian, kan?
takpelah. whatever it is, i love the beatles & i heart you too DS so keep em good music coming ok! =]

ohh, hai sharifah rohana! are u a HE or a SHE?? tipu dosa masuk neraka tau. hahahahaha

minah ronggeng (bukan nama sebenar) said...

Ramai betul peminat en. AR ni ye...kuat tido pun byk peminat...heh..heh..

wahyun said...

AR - abdul ronggeng.

along, ketiak berpeluh bererti ketiak sedang menangis. gunakan ubat ketiak 'hibka'.

Abdul Raof said...

Wahai Minah Ronggeng...
Sebenarnya diriku bukanlah kuat tido seperti yg disangka..
Ini kerna siangku umpama malam & malamku umpama siang.

Noerman terlupa utk memakai hibka ketika perform di bagan lalang.. mmg tangisan yg nyata akan ketiaknya sambil gembira ditiup bayu laut tepi pantai

GombakRock said...

inilah dia...bila ada awek kasi komen laju je korang reply.. dasar rockstar!!! kah kah kah

mamu portnoy said...

woi ghoplah jingga sekalian! padia padia ni dok ghoplah kat rawop? folkartgirl oi kasi tunjuk rupa skit..pasai apa..kita takmau ada kes penyamaran oleh golongan arbok berlaku ke atas abdul rawop yang tahap2 kevin dalam backstreet boys!

folkartgirl said...

sungguh.. kita ni pompan la mamu.
cukuplah asal the Batu Kurau rocker himself knows the truth =]

folkartgirl said...

hai everybody

folkartgirl said...

sungguh chickaroni-cis!

who are you "folkartgirl on wordpress" and why are you impersonating me???

Arbok Filipino said...

Mamu...
Walaupun daku arbok...
Tetapi daku masih menunggu cinta suci Si Pengakordian dari Malaya