Friday, January 15, 2010

Balada cemas Tokeyunta

Syamsulfaiz (atau lebih dikenali sebagai Tokeyunta setelah berhijrah ke Dubai )telah pulang sekejap ke Malaya untuk urusan kemasukan rumah baru dan hal-hal bersangkutan. Kami mengambil kesempatan untuk 'jamming' bersama beliau setelah kali terakhir 15 bulan sebelumnya. Ia dihadiri oleh semua ahli kecuali jejaka Putrajaya dan pegawai kerajaan Pulau. Kedua-duanya terlibat dengan urusan tidak dapat dielakkan.
Tokeyunta kelihatan begitu cemas di hari jamming sehinggakan mukanya terus berubah kemerah-merahan seakan-akan pelakon Bollywood yang terkenal ketika ini (rujuk gambar entri sebelum ini). Kord yang dimainkan juga telah berubah mengikut rentak padang pasir (dan dhab). Kerana terlalu cemas, jamming disambung dua hari berikutnya supaya dua ahli yang tidak hadir dapat juga bersama beliau. Saat-saat cemas beliau dapat disaksikan dengan jelas oleh rakan-rakan yang datang ke studio iaitu DrBubbles,Firdaus dan Robotz.
Meskipun begitu,lagu kegemaran beliau daripada Hail tetap dimainkan.
Tiba hari dinantikan untuk jamming sesi kedua, cemas beliau menjadi-jadi dan latihan terpaksa dibatalkan. Sesi latihan diganti dengan sesi melepak di Kopitiam dan Mamaque di Taman Melati dengan kehadiran semua ahli termasuk pegawai yang baru selesai menjalani misi memburu lanun di Pulau Jerejak.

10 comments:

folkartgirl said...

chill.. takkan seorang otai hilang rentak lagunya (baca dalam nada takkan melayu hilang di dunia).
btwy, abg syamsulfaiz, saya suka baca blog awak!

owh, hi Raof! (sambil melambai tangan kpd AR):]

Syamsulfaiz said...

cemas tu terbit dari perasaan ghairah dan terharu apabila bertemu rakan2 lama.
Oh ye folkargirl, awak juga menjadi topik diskusi dlm sessi kopitiam hari tu.
Makasih..

Ronnie James Dio said...

hey sam,welcome home!

wahyun said...

ah. dh cemas tu cemas jugakla...mengalahkan seorang pemuda yg sedang akad nikah pulak...cis

folkartgirl said...

haaaaa...
kenapa cakap pasal saya??

*flabbergasted*

Real En AR said...

hye! (melambai tangan sambil mengenyitkan mata)...;*

pemborak kopitiaw said...

folkartgurl jadik isu utama kerana melibatkan hati dan perasaan. next time meh join ngombe ngombe di kopitiaw

wahyun said...

gadis seni folk ni budak mana?

folkartgirl said...

ishhh...serius tak paham..peminat bagi emel pun boleh jadi isu yek??
hmm...takpelah saya dah pun bagitau Encik AR yang saya akan menghilangkan diri. jadik.. korang tak perlulah risau lagi yek

Real En AR said...

Folkartgirl, diorang jeles pasal diorng tak dpt emel drpd fan, itu pasal diorang create isu..hahaha
En Syamsul,perasaan terharu tu mmg wujud pabila bertemu rakan2 lama... walaupun gua cool:P, tetapi gua rasa lu mmg lagi cool bro!