Friday, October 29, 2010

Sepuluh

Bulan ini (Oktober/10) sepuluh tahun yang lalu, kumpulan Dewangga Sakti telah ditubuhkan di tepi Sg Pusu oleh Mohsen dan Zul. Mereka mengadakan persembahan pertama bersama beberapa orang yang lain dengan iringan kumpulan gamelan UIAM.
Begitulah mereka bermain tanpa hala tuju yang jelas. Hanya semata-mata berekesperimen dan ingin membuat sesuatu yang mereka fikir lain. Mungkin selepas lima tahun barulah jalan menjadi semakin jelas dan muzik yang mereka corakkan menemui titik temu.
Selama hampir dua tahun persembahan yang mereka adakan adalah tanpa bayaran. Malah mereka sebenarnya yang mengeluarkan bayaran terutama ketika menganjurkan sendiri siri-siri persembahan mereka di sekitar kampus pada tahun 2001.
Bayaran pertama mereka adalah daripada pereka logo Dewangga Sakti sendiri iaitu Asri Al Baker pada tahun 2002 ketika majlis perkahwinan beliau di Seremban. Ketika itu ahli seramai sepuluh orang termasuk seorang penyajak yang semakin terkenal sekarang dengan sajak spontan (dan gila!). Ketika zaman awal ,bilangan ahli pernah mencecah 15 orang. Bekas ahli juga sudah mencecah 20 orang sehingga ke saat ini.
Selepas sepuluh tahun, masih banyak rancangan tergendala dan belum dilunaskan.
Mudah-mudahan ,kami terus istiqamah dengan muzik yang kami cuba perluaskan.

2 comments:

Syamsulfaiz said...

TAHNIAH Dewangga Sakti. Aku menumpang gembira dan bangga kerana pernah aktif bersama ulat2 sutera semua. Aku harap suatu hari nanti akan kembali aktif semula.

Projek tergendala kita musti diteruskan. Nanti jumpa dan bincang.

wahyun said...

along kembali berlayar.
teruskan cool DS