Sunday, November 07, 2010

OLQINU




Kokura,Fukuoka
Ogos 2008

"Eh! Mereka kata ada butik 'U....' di kawasan sebelah sana", NS memberitahu.
"Apa lagi,kita mesti serbu hari ini juga! AR macam mana?,tanya ZR.
AR tiba-tiba muncul. " Aku tengok je lah. Aku mahu simpan duit"
Kami ke tempat di hujung di sana berjalan kaki dengan baju pun masih baju Melayu kerana persembahan baru sahaja tamat di Izutsuya. Cuma NS yang sempat menukar baju.
Setiba di sana ,delegasi Singapura baru sahaja selesai membeli belah di butik yang sama.
Waktu perniagaan sudah hampir ditutup pada hari itu dan kami dengan pantas masuk ke butik dan memilih yang sesuai.
Keseronokan berganda.
ZR pulang dengan 10 helai baju.
AR pulang dengan dua helai baju (kedua-dua utk bapanya)
NS pulang dengan tiga puluh helai baju (diulang...tiga puluh(30) helai baju)
Oktober 2010
Wangsa Maju
"Aku ada tiga baju belum pakai. Sayang nak pakai. ",NS memberitahu.
"Aku pulak kedua-dua yang aku beli tu bapa aku tak pakai!",AR dengan nada yang sedih memberitahu.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
4 November 2010- Butik Uniqlo ,yang pertama dibuka di Fahrenheit 88, Bukit Bintang dan antara ribuan orang yang menyerbu pembukaannya adalah NS. Butik terkenal dari Jepun ini akhirnya membuka cawangannya di Kuala Lumpur dengan sambutan luar biasa.

7 comments:

wahyun said...

bju & sluar uniqlo mmg unique dan best. jenama ini mnjadi buruan jika ke butik bundle.

Syamsulfaiz said...

Tak pernah dengar pun jenama UniqLo ni..nampak sgt aku tak ter'now' dlm fesyen.

Anonymous said...

2 helai tshirt uniqlo yg aku kasi kat adik2 aku tu diorang suka..aku rasa kemeja yg aku hadiahkan kat bapak aku tu mungkin design ter'now'& muda belia.

Real En AR said...

tapi Uniqlo mmg cooool, hip & trendy!

haji kareem woodlands said...

mngkin dubai juga prlukan fesyen terNOW dan terHIP drpd uniqlo

Faizal Hussein said...

Uniqlo? tak glam langsung.
jenama Zero One dan Cantona 7 adalah paling cool untuk bebudak pailang Kajang!

GombakRock said...

poyo ar NS!!
apa susah nak barang uniqlo..kat bundle2 sekitar gombak byk je..haha