Tuesday, December 06, 2011

Baca Puisi Riong




Dewangga Sakti membuat persembahan di Baca Puisi Riong anjuran Berita Harian-Institut Terjemahan Negara Malaysia-Pena-IB di Laman Beringin,Istana Budaya Sabtu lepas.

Persembahan ramai pemuisi,penyair tanahair yang dikagumi seperti AGI, Dr Mohamed Saleeh Raamad,Rahimidin Zahari,Dr Zurinah,Rhaman Shaari,Zaen Kasturi ,Dr Ramzah dan lain-lain lagi.

Sementara itu,Taheera Rosheena juga beraksi menyanyikan lagu Rindu Ibu dan Khazanah yang puisinya karya A Samad Said. Majlis juga diserikan persembahan Black Mentor dan Nora.

Istimewanya pelajar Jurusan Pengajian Melayu dari Korea serta Jepun juga mendeklamasikan sajak di dalam Bahasa Melayu. Pengacara majlis Ahmad Fedtri Yahya.

2 comments:

Syamsulfaiz said...

Tersangatlah rugi rasanya tidak dapat berjumpa semua orang kampung selama masa aku di KL...

lagu melayu said...

Kami di Indonesia juga menantikan acara- acara sebegini diadakan.