Monday, June 25, 2007

Mabok Soya di Fete de la Musique



Persembahan Dewangga Sakti bermula lambat kerana terdapat perubahan masa kepada kumpulan yang mengambil bahagian. Ini adalah penampilan kedua kami di Fete de la Musique.Kali pertama adalah pada tahun lepas.
Semalam Dewangga Sakti hanya bermain secara instrumental kerana penyanyi utama, Mohsen tidak dapat hadir kerana urusan pertahanan negara di Pulau Kapas. Kami amat terganggu kerana tukang karut utama itu tidak dapat hadir untuk memeriahkan suasana kerana celoteh dan guraunya ketika membuat persembahan dapat menceriakan penonton dan anggota kumpulan.
Pada tahun ini,lebih 50 buah kumpulan pelbagai genre muzik mengambil bahagian.
Sebelum persembahan bermula, saudara Iskandar aka drbubbles (http://drbubbles.blogspot.com) bersama teman-temannya datang untuk memberikan sokongan. Terima kasih kami ucapkan.
Pemain bass, saudara Syamsul telah menimbulkan kekalutan di kalangan anggota kumpulan kerana beliau hanya tiba pada jam 8 malam. Nasib baik,persembahan bermula dua puluh minit selepas itu. Tidak pasti adakah kelewatan beliau itu kerana memberi makan kucing dan panda peliharaan beliau di Klang Gate. Yang pastinya, anggota kumpulan sebulat suara akan memotong elaun makanan (kucing) beliau pada bulan ini.
Kami memulakan persembahan dengan sebuah lagu yang dipetik daripada album kami (yang belum siap lagi!) iaitu Mabok Kepayang (bukan mabok todi ya!). Lagu kedua juga lagu ciptaan kami iaitu Selembar Kaseh.
Lagu ketiga kami dedikasikan kepada penyanyi Taiwan, Theresa Teng dengan lagu beliau Tian Mi Mi. Lagu ini lebih dikenali sebagai Dayung Sampan di Indonesia dan Malaysia. Lagu ini mengingatkan kami pengalaman memainkan lagu ini ketika berada di Chengdu, China baru-baru ini. Walaupun Theresa Teng artis kelahiran Taiwan tetapi nama beliau cukup gah di Tanah Besar China dan mendapat penghormatan sewajarnya daripada penggemar muzik di sana. CD/DVD beliau dijual merata-rata. Ironinya,beliau diharamkan membuat persembahan di China ketika beliau masih hidup.
Selepas lagu ketiga ,Pengarah Alliance Francaise, Jean Solito datang ke pentas dan menyerahkan sekeping kertas kepada pemain perkusi, Azmi. Kami ingatkan ada cabutan bertuah. Rupa-rupanya senarai nombor kereta yang menghalang kereta-kereta lain untuk keluar. Double parking!
Tiba-tiba pemain bass, Syamsul meletakkan bass beliau.
“Itu nombor kereta aku!”,kata Syamsul. Muka beliau kelihatan pucat. (Sudah la lambat,menyusahkan orang pula.ha ha)
Pemain gitar, Irwan memujuk Syamsul supaya menghabiskan persembahan dahulu kerana hanya ada dua buah lagu sahaja lagi.
Syamsul akur dan kami memainkan lagu ceria kami iaitu lagu yang didedikasikan kepada rakyat Malaysia yang suka mencipta rekod seperti donat terpanjang, kek terpanjang dan segala macam yang membolehkan rekod dicipta (dengan harapan rakyat Malaysia boleh duduk sama rendah terbang sama tinggi bersama rakyat negara lain.ha ha). Tajuk lagu ciptaan terbaru itu adalah Belayar ke Pulau Jauh (Untuk mencipta Rekod Dunia) dan terdapat nyanyian beramai-ramai di penghujung lagu ini yang membayangkan keseronokan dan keajaiban kerana dapat mencipta rekod. (Untuk pengetahuan, terdapat satu lagi lagu yang amat ceria iaitu Malaysia Kita-sebuah lagu patriotik /political kununnya yang dicipta lewat kerinduan kepada tanahair ketika berada di Taipei September tahun lalu)
Kami mengakhiri persembahan dengan sebuah lagu joget iaitu Joget Johor Sport Club (apa punya tajuk da…Bukankan Joget Kelab Sukan Johor lebih menarik?). Ketika hendak memulakan persembahan, Azmi nampaknya terpinga-pinga kerana beliau memainkan rentak canggung,bukan joget! Ha ha! Setelah mendapat suntikan semangat daripada Syamsul,beliau dapat memfokuskan diri selari dengan amalan meditasi Bukit Saguntang.
Nampaknya kami perlu menghabiskan rakaman secepat mungkin kerana terdapat beberapa penonton yang bertanyakan album kami, antaranya adalah seorang wanita berbangsa India yang mengatakan kami bermain muzik yang kedengaran amat kemalaysiaan .(terima kasih di atas komen yang membakar semangat kami untuk berusaha meneroka ruang-ruang baru muzik Melayu dan juga Malaysia)
Sekian,jumpa lagi pada tahun hadapan.
Nota: Terima kasih kepada Mya untuk gambar-gambar entri ini

5 comments:

Mya said...

oooo itu ler pasal u all lambat start show. nampak kekabut skit tapi tak pa. all in the name of fun... wish that u could fulfil the audience's request for one more song since start lambat kan...

dewangga sakti said...

Mya,terima kasih kerana datang.Harap terhibor dengan persembahan daripada kami.
Sebenarnya kami nak main lagi bila ada permintaan tu,tapi bila difikirkan nanti mengganggu jadual persembahan seterusnya.
InsyaAllah,jika ada kesempatan kami akan membuat persembahan yang lebih lengkap dan teratur.
Mungkin sebuah persembahan daripada kami sahaja yang menampilkan 10 lagu atau lebih.

Mya said...

mmg tersangatlah teruja saya dengan persembahan kalian. sesungguhnya saya akan menunggu show tuan yang seterusnya. BTW cam na nak hantar gambar2 yang diambil semalam??

dewangga sakti said...

Terima kasih Mya,
Boleh hantar ke email ini dewanggasakti@yahoo.com
Untuk show yang akan datang,kami akan mewar-warkannya di sini.
Mungkin selepas ini kami akan cuba membuat newletter.Selepas album keluar,kami akan mengeluarkan merchandise seperti tshirt,sticker dsbnya

drbubbles said...

zul,

we all baru nak 'panas' bila dengar johor sports club.potong stim betul! hehehe