Malam tadi kami dijemput untuk membuat persembahan di dewan CAC,UIAM. Program ini dengan nama Annual Vision Award khas untuk menghargai penglibatan aktif penghuni-penghuni kolej kediaman(mahallah) Ali dan Asiah di dalam aktiviti di kampus. Kombinasi kolej pelajar lelaki dan wanita.
Kami sukar untuk menolak undangan daripada UIA. Sebabnya lima daripada tujuh anggota Dewangga Sakti merupakan graduan universiti ini. Tambah menarik lagi,tiga daripada mereka pernah menginap di mahallah ini (Ali) semasa menuntut dahulu.
Membuat persembahan di UIA ibarat menjejak kembali jalan yang kami lalui dahulu sebagai pelajar dan ketika menubuhkan kumpulan ini pada tahun 2000. Pada masa itu semuanya sukar dan tidak ada kelonggaran pihak pentadbiran seperti sekarang. Banyak aktiviti dibuat secara gerila dan perang banyak berlaku dengan pentadbir / pelajar yang melihat muzik dan instrumen bertali sebagai sesuatu yang haram dan perlu dikafankan kewujudannya. Pada waktu itu,ramai pelajar yang dirampas gitar mereka. Hanya nasyid sahaja yang diiktiraf sebagai halal dan perlu dipertahankan.Muzik lain adalah dilarang meski pun mesejnya kadang kala melampaui apa yang ditawarkan oleh genre nasyid.
Itu tidak mematahkan usaha mereka. Malah menjadikan mereka lebih kebal dan cekal memperjuangkan minat mereka. Ada di antara mereka bermain muzik di luar kampus dan mendapat undangan serata pelusuk Semenanjung. Muzik yang mereka mainkan juga amat berat dan melanggar norma muzik semasa. (ha ha)
Zaman sudah berubah. Semalam pertama kali kami menyaksikan kumpulan zapin UIAM yang bergelar Nafastari. Mereka berbakat dan boleh pergi jauh jika mereka meneruskan usaha mereka tanpa jemu.
Persembahan malam tadi juga menyaksikan anggota baru,Irwan mengambil alih posisi gitar yang sebelum ini dimainkan oleh Yaser.
Gambar -(1) tujuh ulat sutera Dewangga Sakti , (2)bersama kumpulan zapin UIAM
8 comments:
Korg mmg tak menghampakan! semua org puas hati..jadi aku puas hati. Sebenarnya bukan senang nk bawa korg masuk UIA. Masih ada yg kurang senang dgn apa yg kita perjuangkan. Tapi aku redah jek sbb aku tau kita tak salah.. Ustaz Fauzi pun ok. So keep it up k!
Terima kasih byk2 sbb dtg.. kitorg rasa kerdil sgt sbb satu kumpulan besar sudi join program kitorg yg tak seberapa ni. thnx!
wei.. aku tak puas hati!! aku pun nak dengar gak. Kasi laa mp3 ke apa ke yg aku bleh dengar. Geram betul la... Along kata suruh tengok kat website ni, puas aku godek2... tak jumpa pun? Kat myspace tu pun sama gak, lama giler loading...
Nizam,
team zapin pun bagus.Teruskan berjuang.Robohkan tembok-tembok tu semua!ha ha! Jangan lupa menjemput kami lagi untuk ke sana.Dewangga Sakti dan Gombak tidak dapat dipisahkan.ha ha
Apogee,
Aku pun bosan dengan myspace tu,nak loading lagu sikit punya lama.Senang cerita jumpa je Along beruang tu minta dengar dekat kereta malah dia!he he
Zul
Salam persahabatan
Ini sangat menarik! Mungkin sy boleh promosi sekali kumpulan sdr dlm buku sambungannya yang kedua dan ketiga. Novel ini secara trilogi ...
Salam saudara Serunai Faqir,
Tahniah di atas kelahiran dua buah buku yang bakal terbit.
Terima kasih kerana berkunjung ke blog kami.
Senang-senang kita boleh bertemu di Wangsa Maju atau Gombak.
Insyallah kita bertemu jika dilapangkan masa. Ya, saya ada Myspace kumpulan gendang silat gemala kasturi. :)
Mmm saya sudah jai pengurus muzika pertemukan blog dengan blog hahahah!
Tuan SF, ada kenduri kesyukuran tak hehehe.
Hehehe bolehlah promosikan karya novel ini sesuai dgn ceritanya fantasi melayu purba - kena dgn konsep muzika sdr ni. Karya ini berbentuk trilogi. Nanti saya promo pula kumpulan sdr dalam buku saya yang seterusnya ... apa macam? :)
Post a Comment