Thursday, May 31, 2007

Dalam kenangan



Imbas kembali ke tahun 2004.

Hari itu hari Sabtu di bilik latihan. Kelas aku hanya seminggu sekali (kelas separuh masa) dan memakan masa 40 minit. Kelas pula secara individu berdepan dengan insan seni yang amat merendah diri.Seorang tokoh muzik tradisional yang sehingga ke akhir hayat memperjuangkan muzik tradisinya dan meletakkan kepuasan di tangga pertama. Beliau amat gigih mendidik anak bangsa yang ingin belajar.

" Lagu apa kamu belajar minggu lepas?",tanya beliau dengan bersahaja.Aku pula yang gementar sebenarnya.

"Lagu Tiga Dara",jawab aku dengan pantas dan penuh yakin.

"Mana satu dara lagi? Kau dah kebas?",balas beliau sambil tersenyum.

Aku tersengih.

Silap!Lagu itu bertajuk Empat Dara,bukannya Tiga Dara seperti yang aku katakan. Disebabkan gementar,tajuk lagu pun boleh salah.

Itulah Fadzil Ahmad,insan seni yang digelar raja gambus Malaysia kerana kemahirannya memainkan instrumen itu sejak penghujung 50an. Dia serba boleh kerana selain mencipta lagu dan senikata,dia juga boleh menyanyi dengan begitu baik dan suaranya amat menyentuh perasaan. Pertama kali dia menelefon aku memberitahu tentang kelas pertama dan perihal pembelian gambus pada tahun 2003,suaranya begitu mendamaikan.

Al Fatihah.Sudah setahun beliau meninggalkan dunia yang fana. Masih banyak yang tidak dirungkai kerana tidak ada satu bahan dokumen(buku) yang diterbitkan untuk menyingkap sejarah perjalanan seni beliau yang berusia melebihi empat dekad. Pernah terdengar ASWARA bercadang menerbitkan buku tentang beliau tetapi sehingga kini masih belum direalisasikan.


Empat Dara

Empat Dara Duduk Di Tepi Sungai/Duduk Menjerat Si Ketamlah Batu( 2X )/Manis Rupa Hai Elok Perangai/Sukar Dipilih Yang Manalah Satu( 2X )/Empat Dara Berpakaian Sedondon/Berbaju Putih Berkainlah Biru( 2X )/Pandai Mengarang Seloka Dan Pantun/Hitam Manis Hai PandanglahTak Jemu ( 2X )/( ramai-ramai )Empat Dara Duduk Di Tepi Sungai/Duduk Menjerat Si Ketamlah Batu( 2X )/Manis Rupa Hai Elok Perangai/Sukar Dipilih Yang Manalah Satu( 2X )/Empat Dara Hai Denganlah Lagaknya/Bersiar-siar Sekeliling Kota( 2X )/Sekali Pandang Senyuman Manisnya/Tak Mungkin Lupa Sepanjanglah Masa( 2X )/
Nota gambar: (1)Fadzil Ahmad bersama Zulkifli, (2)Fadzil Ahmad bersama Amir Zainorin (anak kepada penyanyi ghazal Zainorin Mohd Dom-lagu Ala emak kahwinkan aku) dan isteri Amir,Pia

2 comments:

ez said...

Salam kenal,
Di antara keindahan lagu-lagu lama ialah liriknya. Ringkas, padat dan terselit mesej yang baik. Itulah kelebihan sentuhan orang dulu-dulu.

Dewangga Sakti said...

Terima kasih Ez kerana berkunjung ke sini.
Memang benar pendapat saudara kerana setelah diteliti dan direnung-renung betapa tajamnya pemikiran orang dahulukala ketika melagukan idea mereka.