Ramai pemuzik tradisional telah dihasilkan oleh institusi seperti ASK(kini dikenali sebagai ASWARA) contohnya. Mereka ini telah menjadi pemuzik selepas menamatkan pengajian dan ada juga yang menjadi tenaga pengajar di institusi lain. Kemahiran mereka tidak diragui memang hebat. Pemuzik tradisional juga boleh sahaja muncul bukan daripada institusi rasmi seperti ini, tetapi daripada badan-badan kebudayaan negeri atau pun individu yang mempunyai inisiatif belajar sendiri dengan guru sama ada di kampung atau di bandar.
Soalannya: Adakah mereka ini menghasilkan muzik mereka sendiri?
Maksudnya selain membuat persembahan lagu-lagu malar segar tradisional yang telah dikenali ramai, mereka menghasilkan gubahan serta ciptaan baru kepada pelbagai rentak muzik tradisional kita?
Kita tidak kekurangan daripada segi bakat kerana pemuzik-pemuzik ini terlatih dan diajar banyak ilmu muzik. Cuma mereka tidak memaksa daya imaginasi mereka untuk mencipta sesuatu yang baru dan melangkaui batas muzik tradisional yang telah berjaya seperti Suhaimi Mohd Zain atau Pak Ngah yang telah mencipta trend dan trademark tersendiri di dalam penciptaan lagu sebegini.
Apa yang kita perlu sekarang adalah muzik daripada generasi muda yang dapat membuat anjakan baru kepada label muzik tradisional dengan sentuhan kontemporari yang segar. Adalah amat menyedihkan untuk melihat hanya album-album lama tradisional di dalam pasaran yang dijual di kedai muzik.
Lebih malang lagi album-album ini sentiasa laris dijual tetapi kontrak album dahulu ada yang ditandatangani dengan tidak mengira royalti dan dijual secara 'lump sum'.Sebagai contohnya album daripada Fadzil Ahmad,Sri Maharani Ghazal dll. Album ini terus terjual sehingga hari ini dan sentiasa ada permintaan.
4 comments:
Zul,
Kebetulan saya sedang menikmati lagu 12 Girls Band di youtube.
http://www.youtube.com/watch?v=fxoAl72qDhI
Kumpulan yang saya minati, kerana bakat mereka, rupa dan harmoni dalam memainkan muzik tradisional cina dalam irama moden dan segar.
Saya harap graduan ASWARA dapat mencontohi mereka dalam memasarkan muzik tradisional Melayu.
JR,
12 girls satu fenomena kerana dapat membuat anjakan baru kepada muzik tradisional mereka.Dengan bakat dan pakej menarik pasti dapat menambat hati peminat tidak kira bangsa.
Saya pun harap pemuzik tradisional yang keluar daripada ASWARA dapat melakukan sesuatu dan dapat membuat satu revolusi baru kepada muzik tradisional Melayu ke persada dunia.
Sekarang kalau tengok pelapis muzik sebegini,pastinya datang daripada pelajar dan graduan ASWARA yang banyak terlibat dengan pementasan di sekitar Lembah Kelang.
Harapan kita agar mereka dapat bereksperimen tanpa meminggirkan unsur-unsur tradisional itu sendiri.Dalam proses ini,kita dapat melihat contoh MOHRAM yang terdiri daripada Mohar(seruling) dan Ramli(rebana) yang berjaya memberikan interpretasi baru kepada muzik Melayu.
Sayangnya penerimaan kepada muzik sebegini masih tidak meluas.
Saya setuju!
Yang ada cuma sekarang ini adalah
-REMIXING/REMASTERED recording
-Recompilation
-Rerecording(Rakam semula lagu-lagu lama)
Di mana ya produk segar dan baru ya?
En Ahmad,
Saya menyokong penuh pendapat saudara.
Kita tidak kekeringan bakat.
Pendapat saya kita sering gagal berekspresi dengan lebih kreatif dan tidak memanfaatkan segala sumber muzik yang kaya di tanahair kita.
Mungkin kita boleh melihat contoh Muzik India (di India) yang dikembangkan ke tahap yang tinggi dan kecenderungan pemuzik/artis barat yang bereksperimen dengan muzik mereka,sebagai contoh John McLaughlin dengan Shakti & Remember Shakti,Prem Joshua,dan bagaimana pemain sitar,Ravi Shankar berjaya memperkenalkan muzik dan kebudayaan India ke serata dunia.
Kita tunggu nanti bila muzik zapin dimasukkan ke dalam muzik pop artis barat.Pasti ketika itu kita sudah tertinggal.ha ha
Post a Comment