Salah satu daripada perkara yang menjadi obsesi kami kalau ke luar negara adalah kedai menjual peralatan muzik. Ketika di Sapporo,Jepun kami sempat singgah ke kedai empat tingkat yang menjual banyak instrumen muzik dengan harga yang murah jika dibandingakn apa yang dijual di Malaysia. Buatan Jepun mestilah dijual dengan harga yang murah di negara sendiri (Tapi kenapa ada barangan buatan Malaysia tercinta dijual dengan harga mahal di negara sendiri?)
Bila Abg Khalid memberitahu bahawa dia pergi ke kedai muzik yang menjual banyak peralatan muzik pada hari kedua kami di Chengdu,kami amat tertarik dan hanya membayangkan sebuah kedai besar yang menjual peralatan muzik. Ternyata sangkaan kami meleset.Bila kami tiba ke tempat yang dinyatakan pada hari ketiga ternyata ia melebihi imajinasi kami.Terdapat puluhan kedai (mungkin menghampiri seratus kedai) di dalam deretan bangunan yang boleh membuatkan pembeli rambang mata kerana terdapat terlalu banyak pilihan di dalam satu tempat yang esklusif.
Bukan sahaja instrumen moden seperti gitar,dram,keyboard dll.Banyak kedai yang memfokuskan instrumen tradisional cina seperti erhu,seruling (dizhi),pipa,guzheng,gendang cina dan pelbagai instrumen lain yang menarik perhatian. Harganya boleh tahan.Satu seruling yang bagus kami beli hanya berharga 40yuan(RM18) -jika di KL harganya RM100 dan ke atas. Terdapat kedai yang menjual CD pembelajaran muzik, buku nota, buku klasikal, kostum persembahan dll.Kiranya tempat ini merupakan 'one-stop centre' untuk pemuzik.
Kalau itu sudah menggembirakan,ada satu lagi yang membuatkan kami terkejut. Di depan kawasan ini adalah institusi muzik paling unggul di wilayah Sichuan iaitu Sichuan Conservatory of Music yang didirikan pada tahun 1939. Faktor institusi ini dikelilingi oleh deretan kedai muzik menjadikan tempat ini ideal kepada pensyarah,pelajar dan pemuzik di bandaraya ini. Bagaimana negara komunis seperti ini yang sering dimomokkan dengan banyak elemen tidak menyenangkan dapat merancang perkara seperti ini? Sungguh teratur dan banyak memberi manfaat kepada masyarakat.
Kalau dalam konteks Malaysia,bayangkan puluhan kedai muzik mengelilingi Akademi Seni Budaya dan Warisan(ASWARA) (yang kami lebih gemar memanggilnya ASK -Akademi Seni Kebangsaan).
Negara komunis boleh! Malaysia pasti boleh! ha ha
2 comments:
Wow! Bestnya kalau dapat pergi tengok kedai-kedai itu. Terpaut dengan keindahan irama erhu yang berhantu...
Ada beli CD atau VCD muzik China?
JR,
Ada beli CD erhu (double CD),Theresa Teng(double CD),dan beberapa lagi termasuk CD/DVD epik tentang tamadun Jinsha.Kita pun tak ada CD lagu tentang tamadun Melaka yang boleh kita hayati dan perkenalkan.
Sini CD/DVD cetakan tempatan amat murah.Kalau JR datang,mesti borong punya.CD Erhu tu RM6 sahaja kalau tukar duit RM.
Saya pun memang gila dengan bunyi erhu ni.Rasa nak beli je erhu hari tu.Kalau tak fikir ada nak buat benda lain memang sudah beli.
Post a Comment