Monday, May 14, 2007

Bersama panda di Chengdu











Satu kenangan indah-melawat tempat penyelidikan dan pembiakan panda di utara Chengdu.

-Chengdu Research Base of Giant Panda Breeding

Salah satu daripada impian kami ketika berpeluang ke Chengdu adalah melawat zoo panda. Setelah seminggu membuat persembahan,kami diberi cuti selama satu hari. Seorang pemandu pelancong akan bersama kami.Nah! Ini satu berita yang menggembirakan! Coco Wong, yang ditugaskan amat fasih berbahasa Inggeris dan berpengetahuan luas mengenai sejarah Chengdu dan China. Sepanjang perjalanan di dalam van ,beliau tidak putus-putus bercerita.
Zoo panda ini terletak di utara Chengdu. Perjalanan mengambil masa selama 20 minit. Zoo ini merupakan tempat pembiakan dan penyelidikan utama di China (dan juga dunia) yang membuat kajian tentang panda dan habitatnya. Menurut Coco,panda ini sejenis binatang yang cerewet dan amat sukar menjaganya. Makanan panda adalah buluh - rebung dan daun. Di negara China terdapat lebih seratus jenis pokok buluh tetapi panda hanya memakan enam jenis sahaja. Sebab itu kerajaan menggalakkan rakyatnya menanam pokok buluh yang memang banyak kegunaannya seperti membuat rumah, alat muzik dan bermacam-macam lagi.
Pada zaman dinasti, panda dibela oleh golongan diraja sebagai binatang peliharaan kerana bentuk fizikalnya yang comel. Sekarang,kerajaan China menghadiahkan panda kepada negara-negara luar sebagai lambang persahabatan. Memandangkan penjagaan dan pemakannya yang rumit,pusat ini diwujudkan untuk membuat kajian lanjut dan memelihara panda daripada pupus.
Selain panda yang biasa kita lihat di kaca tv,kami juga dapat melihat panda merah yang rupanya seakan-akan musang. Memasuki pusat tersebut seakan-akan memasuki satu dunia buluh kerana di kiri kanan jalan dipenuhi dengan pokok buluh pelbagai jenis.Panda ketika dilahirkan ada yang sebesar tidak lebih daripada tapak tangan.
Kami juga dibawa ke muzium panda yang memuatkan banyak informasi menarik tentang panda. Terdapat kedai yang menjual cenderamata dan ada juga tayangan DVD tentang panda di situ.
Selepas sejam kami beredar untuk ke tempat bersejarah yang lain iaitu sebuah kuil lama berusia seribu tahun di Wenshu, Prime Minister's Shrine(semasa zaman Kerajaan Shu) di Jinli dan sebuah masjid di tengah-tengah bandaraya yang berusia hampir 400 tahun.

5 comments:

Anonymous said...

salam sejahtera buat semua anggota dewangga sakti. semoga berjaya meluncurkan album sulung kalian. Insya-ALLAH.

secara peribadi, saya memang gemar lagu-lagu/muzik yang memiliki aura etnik Melayu.

jangan lupa beri khabar apabila album yang sedang dalam pembikinan itu sudah dipasarkan, ya...

Dewangga Sakti said...

Terima kasih bro Haron

dhuat79 said...

indahnya kembara :) ada ym tak? nak bertukar fikiran berkenaaan musik. add me dhuat79@yahoo.co.uk

Dewangga Sakti said...

En Ahmad,
Tak ada ym. Mohsen ada.Nanti saya tanya dia

stenote said...

Panda di Chengdu memang lucu-lucu..Tahukah anda warna buntut Panda ?
Dapatkan jawabannya di artikel Panda Gemuk Besar di Chengdu di http://stenote-berkata.blogspot.hk/2017/11/panda-gemuk-besar-di-chengdu.html

Lihat juga video di Youtube: Djy2N4Zn4lE