Ketika dua orang anak muda pertengahan 20an dan awal 20an menubuhkan kumpulan ini, tiada nama diberikan. Cuma konsep sahaja muncul. Konsep awalnya pada tahun 2000 ketika dua anak muda ini, Mohsen dan Zul berbincang adalah untuk bereksperimen dengan muzik gamelan di universiti. Memandangkan Mohsen merupakan pemain gendang kumpulan gamelan universiti, ruang untuk bereksperimen muncul dan beberapa ahli dikumpulkan.
Menurut pelan awal dan ideologi kumpulan, gamelan mesti menjadi teras dan instrument lain seperti gitar ,dram hanya menjadi perantaraan atau tempelan kepada muzik mereka. Menurut manifesto awal kumpulan tidak bernama ini yang bertempat di Mahallah Ali,(kolej kediaman mereka), mereka berhasrat ingin lari dari norma muzik semasa. Ketika itu alat muzik bertali masih diharamkan permainannya di kampus dan risiko untuk dirampas adalah tinggi.
Alangkah berbezanya muzik mereka ketika ini dengan penggunaan gambus,violin dan instrument lain (tiada gamelan lagi). Setelah menamatkan pengajian (ada yang tamat pada tahun 2000,2002 dan 2003), mereka tidak berekperimen dengan gamelan lagi kerana keterbatasan untuk menggunakan instrument berhantu itu dan ketidakfahaman pihak tertentu untuk melihat projek ini berkembang. Kali terakhir mereka bereksperimen dengan instrument ini adalah pada Januari 2004 setelah dijemput untuk membuat kolaborasi dengan pasukan gamelan universiti. Setelah itu, atas alasan tidak munasabah projek itu dihentikan. Lagipun ,mereka bukannya bayar yuran universiti!
Bercerita tentang nama, pada bulan Januari 2001,satu nama pelik telah diberikan kepada kumpulan ini. Namanya Kumpulan Kesenian Kulit Kambing dan Kerbau. Sekarang baru disedari akronimnya adalah KKKKK. Nasib baik bukan KKK! Sebulan selepas itu,mereka menamakannya sebagai Dewangga untuk persembahan pertama anjuran sendiri di tapak parking kereta CELPAD.Tempat ini mereka namakan ‘Sound Garden’. Banyak kejadian aneh berlaku ketika itu. Saron baron dan pekin kelihatan terbang ketika latihan. Kemudian,ulat sutera telah keluar daripada tangan Mohsen dan Zul ketika membuat persembahan. Beberapa penonton telah pengsan kerana merasa panas dengan persembahan mereka.
Nama itu berubah lagi pada bulan Mei 2001 ketika persembahan kedua mereka di tempat yang sama. Dewangga telah menjadi Dewangga Sakti dan dengan nama ini mereka menyertai beberapa pertandingan anjuran Majlis Kebudayaan Universiti Malaysia(MAKUM) di Memorial Tunku Abdul Rahman dan UPM. Niat mereka ketika menyertai pertandingan hanyalah untuk memporak perandakan majlis kerana menyedari kemahiran mereka yang terbatas. Ketika di UPM, mereka ditemubual oleh sebuah stesen televisyen yang agaknya keliru dengan kehadiran sebuah kumpulan daripada sebuah universiti yang terkenal hanya dengan muzik nasyid dan seangkatan dengannnya. (sebenarnya mereka tidak tahu universiti ini mempunyai pengganas yang memainkan muzik diharamkan di tivi seperti death metal,punk,hardcore dan muzik indie yang lain dengan membuat persembahan di gig seluruh pelusuk Semenanjung dan anggota kumpulan ini pun terlibat dengan kumpulan-kumpulan tersebut)

Dengan nama ini,maka bermulalah serangan ulat sutera.
Sudah tujuh tahun berlalu dan pendekatan mereka sudah berbeza. Selama tujuh tahun juga, hampir dua puluh orang telah datang dan pergi daripada kumpulan ini. Di atas ikrar yang dilafazkan, misi mesti diteruskan!
Hidup Gombak dan jajahan takluk Kesultanan ghaibnya!

7 comments:
hahaha zul...funnylah this posting..eh aiyub ada reply emel. dah cc kat hang dah.
Is aka drbubbles,
ha ha ha.Posting ini telah disulami elemen fiksyen.ha ha.
Salam Perjuangan
Itu baju saya kasik bikin sama 1 kak tu daaa ... dia duduk kg desa mokmin, gombak. tapi itu kampung sudah takde daa - dah kena langgar dengan tanduk MPS daaa ... hehehhe
Salam Gemala Kasturi,
Apa itu rumah setinggan kah?
owh.. itu macam ka?.. panjang jugak kisah asal usulnya.. btw, thanks for da info... keep on rockin dude!
Apogee,
Begitulah asal usulnya. Gambar mamat dengan enam ekor panda jelmaan itu tiada kena mengena dengan kisah ini.Hanya sebagai penyeri acara.
Lagi pun mamat tu kaya sekarang. Duit berjuta,mobil berpuluh-puluh.
Owh kaya ye?.. nanti aku pow dia... wakakakaka!
Post a Comment