Sejak awal kami tidak menaruh harapan yang tinggi kepada program ini. Sekadar membuat persembahan dan mencari khalayak baru (mungkin...).
Kami tiba ke tempat kejadian lebih kurang jam 10 pagi(ada yang lebih awal seperti Mohsen yang memasang sistem bunyi). Persembahan yang pada awalnya dijadualkan pada jam 12-12.15 tengahari diubah ke jam 11 pagi. Rupa-rupanya jam 12 tengahari juga barulah persembahan kami bermula. Ia bermula dengan satu bencana...
Nun di pentas utama berdentum bunyi pembesar suara membuat ujian bunyi.Kemudian mereka membuat raptai persembahan dengan berlatarbelakangkan lagu Krakatao,sebuah kumpulan jazz Indonesia yang menggabungkan permainan gamelan ke dalam muzik mereka. (Adakah lagu ini menerangkan tentang persembahan mereka?tanyalah panda!)
Di masa yang sama di tepi khemah(canopy) tempat kami akan mengadakan persembahan terdapat beberapa lagi sistem bunyi yang beroperasi di khemah-khemah yang lain yang berdekatan tidak melebihi 20 kaki atau lebih dekat.
Cuba bayangkan begini.Anda masuk ke satu tempat dan mendengar lagu tradisional,hip hop, moden,dangdut dsbnya di dalam satu masa yang sama daripada pelbagai sumber bunyi yang berbeza.
Kesudahannya kami cuba juga bermain dengan gangguan bunyi daripada segenap segi yang membingitkan terutamanya daripada pentas utama.Selepas tiga atau empat lagu,kami berhenti dengan penuh kesedihan sebagai rakyat Malaysia berdaulat.
Sepatutnya persembahan dibuat susunan yang teratur supaya tidak kucar kacir.Katakan jam 11-11.30 pagi di khemah nombor satu,semua sistem bunyi yang lain hendaklah ditutup untuk mengelakkan percanggahan bunyi.Jadi,khalayak boleh lah menyaksikan persembahan yang diadakan contohnya seni beladiri,tarian,dll.
Program ini adalah program Karnival Rakan Muda peringkat Wilayah Persekutuan.
Apakah ini yang dapat diberikan oleh pihak berwajib untuk mengangkat martabat golongan muda supaya lebih berwawasan?
Nota: Oh ya! Pemain rebana kami tidak dapat bersama untuk program ini. Kami amat berbesar hati diserikan oleh permainan perkusi daripada teman kami dari UIAM, Wahyun!
2 comments:
memang bagai nak gila...jual obat2 di pasar malam pun tak se'catcha' camni..."rakan muda-konklusinya; yakin (aje) boleh"...buat me,bazir duit ra'ayat yang bertanggungjawab membayar cukai tiap2 tahun jek...(yang tak bayar cukai jangan marah haaa...)
He he.Begitulah adanya.
Jual obat lagi seronok daripada bermain muzik di situ.Kelakuan dan tindakan sebegini merendahkan martabat kita sebagai manusia bertamadun yang hidup di negara yang makmur dan maju seperti ini.
Kesimpulannya...Marilah kita mencipta rekod dunia. he he
Post a Comment