Dewangga Sakti sudah memulakan proses rakaman untuk EP mereka yang bakal dinamakan 'Mabok Kepayang' dan akan mengandungi empat buah lagu.EP ini akan diikuti oleh sebuah album penuh pada tahun hadapan.
Rakaman sudah dimulakan di studio PurpleSound milik saudara Ariff Akhir yang juga aktif sebagai singer/songwriter di dalam sirkit muzik indie sekitar ibu kota. Di antara album yang pernah dirakam di studio beliau adalah album penyanyi folk teman baik kami,Meor (Yang terlintas di fikiran), Sohaimi Mior Hassan (album baru -comeback!akan keluar bulan ini) dan banyak lagi lagu artis lain yang tidak popular di arus perdana tetapi mempunyai stail dan citarasa tinggi melebihi ketinggian KLCC.
Lagu yang telah dirakamkan setakat ini adalah Selembar Kaseh dan Belayar ke Pulau Jauh. Lagu ini hanya di peringkat asas dan banyak aspek lagi perlu diambil kira sebelum melalui adunan akhir untuk melepasi kriteria yang ditetapkan pihak kesultanan. Lagu Mabok Kepayang tidak akan dimasukkan ke dalam EP ini.Sebab musababnya akan diberitahu di dalam entri menjelang Merdeka nanti. Hanya semangatnya akan mewarnai keseluruhan penerbitan EP ini.
Dengan ini,semua rakaman pada tahun lepas dilupuskan penerbitannya dan diisytiharkan sebagai unreleased materials (demo).Antara lagu yang dirakam pada tahun lepas adalah Mabok Kepayang, Selembar Kaseh,Kembali Mencari dan lagu klasik Zapin Yaladan. Selain itu terdapat versi demo lagu Malaysia Tanahairku, Sungai Pusu (Suara dari hutan).Mungkin akan dikeluarkan sebagai edisi terhad untuk teman-teman terdekat.
Terkini: EP ini kemungkinan besar akan bertukar kepada LP! Album penuh--kerana kami sudah bosan menunggu! he he
6 comments:
sekadar hendak berkongsi pengalaman...betul ker nak rekod EP?adakah anda mahu mendaftar dengan MACP?kalau nak mendaftar dengan MACP..sekurang-kurangnya kene ada 5 buah lagu..pendapat saya baik di daftarkan dengan MACP,terjamin lagu-lagu kumpulan DEWANGGASAKTI ini..teruskan dengan memperjuangkan musik melayu..Salam
Ya.Saya ada terbaca juga syarat tersebut.Jika dicampur instrumental mungkin sampai 5 lagu juga.Pelik juga dengan syarat sebegini.Memang kami akan mendaftar dengan MACP.
Terima kasih atas saranan tersebut.
Tahniah. Moga sukses.
errr..boleh saya daftar jadi `teman-teman terdekat' tu... he he
En JR,
Boleh.Tiada masalah.Banyak juga lagu unreleased spt gambus solo,seruling yg ada dalam simpanan.he he
Ada berkunjung ke KL sebelum puasa ni?
nanti dah kuar bilang kat kitorang di sg pusu ni...teman2 terdekat? cambest jek...
Beringin rendang,
Siapakah anda? Adakah penjaga pohon beringin cerita bawang merah?
Walau jauh beribu batu,hati tetap di Sungai Pusu!
Bagi pihak majlis adat istiadat kesultanan Gombak
Post a Comment