Monday, September 24, 2007

Apek yang hebat di Amcorp


Oh! Hari yang indah di Amcorp Mall! Meskipun sistem bunyinya ala kadar tetapi keseronokan dapat dirasakan bila persembahan dihargai dan diiringi oleh seorang lelaki(apek) peniaga buah yang memberikan sepenuh sokongan kepada kami. Tanpa menghiraukan orang ramai yang berpusu-pusu masuk ke pusat membeli belah itu,beliau akan menari dan menyanyi di depan pentas.
Kami sudah merasakan sesuatu bila menjelang set kedua persembahan kami pada jam lima petang,beliau menghampiri kami dan meminta kami memainkan semula lagu nyanyian Theresa Teng- Tian Mi Mi (di sini dikenali sebagai Dayung Sampan).Beliau menghampiri kami dan berkata,"Ini lagu kalau main bukan Malaysia sahaja,tetapi satu dunia suka.Nanti nyanyi lagu ini!".Kami tahu beliau merujuk kepada lagu Tian Mi Mi kerana di set pertama beliaulah orang yang paling kuat memberikan tepukan.
Nah! Bila Mohsen melihat gelagat apek ini,microphone dihulurkan ketika kami memainkan lagu Tian Mi Mi.Apa lagi? Beliau menyanyi dengan sepenuh perasaan senikata berbahasa Mandarin sambil melaungkan Malaysia dan Malaysia boleh!Kemudian bendera Malaysia dihulurkan kepada Mohsen.
Keadaan menjadi tidak terkawal dan menceriakan pengunjung lain yang menyaksikan persembahan kami.Kami tidak dapat menahan daripada ketawa melihat gelagat beliau yang mencuit hati.
Selain lagu malar segar tradisional,kami juga memperkenalkan tiga buah lagu ciptaan kami sendiri. Ketika Mabok Kepayang dipersembahkan,kelihatan pelakon teater terkenal Jit Murad di tepi pentas.
Sebelum persembahan di set kedua kami sempat menjengah flea market di tingkat bawah kompleks tersebut.Selesai persembahan kami juga pergi menjenguk Kedai Buku BookXcess. Kebanyakan buku(baru-bukan secondhand) dijual dengan harga yang murah(di bawah harga pasaran) dan kami sempat membeli beberapa buah buku untuk persediaan berperang nanti.
Amcorp! Ah! Tunggu kami semula pada 4 dan 7 Oktober nanti.
Nota lain untuk rocky: ini cerita tentang 'perempuan lama' yang dituturkan penjaga kucing Klang Gate. Ketika latihan beliau ingin menerangkan tentang stail nyanyian artis wanita di tahun 50an."Nyanyi macam stail perempuan lama yang aku dengar dkt Klasik Nasional!"
-Terima kasih kpd Zaidi dan temannya,Iznan atas sokongan.Tiga ekor panda akan dihantar ke rumah anda sebagai tanda terima kasih kami.
-Oh ya! Persembahan di Maju Junction pada 19hb Sept berjalan dengan lancar.Cuma Syamsul tidak hadir kerana kucingnya terpaksa dihantar ke pakar haiwan

6 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum,
misi tarawih ku ke masjid jamek gagal kerna kesuntukan masa lalu aku n iznan lepak kt mapley sebelah kolam renang PJ sampai habis Buletin Utama. Last week utk aku jd temp bujang.. minggu depan gi KK ari rabu.. insha'allah aku amik gambar juadah dan scene pasar ramadhan sana!

jaga diri kamurang..

ZAiDi

Iskandar Syah Ismail aka DR Bubbles said...

zoy,

apakah apek itu akan menggugat kedudukan mohsen dalam dewangga sakti?hehehe...

Dewangga Sakti said...

Is,
Kedudukan akan tergugat jika apek itu datang latihan.he he
Mohsen cakap apek tu dari tahun lepas lagi cukup bersemangat.Dia kata dia ada CD gamelan dan daripada cara dia bercerita dia tahu lagu-lagu Melayu.
Ini macam baru betul.he he

Unknown said...

aiyaaaa...manyak syiok la tengok apek tu nyanyi...

Dewangga Sakti said...

En JR,
Diakui apek itu menghiburkan.Menurut Mohsen,dia ada minta kami main lagu Negaraku.
Nanti kami bersedialah bermain lagu Terang Bulan versi keroncong.he he

Iskandar Syah Ismail aka DR Bubbles said...

zoy, jgn ada elemen rap atau hip hop untuk lagu negaraku tu sudah..nanti berkumandang dewangga sakti di sg buloh. (bukan di nursery tetapi di penjara)heehehe